Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB) : - Coggle Diagram
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
:
MODEL REKA BENTUK PEMBELAJARAN BERMAKNA
Model yang membantu guru merancang pengalaman pembelajaran supaya murid dapat membina pengetahuan, mengaplikasikan kemahiran dan menghubungkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar.
Elemen
1.
Amalan Pedagogi
– Guru menggunakan strategi pengajaran yang aktif, kreatif dan berpusatkan murid.
2.
Rakan Pembelajaran
– Murid, guru, ibu bapa dan komuniti bekerjasama dalam proses pembelajaran.
3.
Persekitaran Pembelajaran
– Mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat, fleksibel, kondusif dan menyokong kreativiti.
4.
Memanfaatkan Kemudahan Digital
– Menggunakan teknologi seperti Google Classroom, Canva, Quizizz dan video pembelajaran.
MODEL PENGLIBATAN
Model yang menekankan faktor penting untuk meningkatkan penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
KOMPONEN
Kejelasan Guru
- Guru menyampaikan objektif, arahan dan penerangan dengan jelas supaya murid memahami perkara yang perlu dipelajari
Perhubungan murid
- Hubungan positif antara guru dengan murid serta sesama murid bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa
Cabaran dalam Kurikulum
- Guru menyediakan tugasan dan aktiviti yang mencabar mengikut tahap kemampuan murid untuk merangsang pemikiran
MODEL PEMBELAJARAN MURID DAN KITARAN INKUIRI
Model yang memberi penekanan kepada proses murid meneroka, bertanya soalan, mencari maklumat, membuat refleksi dan membina pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran.
ELEMEN
Perhubungan
- Murid mempunyai hubungan positif dengan guru, rakan dan komuniti serta berasa dihargai
Belajar Cara Belajar
- Murid menguasai kemahiran mencari maklumat, menyelesaikan masalah, membuat refleksi dan belajar secara kendiri
Aspirasi
-Murid mempunyai matlamat, cita-cita dan motivasi untuk terus meningkatkan potensi diri
KERANGKA 3E (ENGAGE/ ENHANCE/ EXTEND)
Kerangka yang menerangkan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pembelajaran murid.
Engage
(Melibatkan) - Teknologi menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid dalam pembelajaran - Guru menggunakan Quizizz untuk menarik minat murid
Enhance
(Mempertingkatkan) - Teknologi memperkukuh pemahaman dan meningkatkan kualiti pembelajaran - Murid menonton video interaktif untuk memahami sesuatu konsep
3.
Extend
(Melanjutkan) - Teknologi membolehkan pembelajaran diteruskan di luar bilik darjah dan kehidupan sebenar - Murid menggunakan Google Sites untuk meneruskan pembelajaran di rumah
KERANGKA 3R (RIGOR/ RELEVAN/ RELATIONSHIP)
Kerangka yang memastikan pembelajaran mempunyai tahap pemikiran yang tinggi, berkaitan dengan kehidupan sebenar dan mempunyai hubungan yang bermakna.
Rigor
(Ketelitian Intelektual) - Murid berfikir secara mendalam, menganalisis dan menyelesaikan masalah - Murid menganalisis punca pencemaran sungai
Relevance
(Perkaitan) - Pembelajaran dikaitkan dengan situasi dan pengalaman kehidupan sebenar - Murid mengaitkan isu pencemaran dengan sungai di kawasan tempat tinggal
Relationship
(Hubungan) - Membina hubungan positif antara guru, murid, rakan, dan komuniti - Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencadangkan penyelesaian