Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAJUK UTAMA: REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM - Coggle Diagram
TAJUK UTAMA: REKA BENTUK PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM
1.0 PENGENALAN
Intervensi instruksional untuk meningkatkan kualiti pengajaran
Perancangan pengajaran secara sistematik
Berteraskan fitrah manusia
Mengembangkan potensi pelajar dari segi:
Fizikal
Intelektual
Spiritual
Mengimbangi keperluan jasmani dan rohani
Objektif pembelajaran:
Memahami teori pengajaran
Menghuraikan prinsip reka bentuk pengajaran
Menganalisis model reka bentuk pengajaran klasik dan moden
2
2.0 TEORI PENGAJRAN
Behaviorisme
Fokus: Perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan
Kaedah: Rangsangan dan gerak balas
Teknik: Pelaziman dan pengukuhan
Contoh: Hafazan al-Quran, latihan berulang dan pujian
B. Kognitivisme
Fokus: Proses mental dan pemikiran pelajar
Proses kognitif:
Perhatian
Pemerhatian
Persepsi
Interpretasi
Organisasi
Ingatan
Pengkategorian
Generalisasi
Contoh: Menganalisis konteks ayat al-Quran
C. Konstruktivisme
Fokus: Pelajar membina pengetahuan sendiri
Berdasarkan pengalaman sedia ada dan maklumat baharu
Guru sebagai fasilitator
Kaedah: Bimbingan berperingkat dan interaksi sosial
Contoh: Perbincangan hikmah hukum fiqh
D. Pembelajaran Sosial dan Humanisme
Pembelajaran sosial: Pemerhatian dan peniruan
Tokoh: Albert Bandura
Humanisme: Mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh
Menghargai keunikan individu dan fitrah
Contoh: Pembentukan akhlak melalui tazkirah dan teladan guru
3.0 PRINSIP UTAMA REKA BENTUK PENGAJARAN
A. Kejelasan Objektif dan Kesesuaian Kandungan
Objektif pembelajaran yang jelas dan spesifik
Kandungan sesuai dengan tahap kognitif pelajar
Mengelakkan kekeliruan dan pembaziran masa
Memastikan objektif tercapai
B. Pendekatan Pelbagai dan Penglibatan Aktif
Pendekatan visual, auditori dan kinestetik
Menarik minat dan mengekalkan tumpuan
Menggalakkan interaksi dua hala
Melibatkan pelajar secara aktif
C. Integrasi Nilai Islam
Penyepaduan ilmu Naqli dan Aqli
Naqli: Ilmu berasaskan wahyu
Aqli: Ilmu berasaskan akal
Penerapan adab dan hikmah
Membentuk pelajar berilmu dan berakhlak mulia
4.0 MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ISLAM KLASIK
A. Ibnu Khaldun
Konsep tadaruj (pembelajaran berperingkat)
Bermula daripada asas → pertengahan → lanjutan
Mengikut kemampuan pelajar
Mengelakkan kekeliruan
Guru sebagai pembimbing moral dan intelektual
B. Al-Ghazali
Pembahagian ilmu:
Fardu ain
Fardu kifayah
Menekankan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa)
Niat yang betul dalam menuntut ilmu
Guru sebagai murabbi
Mendidik rohani dan akhlak pelajar
C. Al-Qabisi
Fokus kepada pendidikan kanak-kanak
Menekankan disiplin dan hafazan
Latihan berulang untuk mengukuhkan ingatan
Pembelajaran membaca al-Quran secara sistematik
Kerjasama guru dan ibu bapa
D. Al-Zarnuji
Karya: Ta'lim al-Muta'allim
Menekankan niat dan kesungguhan
Mengutamakan adab terhadap guru dan buku
Menekankan kesabaran dan istiqamah
Doa untuk memperoleh keberkatan ilmu
5.0 MODEL 5M: PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM MODEN
A. Mudarris
Pakar pengajaran
Menguasai kaedah dan teknik pengajaran
Memastikan objektif pembelajaran tercapai
B. Muallim
Menyampaikan ilmu yang benar dan sahih
Memastikan pelajar memahami ilmu
Mengelakkan salah faham
C. Muaddib
Membentuk nilai, etika dan akhlak
Menjadi teladan dalam tindakan
Melahirkan pelajar berakhlak mulia
D. Murabbi
Membimbing perkembangan rohani
Menyuburkan keimanan
Mendidik dengan kasih sayang dan hikmah
Mengikut kemampuan pelajar
E. Mursyid
Memberi petunjuk dan bimbingan
Membantu pelajar memilih nilai yang betul
Membimbing keputusan berdasarkan wahyu