Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penilaian Autentik & Penilaian Alternatif, Penilaian Alternatif,…
Penilaian Autentik & Penilaian Alternatif
Penilaian Autentik
Ciri-ciri Utama Penilaian Autentik
Relevan dengan kehidupan sebenar
Berdasarkan prestasi & penguasaan kemahiran tertentu
Menekankan kepada proses pembelajaran, bukan hanya kepada markah peperiksaan
Pendekatan penilaian berkesinambungan dan menyeluruh yang mengukur kemampuan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan, sikap, dan keterampilan yang diperoleh daripada pembelajaran bagi menyelesaikan tugas atau masalah dalam
konteks dunia nyata
Kaedah menilai kebolehan, pengetahuan, dan kemahiran pelajar melalui cara selain daripada ujian bertulis tradisional yang ditetapkan masa atau soalan aneka pilihan.
Ciri-ciri Utama Penilaian Alternatif
Menilai perkembangan pembelajaran secara berperingkat
Membangunkan pemikiran kritikal, kreatif, penyelesaian masalah & kolaborasi pelajar
Melibatkan pelajar secara aktif melalui penilian kendiri, penilaian rakan sebaya & refleksi kendiri
Aplikasi Penilaian Alternatif di dalam Pendidikan Biologi
Pelajar menjalankan projek penyelidikan lapangan atau pembelajaran berasaskan masalah kontekstual biologi .
Mengumpul data saintifik, menguji hipotesis, dan membentangkan dapatan berasaskan bukti autentik
Pelajar menyusun hasil kerja terancang
Penyusunan laporan amali, refleksi eksperimen & nota kajian biologi
Pelajar menggunakan platform digital untuk menjalankan eksperimen makmal dalam persekitaran interaktif
Simulasi pembedahan anatomi, eksperimen genetik atau analisis biologi yang memerlukan pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah
Pelajar merangka peta konsep interaktif untuk menghubungkan proses-proses biologi yang komplekd & abstrak
Menganalisis dan mensintesis maklumat secara holistik
Aplikasi Penilaian Autentik di dalam Pendidikan Biologi
Pelajar menjalankan tugasan yang merangkumi fasa perancangan, penyusunan proposal, pengumpulan data, analisis & pembentangan projek
Menilai kebolehan pemahaman, aplikasi & penyelidikan pelajar secara langsung
Pelajar menunjukkan kemahiran atau tingkah laku secara praktikal semasa menjalankan aktiviti Biologi
Menilai prestasi pelajar menggunakan instrumen seperti
daftar semak (
checklist
)
,
skala penilaian (
rating scale
)
, dan
lembar observasi
bersama rubrik penskoran untuk mengukur ketepatan langkah amali
Pelajar dinilai terhdap kompetensi sikap saintifik sewaktu proses pembelajaran
Mengumpul maklumat sikap ilmiah (seperti sifat jujur, teliti, dan bekerjasama) menerusi
observasi langsung
menggunakan lembar observasi,
penilaian diri
(
self-assessment
),
penilaian rakan sebaya
(
peer evaluation
), serta catatan pendidik
Soalan bertulis atau lisan berbentuk uraian/esei yang menuntut analisis & pemecahan masalah
Penilaian pengetahuan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi dan kebolehan mengaplikasi konsep biologi dalam situasi dunia nyata
Pelopor
TOKOH PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN ALTERNATIF
Grant Wiggins 1989 (Pentaksiran Autentik)
Mempopularkan istilah
authentic assessment
dalam penulisan pada tahun 1989.
Menekankan tugasan yang bermakna dan realistik.
Menilai aplikasi pengetahuan, bukan hafalan semata-mata.
Jon Mueller (Rangka kerja pentaksiran autentik)
Membangunkan Authentic Assessment Toolbox.
Menyediakan panduan praktikal untuk membina tugasan dan rubrik autentik.
Menekankan penggunaan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi realistik.
Richard J. Stiggins (Pentaksiran prestasi)
Menyumbang kepada pentaksiran berasaskan prestasi.(cara menilai kemahiran berfikir murid)
Menekankan demonstrasi kemahiran dan kompetensi.
Mengkaji perkembangan pentaksiran prestasi dan cara menilai kemahiran berfikir murid.
Menilai kebolehan murid melalui prestasi sebenar.
CONTOH PENTAKSIRAN ALTERNATIF
Portfolio
Projek
Pembentangan
Demonstrasi amali
Artikel berkaitan
Alternatif
Student perceptions of alternative grading strategies in the biology classroom
Autentik
A systematic literature review on authentic assessment in higher education
Aplikasi Penilaian Alternatif di dalam PdP
Penggunaan Portfolio & Log Pembelajaran Murid
Maksud: Mengumpulkan hasil kerja dan rekod perkembangan murid.
Tujuan: Memantau kemajuan pembelajaran dari semasa ke semasa untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid
Contoh: Murid mencatat perkara yang dipelajari, kemajuan dan kelemahan diri dalam log pembelajaran.
Aplikasi: Murid mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki, manakala guru memantau perkembangan mereka.
Perbincangan Lisan Bilik Darjah
Maksud: Menilai kefahaman murid melalui soal jawab dan perbincangan.
Tujuan: Mengetahui sama ada murid memahami konsep yang dipelajari.
Contoh : Murid menerangkan sesuatu konsep menggunakan ayat sendiri.
Aplikasi: Guru menilai jawapan murid dan membetulkan salah faham.
Pemerhatian Guru & Senarai Semak
Tujuan: Menilai kemahiran dan tahap penguasaan murid.
Contoh Biologi: Murid menjalankan eksperimen di makmal.
Aplikasi: Guru memerhatikan penggunaan peralatan, prosedur eksperimen dan langkah keselamatan, kemudian menandakannya dalam senarai semak.
Maksud: Guru memerhatikan murid semasa aktiviti dijalankan.
Aplikasi Penilaian Autentik di dalam PdP
Simulasi & Lakonan Peranan
Maksud: Aktiviti yang menyerupai situasi kehidupan sebenar untuk membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam konteks tertentu.
Tujuan: Menilai kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan, berfikir secara kritis dan membuat keputusan dalam situasi yang realistik.
Contoh: Murid memainkan peranan sebagai pegawai kesihatan yang menjalankan kempen pencegahan denggi di kawasan perumahan.
Aplikasi: Guru menilai ketepatan fakta saintifik, kebolehan murid mengenal pasti tempat pembiakan nyamuk Aedes dan mencadangkan langkah pencegahan serta kemahiran komunikasi menggunakan rubrik prestasi dan senarai semak pemerhatian
E-Portfolio Reflektif Perjalanan Pembelajaran
Maksud: Portfolio digital yang mengandungi hasil kerja, bukti pembelajaran dan refleksi murid tentang perkembangan pembelajaran mereka.
Tujuan: Menilai perkembangan pembelajaran serta kebolehan murid menilai hasil kerja dan mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki.
Contoh: Murid mengumpulkan gambar projek, data, hasil kajian dan refleksi tentang perkara yang telah dipelajari serta penambahbaikan yang boleh dilakukan.
Aplikasi: Guru menilai kualiti hasil kerja, ketepatan maklumat dan refleksi murid menggunakan rubrik e-portfolio. Murid pula menilai perkembangan diri berdasarkan hasil kerja dan maklum balas yang diterima.
Projek Penyiasatan Lapangan & Rekabentuk Solusi
Maksud: Tugasan yang melibatkan penyiasatan terhadap situasi atau masalah sebenar serta penghasilan penyelesaian berdasarkan pengetahuan yang dipelajari.
Tujuan: Menilai kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan saintifik, menganalisis maklumat dan menyelesaikan masalah sebenar.
Contoh: Murid menjalankan penyiasatan di kawasan sekolah untuk mengkaji masalah sampah plastik dan mengenal pasti kesannya terhadap alam sekitar.
Aplikasi: Guru menilai cara murid mengumpulkan dan menganalisis data serta mencadangkan penyelesaian berdasarkan bukti melalui rubrik pemarkahan dan senarai semak.
Penilaian Alternatif
Penilaian Berasaskan Projek Kontekstual (PBL)
E-Portfolio & Portfolio Makmal
Simulasi Maya & Tugasan Prestasi Autentik
Pemetaan Konsep & Kajian Kes
Berfokuskan Proses
Kemahiran Abad Ke-21
Refleksi Pelajar
Penilaian Berasaskan Projek (PBA)
Penilaian Kinerja & Praktikum
Penilaian Sikap Ilmiah
Penilaian Pengetahuan Berasaskan KBAT