Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
9 PERISTIWA PEMBELAJARAN GAGNE, ARTIKEL UTAMA, 2c884ece-e1a6-477e-b867…
9 PERISTIWA PEMBELAJARAN GAGNE
9 PERISTIWA PEMBELAJARAN GAGNE: APLIKASI DALAM BILIK DARJAH
Memberi bimbingan pelajaran
Contoh: Guru menyediakan contoh, petunjuk, lembaran kerja atau soalan panduan semasa murid menjalankan tugasan
Hasil: Murid dapat menyelesaikan tugasan dengan lebih terarah dan membina keyakinan untuk belajar
Fokus utama: Sokongan pembelajaran
Menyampaikan kandungan
Fokus utama: Pengetahuan baharu
Contoh: Guru gunakan slaid, video, penerangan lisan dan bahan visual untuk menyampaikan isi pembelajaran secara tersusun
Hasil: Murid mempunyai pengetahuan baharu melalui kaedah yang sesuai dan dapat mengenal pasti isi penting
Merangsang ingatan lepas
Fokus utama: Pengetahuan sedia ada
Konsep: Konstruktivism (pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baharu).
Contoh: Guru boleh mengadakan soal jawab ringkas atau kuiz sebelum memperkenalkan isi pelajaran baharu
Hasil: Murid dapat hubungkan pengetahuan lama dengan pengetahuan baharu
Memaklumkan objektif pembelajaran
Fokus utama: Hala tuju pembelajaran
Contoh:Guru menerangkan hasil yang perlu dicapai sebelum aktiviti kelas. "Pada akhir pembelajaran hari ini, kamu bukan sahaja perlu tahu apa itu fotosintesis, tetapi kamu juga perlu dapat terangkan bagaimana cahaya pengaruhi kadar proses fotosintesis ini"
Hasil: Jadi pelajar peka dan tahu apa yang mereka sedang belajar, apa yang perlu mereka capai dan mempunyai hala tuju pembelajaran yang JELAS
Dapatkan perhatian
Fokus utama: Minat dan motivasi
Contoh: Guru memulakan kelas dengan gambar misteri, demonstrasi ringkas atau soalan mencabar
Hasilnya murid akan:memberi perhatian,menjadi ingin tahu, berminat dengan topik, bersedia untuk belajar
Mencungkil prestasi murid
Contoh: Guru meminta murid berbincang dalam kumpulan, menyelesaikan masalah atau membentangkan hasil tugasan.
Hasil: Murid menunjukkan kefahaman melalui tindakan, penerangan dan hasil kerja serta mengembangkan kemahiran komunikasi
Fokus utama: Latihan dan aplikasi
Memberikan maklum balas
Contoh: Guru memberikan maklum balas yang baik atau komen khusus tentang jawapan murid, menjelaskan kesilapan dan menunjukkan cara penambahbaikan
Apa itu maklum balas yang baik? Maklum balas yang baik mestilah jelas, spesifik, membina, berkaitan dengan objektif, diberikan pada masa yang sesuai
Hasil: Murid mengetahui kesilapan mereka dan cuba memperbaikinya
Fokus utama: Pembetulan dan penambahbaikan
Menilai prestasi
Contoh penilaian: Guru menjalankan kuiz individu, ujian ringkas atau penilaian hasil kerja berdasarkan objektif pembelajaran
Hasil: Murid menunjukkan tahap penguasaan sendiri, manakala guru mengenal pasti keperluan pembelajaran seterusnya
Fokus utama: Penguasaan Objektif
Meningkatkan pengekalan dan pemindahan pembelajaran
Contoh: Guru meminta murid menulis rumusan ringkas dan memberikan satu contoh bagaimana ilmu yang dipelajari boleh digunakan di luar kelas.
Hasil: Hubungkan konsep, selesaikan masalah, aplikasikan pengetahuan dan gunakan ilmu dalam situasi baharu serta membuat refleksi.
Fokus utama: Ingatan jangka panjang dan aplikasi baharu
PRINSIP UTAMA / PRINSIP TERAS
Mendapatkan Perhatian (Gain Attention)
Maksud
Guru menarik perhatian murid dan menyediakan mereka dari segi mental supaya bersedia untuk belajar. Sebelum menerima maklumat baharu, murid perlu fokus, berminat dan ingin mengetahui perkara yang akan dipelajari.
Bagaimana Guru Melaksanakannya?
Mengemukakan soalan yang mencabar.
Menunjukkan gambar atau video.
Melakukan demonstrasi ringkas.
Mengemukakan situasi yang menimbulkan rasa ingin tahu.
Prinsip utama (Central Tenet)
Penglibatan dan motivasi. Murid perlu memberikan perhatian dan terlibat secara mental dalam pembelajaran, bukan sekadar hadir di dalam kelas.
Memaklumkan Objektif Pembelajaran (Inform Learners of Objectives)
Maksud
Guru memberitahu murid perkara yang perlu mereka ketahui, fahami atau mampu lakukan selepas pembelajaran. Murid perlu mengetahui tujuan mereka belajar dan hasil yang diharapkan.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Menyatakan objektif pembelajaran dengan jelas.
Menerangkan perkara yang akan dipelajari.
Menjelaskan hasil yang perlu dicapai oleh murid.
Prinsip utama (Central Tenet):
Pembelajaran berorientasikan matlamat. Murid perlu mengetahui arah tuju pembelajaran dan hasil yang ingin dicapai.
Merangsang Ingatan terhadap Pembelajaran Terdahulu (Stimulate Recall of Prior Learning)
Maksud
Guru membantu murid mengingat kembali perkara yang telah dipelajari atau pengalaman yang pernah dilalui supaya mereka dapat menghubungkannya dengan pembelajaran baharu.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Bertanya soalan tentang pembelajaran terdahulu.
Mengadakan kuiz ringkas.
Meminta murid menerangkan semula perkara yang mereka ingat.
Menggunakan peta minda atau perbincangan ringkas.
Prinsip utama (Central Tenet)
Pengetahuan sedia ada dan pembelajaran bermakna. Murid lebih mudah memahami perkara baharu apabila dapat menghubungkannya dengan perkara yang sudah diketahui.
Menyampaikan Kandungan Pembelajaran (Present the Content)
Maksud
Guru menyampaikan maklumat, pengetahuan atau kemahiran baharu secara jelas, teratur dan sistematik supaya murid dapat memahami perkara yang dipelajari.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Memberikan penerangan.
Menunjukkan gambar, rajah atau video.
Membuat demonstrasi.
Menyediakan bahan bacaan atau nota.
Membahagikan maklumat kepada bahagian yang lebih mudah difahami.
Prinsip utama (Central Tenet)
Pemerolehan pengetahuan dan pemahaman konsep. Maklumat perlu disampaikan dengan cara yang membantu murid memahami perkara baharu.
Memberikan Bimbingan Pembelajaran (Provide Learning Guidance)
:Maksud
Guru memberikan panduan dan sokongan untuk membantu murid memahami kandungan atau melakukan sesuatu tugasan. Guru bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi membantu murid mengetahui cara menggunakan maklumat tersebut.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Memberikan petunjuk.
Menunjukkan contoh.
Mengemukakan soalan panduan.
Menerangkan langkah yang boleh membantu murid.
Memberikan bantuan secara berperingkat mengikut keperluan murid.
Prinsip utama (Central Tenet)
Bimbingan, perancah (scaffolding) dan sokongan pembelajaran. Guru membantu murid memahami perkara yang sukar sehingga mereka mampu melakukannya dengan lebih berdikari.
Memberikan Maklum Balas (Provide Feedback)
Maksud
Guru memberitahu murid tentang ketepatan jawapan atau prestasi mereka dan memberikan panduan tentang perkara yang perlu diperbaiki. Maklum balas membantu murid mengetahui perkara yang sudah betul dan perkara yang masih perlu diperbetulkan.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Menjelaskan kesilapan murid.
Memberikan pujian yang khusus apabila murid melakukan sesuatu dengan betul.
Menunjukkan cara membetulkan kesilapan.
Memberikan cadangan untuk meningkatkan prestasi.
Prinsip utama (Central Tenet)
Maklum balas dan penambahbaikan berterusan. Murid memerlukan maklumat tentang prestasi mereka supaya dapat belajar daripada kesilapan dan meningkatkan penguasaan.
Menilai Prestasi (Assess Performance)8. Menilai Prestasi
Maksud
Guru menilai sama ada murid telah mencapai objektif pembelajaran. Guru mengumpulkan bukti untuk mengetahui tahap penguasaan murid dan menentukan sama ada mereka telah memahami atau menguasai perkara yang dipelajari.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Memberikan kuiz atau ujian.
Menyemak jawapan bertulis.
Meminta murid melakukan demonstrasi.
Menilai tugasan atau pembentangan.
Menggunakan kriteria penilaian yang jelas.
Prinsip utama (Central Tenet)
Pentaksiran dan penguasaan pembelajaran. Guru perlu menilai pencapaian berdasarkan bukti prestasi murid.
Meningkatkan Pengekalan dan Pemindahan Pembelajaran (Enhance Retention and Transfer)
Maksud
Guru membantu murid mengingati perkara yang telah dipelajari dalam jangka masa panjang dan menggunakannya dalam situasi lain. Murid bukan sekadar menghafal maklumat, tetapi memahami cara menggunakan pengetahuan tersebut apabila menghadapi keadaan yang berbeza.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Memberikan latihan pengukuhan.
Meminta murid menerangkan semula perkara yang telah dipelajari.
Mengemukakan masalah dalam situasi baharu.
Menghubungkan pembelajaran dengan kehidupan harian.
Meminta murid menggunakan kemahiran yang sama dalam tugasan yang berbeza.
Prinsip utama (Central Tenet)
Pengekalan, aplikasi dan pemindahan pembelajaran. Pembelajaran yang berjaya membolehkan murid mengingat pengetahuan dan menggunakannya dalam konteks lain.
Mendapatkan Respons atau Prestasi Murid (Elicit Performance)
Maksud
Guru memberikan peluang kepada murid untuk menunjukkan apa yang telah dipelajari dengan melakukan aktiviti atau menyelesaikan tugasan. Murid perlu menggunakan pengetahuan atau kemahiran, bukan sekadar mendengar penerangan.
Bagaimana guru melaksanakannya?
Memberikan latihan.
Meminta murid menyelesaikan masalah.
Menjalankan aktiviti praktikal.
Meminta murid membuat pembentangan.
Mengadakan simulasi atau permainan pembelajaran.
Prinsip utama (Central Tenet)
Pembelajaran aktif dan latihan. Murid perlu menggunakan pengetahuan atau kemahiran yang dipelajari untuk menunjukkan pemahaman mereka.
APLIKASI DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI
Standard Kandungan 7.2: Respirasi Aerob
Standard ini memberi tumpuan kepada pemahaman murid tentang proses respirasi aerob dalam sel, iaitu bagaimana glukosa digunakan untuk menghasilkan tenaga. Pembelajaran merangkumi pemahaman konsep penghasilan tenaga, penulisan persamaan perkataan respirasi aerob dan pelaksanaan eksperimen untuk mengkaji proses tersebut.
Fasa 1: PERMULAAN
Menarik perhatian
AKTIVITI GURU:
Guru memaparkan video pelari dan mengemukakan soalan pencetus tentang keperluan tenaga semasa aktiviti fizikal
AKTIVITI MURID:
Murid memerhatikan gambar atau video dan memberikan jawapan berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Tujuan: Menarik perhatian murid, merangsang rasa ingin tahu dan menghubungkan situasi harian dengan topik respirasi aerob.
Memaklumkan objektif pembelajaran
AKTIVITI GURU:
Guru memaparkan objektif pembelajaran, iaitu murid dapat menerangkan penghasilan tenaga melalui respirasi aerob dan menulis persamaan perkataan respirasi aerob.
AKTIVITI MURID:
Murid mendengar dan memahami perkara yang akan dipelajari.
Tujuan: Memberikan hala tuju pembelajaran supaya murid mengetahui perkara yang perlu difahami dan dikuasai.
Merangsang ingatan terhadap pembelajaran terdahulu
AKTIVITI GURU :
Guru mengimbas kembali pengetahuan murid melalui soalan tentang sumber glukosa daripada makanan dan oksigen daripada udara yang disedut.
AKTIVITI MURID:
Murid menjawab soalan berdasarkan pengetahuan tentang makanan, sistem pencernaan dan sistem pernafasan.
Tujuan: Menghubungkan pengetahuan terdahulu dengan konsep baharu yang akan dipelajari.
Fasa 2: PENGAJARAN
Menyampaikan kandungan pembelajaran
AKTIVITI GURU :
Guru menerangkan proses respirasi aerob menggunakan rajah dan persamaan perkataan. Guru menjelaskan bahawa glukosa diuraikan dengan menggunakan oksigen untuk membebaskan tenaga.
AKTIVITI MURID :
Murid memerhatikan rajah, mendengar penerangan dan mencatat isi penting.
Tujuan: Membantu murid memahami konsep utama dan hasil proses respirasi aerob.
Memberikan bimbingan pembelajaran
AKTIVITI GURU :
Guru memberikan rajah berlabel dan petunjuk untuk membimbing murid mengenal pasti glukosa, oksigen, karbon dioksida dan air dalam respirasi aerob.
AKTIVITI MURID :
Murid mengikuti langkah yang diberikan dan melengkapkan rajah atau persamaan dengan bantuan guru.
Tujuan: Membantu murid memahami konsep melalui bimbingan dan petunjuk yang sistematik.
Fasa 3 : AKTIVITI MURID
Mendapatkan prestasi murid
AKTIVITI GURU :
Guru meminta murid melengkapkan persamaan respirasi aerob dengan menyusun kad perkataan mengikut urutan yang betul.
AKTIVITI MURID:
Murid menjawab latihan secara individu atau berkumpulan dan menerangkan jawapan mereka.
Tujuan: Menggalakkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan menunjukkan kefahaman mereka.
Memberikan maklum balas
AKTIVITI GURU:
Guru menyemak jawapan latihan murid dan memberikan penerangan tentang kesilapan dalam mengenal pasti bahan tindak balas serta hasil respirasi aerob.
AKTIVITI MURID :
Murid mendengar maklum balas, membetulkan jawapan dan bertanya jika masih kurang faham.
Tujuan: Membetulkan salah faham dan mengukuhkan pembelajaran melalui maklum balas.
Fasa 4: Penutup
Menilai prestasi murid
AKTIVITI GURU :
Guru menjalankan kuiz individu yang menguji keperluan oksigen, bahan tindak balas, hasil respirasi aerob dan persamaan perkataannya.
AKTIVITI MURID :
Murid menjawab soalan secara kendiri berdasarkan apa yang telah dipelajari.
Tujuan: Mengukur pencapaian dan tahap kefahaman murid selepas pembelajaran.
Meningkatkan pengekalan dan pemindahan pembelajaran
AKTIVITI GURU : Guru meminta murid mengaitkan respirasi aerob dengan keperluan tenaga semasa bersukan serta menghasilkan peta konsep sebagai rumusan.
AKTIVITI MURID :
Murid menerangkan bagaimana respirasi aerob membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dan menggunakan pengetahuan tersebut dalam situasi baharu.
Tujuan: Mengukuhkan ingatan dan membantu murid memindahkan pengetahuan kepada situasi kehidupan sebenar.
AHLI TEORI
TOKOH UTAMA
Robert Mills Gagné
Sembilan Peristiwa Pengajaran
TOKOH BERKAITAN
Walter W. Wager
Prinsip Reka Bentuk Pengajaran
Leslie J. Briggs
Reka Bentuk Pengajaran Sistematik
AHLI KUMPULAN
NUR KASIH AERIKA BINTI ZAKARIA
(D20241110437)
ARYYSA NAQILAH BINTI CHE RAHIMAN
(D20241110430)
NURFARISHA FADILAH MUHAMMAD ZIN
(D20241110427)
MUHAMAD AMIRUL HAKIM BIN ALIAS
(D20241110377)
ARTIKEL UTAMA
ARTIKEL TAMBAHAN
REFERENS
ARTIKEL ORIGINAL