Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perjanjian Hudaibiyah (6 Hijrah / 628 Masihi) - Coggle Diagram
Perjanjian Hudaibiyah (6 Hijrah / 628 Masihi)
LATAR BELAKANG PERJANJIAN Hudaibiyah
Kaum Quraisy menghalang mereka daripada memasuki Makkah.
Kedua-dua pihak mengadakan rundingan bagi mengelakkan peperangan.
Nabi Muhammad SAW bersama kira-kira 1,400 orang sahabat berangkat dari Madinah ke Makkah untuk menunaikan umrah
Wakil Quraisy, Suhail bin Amr, berunding dengan Nabi Muhammad SAW sehingga perjanjian damai dipersetujui.
. Kesan dan kepentingan perjanjian
Kedudukan umat Islam semakin kukuh apabila Quraisy berurusan dengan mereka melalui perjanjian rasmi.
Penyebaran Islam semakin meluas kerana suasana yang lebih aman memberi peluang kepada dakwah.
Hubungan antara kaum menjadi lebih baik melalui rundingan dan perjanjian.
Membuka jalan kepada Pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah selepas perjanjian itu dicabuli oleh pihak sekutu Quraisy.
Menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam berdiplomasi dan mengutamakan perdamaian.
ISI KEPENTINGAN UTAMA PERJANJIAN
GENCATAN SENJATA: Dipersetujui gencatan senjata selama 10 tahun antara kedua-dua pihak
IBADAH UMRAH DITANGGUHKAN: Orang Islam tidak dibenarkan masuk ke Mekah pada tahun itu, tetapi dibenarkan masuk pada tahun depan (7 Hijrah) selama 3 hari dengan membawa pedang bersarung (senjata musafir)
PEMULANGAN PELARIAN: Orang Quraisy dari Mekah yang lari ke Madinah tanpa izin walinya perlu dipulangkan, manakala orang Islam dari Madinah yang lari ke Mekah tidak perlu dipulangkan
KEBEBASAN BERSEKUTU: Mana-mana kabilah bebas memilih untuk berpihak kepada Nabi Muhammad SAW atau kepada kaum Quraisy
Hikmah yang boleh diambil
Kita hendaklah mengutamakan perdamaian daripada pergaduhan.
Kebijaksanaan dan rundingan dapat menyelesaikan konflik.
Kita perlu bersabar apabila menghadapi kesukaran.
ita hendaklah menepati janji dan menghormati perjanjian.
Sesuatu keputusan yang kelihatan merugikan pada awalnya mungkin membawa kebaikan pada masa hadapan.