1. Perkembangan Diri
Membina kesedaran kendiri, pengurusan emosi, pengurusan diri dan hubungan sosial.
2. Komunikasi
Membolehkan murid berkomunikasi, bekerjasama dan berinteraksi dengan pelbagai individu serta budaya.
3. Tanggungjawab
Membentuk murid yang bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat, kewarganegaraan dan alam sekitar.
4. Fasih Digital
Menggunakan teknologi, mengurus maklumat dan data, menyelesaikan masalah serta berkomunikasi secara digital dengan selamat.
5. Literasi Pelbagai
Memahami dan menggunakan pelbagai bentuk maklumat, termasuk teks, media, visual dan maklumat digital secara kritis.
6. Kemahiran Berfikir
Mengembangkan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif untuk menganalisis serta menyelesaikan masalah.
7. Pembelajaran Sepanjang Hayat
Membina kebolehan belajar secara berterusan, mengurus pembelajaran sendiri dan menyesuaikan diri dengan perubahan.