Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENDAFTARAN IDENTITI PERNIAGAAN - Coggle Diagram
PENDAFTARAN IDENTITI PERNIAGAAN
PENGENALAN :
Pendaftaran perniagaan adalah wajib dilakukan oleh pengusaha untuk menghalalkan aktiviti perniagaan dan mendapatkan keuntungan.
Agensi pendaftaran perniagaan di Malaysia ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM ), manakala koperasi yang didaftarkan di Suruhanjaya Koperasi Malaysia ( SKM ).
Jenis entiti perniagaan terdiri daripada pemilikan tunggal, perkongsian, perkongsian liabiliti terhad ( PLT ), syarikat sendirian berhad dan koperasi. Setiap entiti mempunyai kebaikan dan keburukan yang perlu dipertimbangkan.
Kekangan :
Perkongsian Liabiliti Terhad - PLT mungkin kurang dikenali oleh sesetengah pihak, mempunyai isu berkaitan percukaian dan pemfailan cukai serta dianggap kurang berwibawa berbanding syarikat sendirian berhad.
Syarikat Sendirian Berhad - Proses pendaftaran rumit dan mengambil masa, kos penubuhan serta operasi tinggi, maklumat syarikat boleh diakses oleh orang awam, proses pembubaran rumit dan perlu membayar cukai syarikat.
Perkongsian - rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad, berisiko menghadapi perselisihan faham, perlu membayar cukai dan berkongsi keuntungan serta hal ehwal perniagaan perlu dijaga secara bersama.
5 . Koperasi - Modal terhad, pengurusan kurang cekap akibat kekurangan pengalaman dan kemahiran serta motivasi ahli yang rendah untuk meningkatkan keuntungan perniagaan.
Pemillikan Tunggal - pemilik menghadapi kesukaran membuat keputusan rumit, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang dan kerugian, perniagaan mungkin terhenti jika pemilik meninggal dunia atau hilang upaya serta mempunyai modal terhad.
JENIS ENTITI PERNIAGAAN DI MALAYSIA :
Pemilikan Tunggal ( Perniagaan yang dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh seorang pemilik sahaja serta merupakan bentuk perniagaan paling ringkas di Malaysia) .
Perkongsian ( Perniagaan yang dimiliki oleh 2 orang hingga 20 orang atau sehingga 50 orang bagi perniagaan professional ) .
Perkongsian Liabiliti Terhad ( Perniagaan yang ditubuhkan oleh minimum 2 orang dengan bilangan ahli tidak terhad, mempunyai entiti undang-undang berasingan dan melindungi aset peribadi rakan kongsi daripada liabiliti perniagaan ) .
Syarikat Sendirian Berhad ( perniagaan yang mempunyai entiti undang-undang berasingan daripada pemilik, mengumpulkan modal daripada pemegang saham dan tidak boleh menawarkan saham kepada orang awam ) .
Koperasi ( Perniagaan yang dimiliki dan dikawal secara demokratik oleh ahli untuk memenuhi kepentingan bersama, mempunyai entiti undang-undang berasingan dan mesti berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ) .
Kebaikan :
Syarikat Sendirian Berhad - Liabiliti pemegang saham terhad, mempunyai imej profesional dan kredibiliti tinggi, pengurusan sistematik, mudah mendapatkan pembiayaan, perniagaan berterusan, mempunyai entiti undang-undang berasingan serta mudah mengumpulkan modal untuk pengembangan.
Perkongsian Liabiliti Terhad - Tiada had bilangan pemilik, kos pendaftaran rendah, mempunyai entiti undang-undang berasingan, pematuhan lebih mudah, perniagaan berterusan walaupun berlaku perubahan rakan kongsi, liabiliti peribadi terhad serta fleksibel dalam sumbangan modal.
Koperasi - Mudah ditubuhkan, keahlian terbuka kepada individu yang berminat, dikawal secara demokratik oleh ahli dan mempunyai liabiliti terhad yang melindungi harta peribadi ahli.
Perkongsian - modal lebih besar, tanggungjawab dan kemahiran boleh dikongsi, pengurusan lebih cekap, fleksibel serta keputusan dibuat bersama untuk mendapatkan pilihan terbaik.
Pemilikan Tunggal - pemilik menerima 100% keuntungan, pendaftaran mudah dan murah, pengurusan ringkas, fleksibel, serta mempunyai kuasa penuh dalam membuat keputusan.