Plot 2 - Situasi PdP
Situasi di rumah Puan Azily:
Puan Azily sedang menyediakan tempahan roti sandwich untuk pelanggannya. Ketika itu, Encik Nik datang berkunjung ke rumah Puan Azily untuk bertanya tentang penyediaan makanan yang sihat dan bersih.
Encik Nik: Selamat pagi, Puan Azily! Wah, sibuk nampaknya. Puan sedang buat apa tu?
Puan Azily: Selamat pagi, Encik Nik! Saya sedang siapkan tempahan roti sandwich untuk pelanggan. Saya gunakan roti bijirin penuh, sayur-sayuran segar dan telur supaya sandwich ini lebih berkhasiat.
Encik Nik: Oh, patutlah! Nampak sedap dan menyelerakan
(Puan Azily menghulurkan penutup kepala, sarung tangan dan kain bersih kepada Encik Nik)
Encik Nik: Untuk apa ini?
Puan Azily: Oh, semua tu penting untuk menjaga kebersihan makanan. Penutup kepala dapat mengelakkan rambut daripada jatuh ke dalam makanan. Sarung tangan pula membantu mengurangkan risiko pencemaran, manakala kain bersih digunakan untuk membersihkan permukaan penyediaan makanan.
Encik Nik: Oh, begitu rupanya! Selama ini, saya kurang mengambil berat tentang perkara macam ni semasa menyediakan makanan di kiosk saya.
Puan Azily: Sebenarnya, bukan setakat memilih bahan makanan yang berkhasiat sahaja, Encik Nik. Kita juga perlu menjaga kebersihan diri, memastikan peralatan bersih dan mencuci tangan sebelum mengendalikan makanan. Kalau menggunakan sarung tangan, kita mestilah menggunakannya dengan cara yang betul juga.
Encik Nik: Betul juga, ya! Terima kasih banyak-banyak, Puan Azily. Lepas ni, saya akan lebih berhati-hati dan memastikan makanan di kiosk saya sentiasa bersih serta selamat.
Puan Azily: Sama-sama, Encik Nik! Apabila makanan bersih, selamat dan berkhasiat, pelanggan pun lebih yakin dan selesa untuk membeli makanan kita.
(Televisyen di ruang tamu Puan Azily sedang memaparkan iklan : “Makanan Sihat, Bersih dan Selamat!”)