Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL AADIE
&
MODEL ASSURE - Coggle Diagram
MODEL AADIE
&
MODEL ASSURE
MODEL ADDIE
Model ADDIE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang digunakan untuk merancang, membangunkan, melaksanakan dan menilai sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Model ini menyediakan satu pendekatan yang sistematik dan tersusun bagi membantu guru atau pereka bentuk pengajaran menghasilkan pengalaman pembelajaran yang berkesan.
Fasa analisis merupakan peringkat pertama dalam model ADDIE. Fasa ini melibatkan proses mengenal pasti masalah pembelajaran, keperluan murid, objektif pengajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan sesuatu proses pembelajaran.
Analisis yang teliti penting bagi memastikan bahan pengajaran yang dibangunkan benar-benar sesuai dengan tahap kebolehan, keperluan dan latar belakang murid.
(a) MASALAH PEMBELAJARAN
Guru mengenal pasti masalah yang berlaku dalam proses PdP. Masalah ini boleh dikenal pasti melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, ujian diagnostik atau analisis pencapaian murid.
Sebagai contoh, guru mendapati murid Tahun 5 kurang berminat menulis karangan dan menghadapi kesukaran untuk menghasilkan isi yang sesuai. Keadaan ini menunjukkan bahawa murid memerlukan pendekatan pengajaran yang lebih menarik dan bimbingan yang sistematik.
(b) KEPERLUAN DAN CIRI-CIRI MURID
Guru perlu mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat, gaya pembelajaran dan tahap penguasaan murid. Perkara ini penting supaya bahan pengajaran tidak terlalu sukar atau terlalu mudah.
Sebagai contoh, jika murid masih lemah dalam membina ayat, guru perlu menyediakan aktiviti yang bermula daripada pembinaan ayat mudah sebelum murid menghasilkan karangan yang lebih panjang
(c) OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Guru menetapkan perkara yang perlu dicapai oleh murid selepas mengikuti sesuatu pembelajaran. Objektif hendaklah jelas, khusus dan boleh diukur.
Contohnya, pada akhir pembelajaran, murid dapat menghasilkan sebuah karangan pendek berdasarkan gambar dengan menggunakan sekurang-kurangnya lima ayat yang gramatis.
-
-
2.3 Fasa Pembangunan
Konsep
Fasa pembangunan merupakan proses menghasilkan atau membangunkan bahan, media dan sumber pengajaran berdasarkan perancangan yang telah ditetapkan dalam fasa reka bentuk.
Dalam fasa ini, guru atau pereka bentuk pengajaran mula menghasilkan produk pengajaran yang sebenar. Produk tersebut boleh berbentuk bahan bercetak, persembahan multimedia, video pendidikan, modul pembelajaran, permainan pendidikan atau bahan digital.
Fasa pembangunan perlu dilaksanakan berdasarkan objektif, kandungan dan strategi pengajaran yang telah dirancang.
- MENGHASILKAN BAHAN PENGAJARAN
Guru membangunkan bahan yang sesuai dengan objektif dan tahap murid. Contohnya, guru menghasilkan slaid PowerPoint, infografik, video penerangan, lembaran kerja atau kuiz interaktif.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh menghasilkan bahan bergambar untuk membantu murid membina ayat dan mengembangkan isi karangan.
- MENGGUNAKAN APLIKASI DAN ALAT PENGARANG
Guru boleh menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian untuk menghasilkan bahan pengajaran. Antaranya:
-
-
-
-
-
-
Pemilihan aplikasi hendaklah berdasarkan kemudahan penggunaan, kesesuaian bahan dan keperluan murid.
- MENYEDIAKAN BAHAN BERDASARKAN REKA BENTUK
Semua bahan perlu dibangunkan berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Kandungan, susunan, warna, saiz tulisan, gambar dan aktiviti perlu selaras dengan objektif pembelajaran.Bahan yang dihasilkan juga perlu mengambil kira kebolehan murid, termasuk murid yang memerlukan bimbingan tambahan.
1.MENGHASILKAN BAHAN PENGAJARAN
Guru membangunkan bahan yang sesuai dengan objektif dan tahap murid. Contohnya, guru menghasilkan slaid PowerPoint, infografik, video penerangan, lembaran kerja atau kuiz interaktif.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu, guru boleh menghasilkan bahan bergambar untuk membantu murid membina ayat dan mengembangkan isi karangan.
- MENGGUNAKAN APLIKASI DAN ALAT PENGARANG
Guru boleh menggunakan pelbagai aplikasi dan perisian untuk menghasilkan bahan pengajaran. Antaranya:
-
-
-
-
-
-
Pemilihan aplikasi hendaklah berdasarkan kemudahan penggunaan, kesesuaian bahan dan keperluan murid.
3, MENGGABUNGKAN ELEMEN MULTIMEDIA
Bahan pengajaran boleh mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi. Penggunaan elemen ini secara sesuai dapat membantu menjadikan pembelajaran lebih menarik dan memudahkan murid memahami sesuatu konsep.
Sebagai contoh, guru menggunakan gambar bersiri dan audio penerangan bagi membantu murid memahami urutan peristiwa dalam penulisan karangan.
- MENGGUJI DAN MENAMBAHBAIK BAHAN
Sebelum digunakan dalam PdP sebenar, bahan pengajaran perlu diperiksa dan diuji. Guru boleh mendapatkan pandangan daripada rakan sejawat atau mencuba bahan tersebut kepada sekumpulan kecil murid.
Sebagai contoh, guru menguji sama ada arahan dalam lembaran kerja mudah difahami, gambar yang digunakan jelas dan aktiviti dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
-
-
-
-
-
-
2.4 Fasa Perlaksanaan
KONSEP
Fasa pelaksanaan merupakan peringkat apabila bahan, aktiviti dan strategi pengajaran yang telah dibangunkan digunakan dalam situasi pembelajaran sebenar.
Dalam fasa ini, guru melaksanakan proses PdP dengan menggunakan bahan yang telah disediakan. Pelaksanaan boleh dijalankan di dalam bilik darjah, makmal komputer, pusat sumber, persekitaran pembelajaran dalam talian atau mana-mana tempat yang sesuai.
Fasa ini bertujuan memastikan murid dapat menggunakan bahan pengajaran dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang bagi mencapai objektif pembelajara
- MENYEDIAKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN
Guru memastikan semua kemudahan, peralatan dan bahan yang diperlukan tersedia sebelum PdP bermula.Sebagai contoh, guru memastikan projektor, komputer, sambungan internet, lembaran kerja dan bahan digital boleh digunakan dengan baik.
- MEMBERIKAN PENERANGAN KEPADA MURID
Guru menerangkan objektif pembelajaran, langkah aktiviti dan cara penggunaan bahan pengajaran. Arahan yang jelas dapat membantu murid memahami perkara yang perlu dilakukan.Sebagai contoh, guru menerangkan cara menggunakan infografik atau peta pemikiran sebelum murid memulakan aktiviti penulisan.
- MENGGALAKKAN PENGLIBATAN MURID
Guru perlu memastikan murid mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran. Murid boleh bertanya soalan, memberikan pendapat, bekerjasama, menjalankan aktiviti dan menghasilkan tugasan.Penglibatan aktif dapat membantu murid membina pengetahuan serta meningkatkan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis.
-
2.5 Fasa Penilaian
KONSEP
Fasa penilaian merupakan proses menguji, menilai dan menentukan keberkesanan bahan serta proses pengajaran yang telah dibangunkan dan dilaksanakan.
Penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada kandungan, grafik, audio, video, aktiviti, antara muka dan bahan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan keperluan murid.
Selain itu, fasa ini bertujuan menentukan sama ada objektif pembelajaran telah dicapai atau masih memerlukan penambahbaikan.
Penilaian dalam model ADDIE terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
A. PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif ialah penilaian yang dijalankan sepanjang proses pembangunan dan pelaksanaan pengajaran. Penilaian ini bertujuan mengenal pasti kelemahan serta membuat penambahbaikan sebelum bahan digunakan secara lebih meluas.
-
-
-
-
-
-
-
Sebagai contoh, jika murid mendapati arahan dalam lembaran kerja terlalu sukar, guru boleh memudahkan bahasa dan menambah contoh sebelum aktiviti dijalankan semula.
-
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan selepas sesuatu pengajaran atau program selesai. Penilaian ini bertujuan menentukan tahap keberkesanan keseluruhan bahan dan proses pengajaran berdasarkan pencapaian objektif yang telah ditetapkan.
-
-
-
-
-
-
-
Sebagai contoh, guru membandingkan hasil penulisan karangan murid sebelum dan selepas penggunaan bahan multimedia. Jika terdapat peningkatan dari segi isi, struktur ayat dan penggunaan bahasa, bahan tersebut boleh dianggap membantu mencapai objektif pembelajaran.
ASPEK YANG DI NILAI
-
-
-
Guru menilai sama ada kandungan yang disediakan tepat, jelas, relevan dan sesuai dengan tahap murid.
-
Guru menilai sama ada grafik, audio, video, animasi dan teks membantu pemahaman murid atau sebaliknya.
-
Guru meneliti tahap minat, penyertaan dan motivasi murid sepanjang proses pembelajaran.
KELEBIHAN MODEL ADDIE
- Membantu mencapai objektif pembelajaran
Setiap fasa dalam model ADDIE berkaitan dengan objektif pembelajaran. Hal ini memastikan bahan, aktiviti dan penilaian dibangunkan untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
-
Model ADDIE sesuai digunakan dalam pembangunan bahan digital dan multimedia. Guru boleh mengintegrasikan aplikasi seperti Canva, PowerPoint, video pendidikan dan kuiz digital bagi menjadikan PdP lebih menarik.
- Pendekatan yang sistematik
Model ADDIE menyediakan langkah-langkah yang tersusun dalam membangunkan bahan dan proses pengajaran. Guru dapat merancang PdP dengan lebih teratur dan tidak bergantung kepada perancangan secara spontan semata-mata.
-
Model ini menekankan proses analisis terhadap ciri-ciri, tahap kebolehan dan keperluan murid. Oleh itu, bahan yang dihasilkan lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran murid.
KELEBIHAN MODEL ASSURE
[1. Berpusatkan murid
Model ASSURE bermula dengan analisis terhadap ciri, kebolehan dan keperluan murid. Oleh itu, pengajaran dapat disesuaikan dengan tahap sebenar murid.
- Menggalakkan penggunaan teknologi dan media secara terancang
Guru tidak menggunakan teknologi semata-mata untuk menjadikan pengajaran menarik, tetapi memilihnya berdasarkan objektif dan keperluan pembelajaran.
- Menggalakkan penglibatan aktif murid
Murid diberi peluang berbincang, menyelesaikan tugasan, melakukan aktiviti dan menerima maklum balas.
4.Membantu menghasilkan PdP yang sistematik
Enam langkah ASSURE memberikan panduan yang jelas bermula daripada analisis murid sehingga penilaian dan penambahbaikan.
KONSEP MODEL ASSURE
Model ASSURE ialah model reka bentuk pengajaran yang digunakan untuk membantu guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dengan memberi penekanan kepada pemilihan dan penggunaan teknologi, media serta bahan pengajaran yang sesuai.
Model ini berpusatkan murid kerana guru perlu terlebih dahulu mengenal pasti ciri dan keperluan murid sebelum menentukan objektif, kaedah, media dan aktiviti pembelajaran. Model ASSURE juga menekankan penglibatan aktif murid serta penilaian dan penambahbaikan selepas proses PdP.
-
-
-
S – Select Strategies, Technology, Media and Materials
U – Utilize Technology, Media and Materials
-
E – Evaluate and Revise
Evaluate and Revise bermaksud menilai keberkesanan proses pengajaran dan membuat penambahbaikan.
Guru perlu melihat sama ada objektif pembelajaran telah dicapai dan sama ada kaedah, media serta bahan yang digunakan benar-benar membantu murid memahami pembelajaran.
-
A-Analyze
Konsep
Langkah pertama ialah guru menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang pengajaran. Analisis ini penting supaya kaedah, aktiviti, media dan bahan pengajaran yang dipilih sesuai dengan kebolehan serta keperluan murid.
Ciri-ciri
1.Ciri- ciri umum murid
guru mengenal pasti maklumat umum seperti:
-umur dan tahun persekolahan
-tahap pencapaian
-minat
-latar belakang
-pengalaman pembelajaran
-tahap kebolehan murid
Contoh:
Guru ingin mengajar penulisan karangan kepada murid Tahun 5. Guru mendapati sebahagian murid mempunyai kosa kata yang terhad dan kurang berminat terhadap aktiviti penulisan yang hanya menggunakan buku teks.
- Pengetahuan dan kemahiran sedia ada
Guru mengenal pasti perkara yang telah diketahui atau dikuasai oleh murid sebelum pembelajaran baharu dilaksanakan.
Contoh
Sebelum mengajar murid menghasilkan karangan lengkap, guru perlu mengetahui sama ada murid sudah boleh:
-mengenal pasti kata kunci
-membina ayat mudah
-menggunakan tanda baca
-menyusun ayat menjadi perenggan
3.Gaya dan keperluan pembelajaran
Guru mengambil kira cara murid lebih mudah menerima dan memproses maklumat.
Contoh, guru boleh menggunakan:
-gambar dan infografik
-video
-audio
-aktiviti pergerakan
-aktiviti kumpulan
Contoh: Murid yang lebih mudah memahami melalui bahan visual boleh dibantu dengan gambar bersiri, video pendek atau peta pemikiran sebelum menulis karangan.
-
-
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media & Materials)
Pembangun perisian perlu memilih kaedah, media dan bahan yang sesuai dengan pengguna, objektif dan kurikulum bagi memastikan pembelajaran berkesan.
1. Memilih Kaedah
-
Pemilihan berdasarkan objektif, kandungan dan kumpulan sasaran.
-
-
-