Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
DSKP SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 3.4 (AMALAN DEMOKRASI DAN PENGASINGAN…
DSKP SEJARAH
TINGKATAN 5
BAB 3.4
(AMALAN DEMOKRASI DAN PENGASINGAN KUASA)
TEORI PEMBELAJARAN
TEORI KONSTRUKTIVISME
Jean Piaget: Murid faham demokrasi dengan menghubungkan pengalaman mengundi sedia ada di sekolah.
Contoh: undi Ketua Kelas (Pengalaman Sedia
Ada)
Lev Vygotsky: Murid faham pengasingan
kuasa secara 'buat dan rasa sendiri' melalui
simulasi dan kerja kumpulan.
Contoh: Pengasingan Kuasa menerusi aktiviti
simulasi dan perbincangan kumpulan.
Dua orang tokoh utama bagi pendekatan
konstruktivisme iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
Teori Konstruktivisme ialah satu pendekatan pembelajaran yang berasaskan
pandangan bahawa pengetahuan tidak dipindahkan secara terus daripada guru
kepada murid sebaliknya dibina sendiri secara aktif oleh murid melalui pengalaman,
aktiviti hands-on dan interaksi sosial.
OBJEKTIF
Menerangkan amalan pilihanraya di Malaysia.
Menjelaskan kebebasan asasi berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan.
Menjelaskan ciri-ciri demokrasi
Menerangkan pengasingan kuasa dalam
pemerintahan.
STORYLINE
VIDEO PENGENALAN
Semasa di rumah, Aiman berasa keliru membaca ulasan netizen di media sosial
berkenaan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) keselamatan siber yang
mendakwa Perdana Menteri dan barisan menteri boleh meluluskan undang-undang
baharu secara sewenang-wenangnya. Keesokannya di kantin sekolah, Aiman
bertanyakan kepada rakan-rakannya Muthu dan Mei Ling mengenai hal tersebut.
Muthu dan Mei Ling menasihati Aiman agar membawa kekeliruan tersebut untuk
ditanyakan kepada guru Sejarah mereka
VIDEO KANDUNGAN 1
Di bilik darjah, Aiman bertanyakan isu RUU tersebut kepada Cikgu Imran. Cikgu Imran
menjelaskan bahawa Malaysia mengamalkan Pengasingan Kuasa untuk mengelakkan
pemusatan kuasa mutlak. Menteri di bawah Badan Eksekutif hanya bertugas
merangka RUU, manakala kelulusannya tertakluk kepada Badan Perundangan
(Parlimen) melalui perbahasan dan undian Ahli Parlimen.
VIDEO KANDUNGAN 2
Aiman bertanya tentang peranan Badan Kehakiman sekiranya undang-undang yang
diluluskan menindas rakyat. Cikgu Imran menegaskan bahawa Badan Kehakiman
(Judisiari) bertindak secara bebas tanpa campur tangan politik. Sekiranya RUU yang
diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah mempunyai
kuasa untuk mentafsir dan membatalkannya menerusi prinsip semak dan imbang
(check and balance).
VIDEO KANDUNGAN 3
Penerangan tersebut membuka mata Aiman tentang saluran undang-undang
yang betul dalam sistem Demokrasi Berparlimen. Dia menyedari pentingnya
memahami struktur pemerintahan negara agar tidak mudah terpengaruh
dengan emosi, spekulasi, mahupun maklumat palsu di media sosial.
VIDEO PENUTUP
Cikgu Imran memuji kepekaan dan keberanian murid-muridnya dalam
membincangkan isu semasa. Beliau merumuskan bahawa amalan
demokrasi yang sihat dan matang memerlukan generasi muda yang celik
perlembagaan serta menghargai prinsip pengasingan kuasa demi
keharmonian negara.
AHLI-AHLI KUMPULAN 5
STRATEGI PENGAJARAN
BERPUSATKAN MURID
Perbincangan dalam kumpulan.
Soal jawab.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menerangkan kepentingan
pilihan raya.
Pelajar dapat mengenal pasti bentuk
kebebasan asasi.
Pelajar dapat menyatakan ciri demokrasi.
Pelajar dapat membezakan 3 badan
pemerintahan
AKTIVITI
Guru memulakan kelas dengan tayangan gambar Parlimen dan Pilihan Raya
kemudian menyatakan objektif pembelajaran pada hari tersebut
Guru menayangkan video pendek mengenai proses Pilihan Raya dan fungsi
Tiga Badan Pemerintahan (Perundangan, Eksekutif, Kehakiman).
Murid membuat pemerhatian dan mencatat maklumat penting berdasarkan klip
video yang ditayangkan.
Guru mengadakan sesi soal jawab lisan secara tumpu di akhir untuk menilai sejauh mana
objektif pembelajaran tercapai.
Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjawab lembaran
soalan pengukuhan.
Guru membimbing perbincangan dan menerangkan langkah penyelesaian/jawapan
yang betul bagi soalan pengukuhan tersebut.
NUR AMIRA BINTI SAMSURI
P174835
NELDZIANAH BINTI NELSON
P174802
NUR BALQIS BINTI MALEK FADZIL
P174942
NOR ALYA RASYIQAH BINTI SUHAIMI
P174809
NUR AIN SOLEHAH BINTI MAT LAWI
P174826
KURIKULUM DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
GGGB5613