Setiap kumpulan menjalankan aktiviti menghasilkan poster berkaitan faktor kedatangan kuasa Barat ke negara kita. Setiap kumpulan diberikan satu faktor untuk dikaji seperti kekayaan hasil bumi, Revolusi Perindustrian, persaingan kuasa Barat, perkembangan teknologi dan kepentingan perdagangan. Murid berbincang, mencari maklumat daripada buku teks dan menghasilkan poster yang mengandungi faktor, huraian, contoh serta kepentingannya kepada kuasa Barat.
Setelah selesai, setiap kumpulan mempamerkan poster di beberapa lokasi yang ditetapkan. Seorang ahli kumpulan berada di tempat poster untuk menerangkan hasil kerja, manakala ahli yang lain bergerak dari satu poster ke poster yang lain untuk mendapatkan maklumat dan mencatat isi penting.
Murid dapat melihat bahawa setiap faktor mempunyai kaitan dengan kepentingan kuasa Barat untuk menguasai sumber ekonomi dan kawasan strategik di Alam Melayu.
Murid dapat memahami faktor-faktor yang mendorong kedatangan dan persaingan kuasa Barat untuk menguasai negara kita.