Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Group 3: Sains, Tahun 6, Contoh Isu Alam Sekitar, Kesan serta Langkah…
Group 3: Sains, Tahun 6
Reka Bentuk Pengajaran
ANALYSIS
Murid mempunyai pengetahuan asas tentang haiwan, tumbuhan dan alam sekitar. Namun, mereka masih memerlukan pemahaman yang lebih jelas tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan untuk mengekalkan keseimbangan alam.
Murid memerlukan bahan pembelajaran yang jelas dan menarik untuk membantu mereka memahami konsep pemeliharaan dan pemuliharaan serta mengaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Cabaran yang dihadapi oleh murid ialah kekeliruan antara istilah pemeliharaan dan pemuliharaan, kerana kedua-duanya hampir sama. Mereka tidak memahami faktor sebenar yang menyebabkan kepupusan alam. Penekanan diperlukan ketika sesi pembelajaran dengan menyatakan hubungan, sebab dan akibat kepada kerosakan alam.
DESIGN
- Reka Bentuk Kandungan Pembelajaran :
Kandungan pembelajaran disusun secara berperingkat untuk membantu murid memahami konsep pemeliharaan dan pemuliharaan, masalah alam sekitar, serta langkah menjaga keseimbangan alam.
- Reka Bentuk Bahan Visual dan Multimedia:
Guru merancang penggunaan gambar, slaid dan video pendek untuk membantu murid memahami konsep serta melihat situasi sebenar berkaitan pencemaran dan penjagaan alam sekitar.
- Reka Bentuk Aktiviti Interaktif :
Aktiviti pengelasan dirancang untuk membantu murid membezakan situasi yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan melalui aktiviti yang menarik dan interaktif.
- Reka Bentuk Aktiviti Pengukuhan dan Rumusan:
Guru merancang aktiviti mind map untuk mengukuhkan pemahaman murid dan membimbing mereka merumuskan pembelajaran berkaitan masalah, punca, kesan serta tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan.
DEVELOPMENT
- Guru menghasilkan slide yang menerangkan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan, disertakan gambar hutan, sungai, hidupan liar dan kawasan tercemar.
- Guru menyediakan video pendek tentang kesan pencemaran dan kepentingan menjaga alam sekitar. Video boleh mempunyai soalan ringkas di tengah-tengah tayangan.
- Guru membangunkan permainan pengelasan interaktif melalui platform Wordwall, PowerPoint interaktif atau platform kuiz seperti Quizizz/Kahoot. Dalam permainan tersebut para pelajar diberikan contoh -contoh situasi, dan perlu mengelaskannya sama ada situasi tersebut adalah contoh pemeliharaan / pemuliharaan. Melalui permainan ini, murid secara tidak langsung juga akan diperkenalkan dengan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan.
- Guru menyediakan template mind map di Canva. Dalam mind map tersebut, pelajar boleh nyatakan rumusan hasil pembelajaran seperti masalah alam sekitar, punca, kesan, serta tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan.
IMPLEMENTATION
- Guru memulakan sesi pembelajaran dengan mengemukakan soalan kepada pelajar bagi mengetahui pengetahuan sedia ada mereka tentang maksud kepupusan. Seterusnya, guru memaparkan beberapa gambar haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan, seperti harimau Malaya, burung kenyalang, tapir, bunga pakma dan periuk kera. Guru meminta pelajar mengenal pasti haiwan dan tumbuhan tersebut serta berkongsi pengetahuan mereka berkaitan ancaman kepupusan.
- Seterusnya, guru menerangkan konsep pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan kepada pelajar. Guru turut mengemukakan soalan berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan bagi menggalakkan pelajar menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan topik yang dipelajari.
- Kemudian, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan peta minda berdasarkan hasil perbincangan dan membentangkan hasil kerja mereka kepada kelas.
- Guru memberikan maklum balas yang positif terhadap peta minda yang dihasilkan oleh pelajar serta mengemukakan beberapa soalan berkaitan kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan. Langkah ini bertujuan untuk memastikan pelajar memahami konsep dan isi kandungan topik yang telah dibincangkan dengan jelas.
EVALUATION
- Guru menayangkan atau mengedarkan kad gambar dan meminta murid mengelaskan haiwan/tumbuhan kepada kategori Pupus atau Terancam.
- Guru memberikan latihan di mana murid memadankan maksud pemeliharaan/pemuliharaan serta mengisi punca-punca kepupusan.
- Guru memanfaatkan fungsi Open-Ended / Poll di Quizizz untuk meminta murid menaip idea mudah cara menjaga haiwan dan tumbuhan.
- Guru mengedarkan lembaran kerja interaktif atau latihan bertulis digital di akhir subtopik untuk menguji keseluruhan objektif pembelajaran pelajar melalui google forms
-
-
Genially
-
-
-
-
Pengenalan
Page 6
Pemeliharaan ialah usaha menjaga dan melindungi alam sekitar serta hidupan supaya terus kekal dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami kemerosotan.
-
Page 7
Pemuliharaan ialah usaha memulihkan, mengurus dan mengekalkan alam sekitar serta sumber semula jadi supaya dapat terus digunakan dan dinikmati pada masa hadapan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Contoh Isu Alam Sekitar, Kesan serta Langkah Pemuliharaan
-
-
-
-
-
-