Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR, Linked Coggle - Coggle…
KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang memberi kesan terhadap alam sekitar.
Pelajar dapat menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar.
Pelajar dapat membahaskan usaha mengurangkan kesan
kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
AHLI KUMPULAN
FARIHAH BINTI ABDULLAH (P174357)
FATIN NUR UMAIRA BINTI RAHMAT (P174359)
MAJIDAH BINTI SHAMSUDDIN (P174383)
MAISARAH BINTI SHAMSUDDIN (P174564)
MUHAMAD AIZZAT B AHMAD ZUBARJOL (P174393)
GENIALLY
REKA BENTUK PENGAJARAN
ANALYSIS
Topik ini dipilih kerana kemungkinan terdapat pelajar yang kurang cakna tentang apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi yang memberi ancaman buruk terhadap alam sekitar.
Topik ini perlu dipelajari supaya pelajar dapat menghuraikan dengan lebih jelas tentang kesan-kesan buruk kegiatan ekonomi seperti industri pertanian, industri pemprosesan dan pembuatan, industri perlombongan serta industri pelancongan yang dijalankan oleh manusia terhadap alam sekitar.
Topik ini dirasakan penting untuk pelajar memikirkan serta membahaskan usaha-usaha yang mampu dilakukan bagi mengurangkan kesan mudarat kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
DESIGN
1. • MEMPERKENALKAN ISU ATAU SITUASI YANG BERKAITAN DENGAN TOPIK. • MENAYANGKAN VIDEO PENCEMARAN ALAM SEKITAR YANG BERLAKU. • AKTIVITI MINI WHITEBOARD
( aktiviti pembelajaran aktif yang menggunakan papan putih kecil (mini whiteboard) untuk membolehkan semua murid menulis jawapan secara serentak. Aktiviti ini sesuai untuk menguji kefahaman, menggalakkan penyertaan aktif, dan memberikan maklum balas segera kepada guru.)
2. AKTIVITI BERKUMPULAN (AKTIVITI GALERI WALK)
Aktiviti pembelajaran aktif yang membolehkan murid bergerak dari satu "stesen" ke satu stesen yang lain untuk melihat, membaca, menilai dan membincangkan hasil kerja setiap kumpulan. Aktiviti ini menggalakkan perkongsian idea, komunikasi dan pemikiran kritis berkaitan pencemaran alam yang berlaku.
3. Aktiviti Think-Pair-Share
Digunakan bagi membantu murid memahami isu pencemaran alam sekitar melalui proses berfikir, berbincang dan berkongsi idea. Murid mengenal pasti punca, kesan serta langkah mengatasi pencemaran alam sekitar secara individu dan berkumpulan. Aktiviti ini bertujuan menggalakkan pembelajaran aktif, meningkatkan kemahiran komunikasi, kolaborasi dan pemikiran kritis dalam mencari penyelesaian terhadap masalah alam sekitar.
DEVELOPMENT
Guru menyediakan video pencemaran alam sekitar yang menunjukkan situasi pencemaran dan menyediakan mini whiteboard, marker dan pemadam untuk membolehkan murid menjawab soalan secara serentak berkaitan jenis, kesan dan langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.
Guru menyediakan bahan aktiviti Gallery Walk seperti kad maklumat, gambar pencemaran dan hasil kerja pada beberapa stesen untuk membolehkan murid membaca, menilai dan memberikan komen terhadap hasil kerja kumpulan lain.
Guru menyediakan kad soalan untuk aktiviti Think-Pair-Share yang membantu murid mengenal pasti punca, kesan serta langkah mengatasi pencemaran alam sekitar.
EVALUATION
Guru dapat menilai pengetahuan murid tentang jenis kegiatan ekonomi melalui Mini Whiteboard
Guru dapat menilai tahap kefahaman murid tentang kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar melalui Gallery Walk
Guru dapat menilai kerjasama, cara berfikir, kemahiran berkomunikasi dalam mencari penyelesaian terhadap masalah alam sekitar.
IMPLEMENTATION
OBJEKTIF 1
Guru bertanya: “Apakah kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar yang pernah kamu lihat atau dengar?”kepada pelajar
Guru kaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pembelajaran.
Guru menayangkan video kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti kepupusan, pencemaran alam sekitar, pencemaran landskap, peningkatan suhu, penipisan lapisan ozon, hakisan tanah
Guru bersoal jawab selepas tayangan untuk memastikan pelajar memahami setiap kesan
OBJEKTIF 2
Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan berikan setiap kumpulan satu kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti:
Kumpulan 1 – Kesan Kegiatan Pertanian Terhadap Alam Sekitar
Kumpulan 2 –Kesan Kegiatan Pembuatan Terhadap Alam Sekitar
Setiap kumpulan perlu mencari: a) aktiviti yang telah di jalankan
b) kesan kepada alam sekitar
c) contoh kesan
Pelajar perlu sertakan gambar
Cara pembelajaran : murid bergerak dari satu "stesen" ke satu stesen yang lain untuk melihat, membaca, menilai dan membincangkan hasil kerja setiap kumpulan dengan pantauan oleh guru
Kumpulan 3 – Kesan Kegiatan Perlombongan Terhadap Alam Sekitar
Kumpulan 4 – Kesan Kegiatan PelanconganTerhadap Alam Sekitar
OBJEKTIF 3
Aktiviti Think-Pair-Share- dimana guru membahagi pelajar mengikut kumpulan untuk berfikir, berbincang dan berkongsi idea bagi sub topik usaha mengurangkan kesan ekonomi terhadap sekitar
Kumpulan 1 – Kempen kesedaran (kitar semula)
Kumpulan 2 – kuat kuasa undang-undang
Kumpulan 3 – pendidikan alam sekitar
Kemudian pelajar berkongsi hasil perbincangan dengan rakan sekelas. Guru membimbing perbincangan dan membuat rumusan terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar.
Kumpulan 4 – penggunaan teknologi hijau
Kumpulan 5- penghutanan semula
OBJEKTIF
Mengenalpasti jenis-jenis kegiatan ekonomi yang memberi kesan terhadap alam sekitar.
Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar.
Membahaskan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar.
GEOGRAFI TINGKATAN 5 BAB 10
Linked Coggle