Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ahli Kumpulan 2: Aston Wong Jordan Yap Wong Yu Zhang - Coggle Diagram
Ahli Kumpulan 2:
Aston Wong
Jordan Yap
Wong Yu Zhang
CONTOH MUDAH
Innovative Designer — Pereka Bentuk Inovatif
Pelajar mereka bentuk aplikasi untuk membantu mengurangkan pembaziran makanan di kantin sekolah. Mereka menghasilkan prototaip, meminta rakan mencubanya dan memperbaiki aplikasi berdasarkan maklum balas.
Computational Thinker — Pemikir Komputasional
Pelajar ingin mengetahui mengapa banyak makanan dibazirkan di kantin sekolah. Mereka mengumpul data tentang jumlah makanan yang dibazirkan, menganalisis data tersebut dan menyusun beberapa langkah untuk mengurangkan pembaziran makanan.
Creative Communicator — Komunikator Kreatif
Pelajar menggunakan Canva untuk menghasilkan infografik tentang pencemaran sungai dan kemudian membentangkannya kepada rakan-rakan di dalam kelas.
Global Collaborator — Kolaborator Global
Pelajar dari Malaysia menggunakan Google Meet dan Google Docs untuk bekerjasama dengan pelajar dari negara lain bagi membincangkan masalah pencemaran alam sekitar dan mencari penyelesaian bersama.
PERKARA UTAMA
Innovative Designer — Pereka Bentuk Inovatif
- Proses reka bentuk – mengenal pasti masalah, menghasilkan idea dan menguji idea.
- Memilih alat digital – menggunakan teknologi yang sesuai untuk menghasilkan reka bentuk.
- Membangunkan prototaip – menghasilkan model awal dan mengujinya.
- Ketabahan dan minda terbuka – menerima kritikan, mencuba semula dan memperbaiki hasil.
Creative Communicator — Komunikator Kreatif
- Memilih platform dan alat – menggunakan alat yang sesuai dengan tujuan.
Mencipta karya asli – menghasilkan kandungan sendiri dan menggunakan sumber dengan bertanggungjawab.
- Menyampaikan idea kompleks – menerangkan idea yang susah melalui gambar, video, simulasi atau visual.
- Menerbitkan kandungan – berkongsi hasil kepada audiens melalui medium yang sesuai.
Global Collaborator — Kolaborator Global
- Menggunakan alat digital – menggunakan platform seperti Google Meet dan Google Docs.
- Kerjasama – bekerja bersama rakan, pakar atau komuniti.
- Sumbangan idea – memberikan pandangan dan membantu kumpulan mencapai matlamat.
- Meneroka isu global – memahami masalah tempatan dan dunia melalui teknologi.
Computational Thinker — Pemikir Komputasional
- Menggunakan algoritma – menyusun langkah penyelesaian secara teratur dan mengujinya.
- Memecahkan masalah – membahagikan masalah besar kepada bahagian kecil.
- Mengumpul data – mendapatkan dan menganalisis maklumat yang berkaitan.
- Merumuskan masalah – mengenal pasti masalah dengan jelas.
MAKSUD
Innovative Designer — Pereka Bentuk Inovatif
Pelajar menggunakan kreativiti, teknologi dan proses reka bentuk untuk menghasilkan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Mereka mencuba idea, membina prototaip, menguji hasil dan memperbaikinya berdasarkan maklum balas.
Computational Thinker — Pemikir Komputasional
Pelajar menggunakan teknologi, data dan langkah yang teratur untuk memahami sesuatu masalah dan mencari penyelesaian yang sesuai. Masalah yang besar dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil supaya lebih mudah diselesaikan.
Creative Communicator — Komunikator Kreatif
Pelajar menggunakan platform dan alat digital yang sesuai untuk menyampaikan idea dengan jelas, menarik dan kreatif kepada orang lain. Mereka boleh memilih pelbagai bentuk seperti video, poster, infografik atau pembentangan.
Global Collaborator — Kolaborator Global
Pelajar menggunakan alat dan teknologi digital untuk bekerjasama dengan orang lain, berkongsi idea dan menyelesaikan masalah bersama. Kerjasama boleh dilakukan dengan rakan di sekolah atau dengan orang dari tempat dan negara yang berbeza.
PIAWAIAN PELAJAR
Computational Thinker — Pemikir Komputasional
BIG IDEA
Menggunakan teknologi digital secara kreatif dan sistematik untuk bekerjasama, berkomunikasi, menyelesaikan masalah serta menghasilkan penyelesaian yang inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan.
Innovative Designer — Pereka Bentuk Inovatif
.
Creative Communicator — Komunikator Kreatif
.
Global Collaborator — Kolaborator Global
.