Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Dilema Budaya Tempatan VS Trend Globalisasi :, Adakah trend global…
Dilema Budaya Tempatan VS Trend Globalisasi :
Kesan Negatif
1) Penghakisan identiti dan nilai budaya
Anak muda mungkin lebih tertarik kepada budaya luar berbanding budaya sendiri.
Tradisi, adat dan bahasa tempatan boleh semakin kurang diamalkan.
2) Perubahan bahasa dan gaya hidup
Penggunaan bahasa rojak/slanga internet semakin biasa.
Trend luar boleh mempengaruhi cara berpakaian, pemakanan dan cara berkomunikasi.
Pengenalan
Globalisasi
Maksud: proses dunia menjadi semakin saling berhubung dan bergantung antara satu sama lain dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, komunikasi, budaya dan pendidikan.
Contoh: Produk dari negara lain boleh dibeli dengan mudah melalui internet, dan maklumat boleh dikongsi ke seluruh dunia dalam masa yang singkat.
Budaya Tempatan
Maksud: cara hidup, adat resam, tradisi, bahasa, makanan, pakaian, kesenian dan kepercayaan yang menjadi identiti sesuatu masyarakat atau kawasan.
Contoh: Batik, tarian tradisional, makanan seperti nasi lemak dan adat gotong-royong merupakan sebahagian daripada budaya tempatan di Malaysia.
Bagaimana teknologi dan media sosial mempercepatkan pengaruh budaya luar
Maklumat tersebar dengan cepat – masyarakat boleh melihat budaya dari negara lain dalam masa yang singkat.
Media sosial menghubungkan seluruh dunia – aplikasi seperti TikTok, Instagram dan YouTube membolehkan budaya luar menjadi popular dengan mudah.
Mempengaruhi gaya hidup – masyarakat mungkin mengikuti cara berpakaian, makanan, muzik dan bahasa daripada budaya luar.
Golongan muda mudah terpengaruh – trend yang popular di negara lain boleh menjadi ikutan dalam kehidupan seharian.
Penyataan isu:
Kesan Positif
1.Pendedahan Kepada Budaya Luar
Pelajar dapat mengenali budaya dan cara hidup masyarakat lain.
Contohnya, pelajar Politeknik Mukah boleh mengenali budaya Korea, Jepun dan Barat melalui media sosial.
2.Membantu mempromosikan budaya Malaysia
Media sosial boleh digunakan untuk memperkenalkan makanan, pakaian, muzik dan tradisi Malaysia kedapa dunia.
Contohnya, makanan seperti laksa Sarawak, kek lapis Sarawak dan manok pansuh boleh dipromosikan melalui TikTok atau Instagram
Kesan terhadap Nilai dan Kesantunan Anak Muda Malaysia
Pengaruh media sosial terhadap cara anak muda berfikir dan berkomunikasi.
Sesetengah trend luar mungkin tidak sesuai dengan nilai masyarakat Malaysia.
Contohnya, cara bercakap, berpakaian dan tingkah laku yang ditiru daripada influencer luar.
Kesantunan dan nilai tempatan perlu dikekalkan walaupun mengikuti trend global.
Langkah Praktikal Menerima Budaya Luar Tanpa Mengikis Identiti Nasional
Langkah 1
Tidak semua trend perlu diikuti.
Ambil perkara positif seperti teknologi, ilmu dan kreativiti.
Langkah 2
Gunakan media sosial untuk mempromosikan budaya Malaysia.
Sertai program kebudayaan di politeknik atau komuniti.
Langkah 3
Gunakan Bahasa Melayu dengan baik.
Hormati adat, budaya dan masyarakat yang berbeza.
Kesimpulan
Globalisasi memberikan banyak manfaat kepada masyarakat, namun kita perlu bijak memilih pengaruh budaya luar sambil mengekalkan budaya, nilai dan identiti tempatan agar tidak hilang ditelan arus globalisasi.
Adakah trend global memnbantu atau mengancam identiti budaya tempatan?
Trend global boleh membantu dan juga mengancam identiti budaya tempatan. Trend global membantu memperkenalkan budaya tempatan kepada masyarakat dunia melalui teknologi dan media sosial. Namun, jika masyarakat terlalu mengikut budaya luar, budaya tempatan seperti bahasa, adat resam dan tradisi boleh semakin dilupakan. Oleh itu, kita perlu menerima pengaruh global secara bijak sambil mengekalkan dan menghargai budaya tempatan.