Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN, Andaian Perakaunan -…
1.4 ANDAIAN, PRINSIP DAN BATASAN DALAM PERAKAUNAN
Prinsip Perakaunan
Ketekalan
Memastikan kaedah dan prosedur perakaunan digunakan secara konsisten dari satu tempoh perakaunan ke tempoh yang lain supaya maklumat kewangan dapat dibandingkan dengan adil dan tepat.
Contoh: Kaedah susut nilai aset bukan semasa perlu digunakan secara konsisten pada setiap tempoh perakaunan.
Prinsip Kos
Aset perniagaan hendaklah direkodkan dalam penyata kewangan berdasarkan kos asal pembelian, bukan nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan. Pengecualian berlaku apabila perniagaan sedang dalam proses penutupan dan pembubaran.
Contoh:
Mesin cetak yang dibeli dengan harga RM900 masih direkodkan pada RM900 dalam Penyata Kedudukan Kewangan walaupun nilai pasaran semasanya telah menurun kepada RM500.
-
Batasan Perakauan
Kos manfaat
Kos penyediaan maklumat hendaklah tidak melebihi daripada nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan. Pertimbangkan sama ada pendapatan yang dijana berbaloi dengan kos yang ditanggung.
Kos optimum dan minimum membantu perniagaan mendapat untung bersih lebih tinggi dan kedudukan kewangan yang baik.
Andaian Perakaunan
Usaha Berterusan
Perniagaan diandaikan akan terus beroperasi tanpa had masa, supaya boleh merancang jangka panjang. Perniagaan tidak dianggap akan ditutup dalam masa terdekat.
Contoh :
Encik Razak mengandaikan syarikat logistiknya akan terus berjalan selamanya dan asetnya terus digunakan untuk menjana pendapatan.
Tempoh Perakauanan
Aktiviti perniagaan dibahagikan kepada tempoh perakaunan tertentu untuk tujuan pelaporan dan membolehkan perbandingan prestasi perniagaan dengan lebih tepat antara beberapa tempoh.
Contoh:
Syarikat menetapkan tempoh perakaunan 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun. Penyata kewangan disediakan pada 31 Disember untuk membolehkan prestasi dan kedudukan kewangan dibandingkan dari .tahun ke tahun
Entiti Berasingan
Perniagaan mesti menyimpan rekod transaksinya berasingan daripada rekod peribadi pemilik dan perniagaan lain yang dimilikinya.
Contoh:
Puan Karen memisahkan perbelanjaan peribadi dengan perbelanjaan pusat tuisyennya. Jika menggunakan wang perniagaan untuk keperluan peribadi, ia dicatat sebagai ambilan dalam Buku Tunai.
Wang Sebagai Ukuran
Maklumat kewangan mesti dinyatakan dalam mata wang rasmi negara (contohnya: Ringgit Malaysia di Malaysia).
Semua rekod perakaunan menggunakan asas ukuran yang sama.
Contoh :
Pak Akob hanya merekodkan perkara yang boleh dinilai dengan wang — seperti hasil jualan, belian inventori, dan caj internet.
-