Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Asas Ilmu Perakaunan - Coggle Diagram
Asas Ilmu Perakaunan
Andaian
Wang sebagai ukuran
Hanya urus niaga dan peristiwa yang boleh dinilai atau diukur dalam bentuk wang sahaja yang direkodkan dalam buku perakaunan.
-
Faktor abstrak atau kualitatif seperti kemahiran pekerja, tahap kepuasan pelanggan, atau kecekapan pengurusan tidak direkodkan.
Entiti Berasingan
Perniagaan dan pemiliknya diandaikan sebagai dua pihak yang berbeza dan terpisah dari segi perundangan mahupun akaun.
Harta, hutang, serta urus niaga peribadi pemilik tidak boleh dicampurkan dengan urus niaga perniagaan.
Contoh: Ambilan barang atau tunai oleh pemilik untuk kegunaan sendiri perlu direkodkan dalam akaun Ambilan, bukan belanja perniagaan.
Usaha berterusan
Perniagaan diandaikan beroperasi berterusan untuk jangka masa panjang dan tidak akan dibubarkan atau dikurangkan skalanya secara mendadak dalam masa terdekat.
Aset bukan semasa dinilai dan direkodkan mengikut kos sejarah bukannya mengikut nilai pasaran semasa atau nilai pembubaran.
Tempoh Perakaunan
Hayat perniagaan yang berterusan dibahagikan kepada tempoh masa yang tetap dan saksama (contohnya 12 bulan: 1 Jan–31 Dis atau 1 Apr–31 Mac).
Pemotongan tempoh ini membolehkan prestasi perniagaan (untung atau rugi) serta kedudukan kewangannya dinilai secara berkala.
-
Prinsip
Prinsip Kos
Prosedur perakaunan yang digunakan perlu konsisten dari satu tempoh ke tempoh yang lain bagi membolehkan perbandingan maklumat kewangan yang adil.
Ketekalan
Aset diandaikan dan direkodkan berdasarkan harga asal pembeliannya (kos asal), bukannya nilai pasaran semasa atau nilai masa hadapan.
-
Batasan
Kos manfaat
Kos penyediaan maklumat perakaunan tidak boleh melebihi nilai maklumat tersebut kepada pengguna Penyata Kewangan. Perniagaan bertujuan mencapai pendapatan optimum dengan kos minima untuk memaksimalkan untung bersih.