Pada 21 Julai 2025, seorang pengarah urusan syarikat kejuruteraan elektrik berusia 63 tahun, Lee Kau Lik, didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka. Beliau dituduh memberikan rasuah wang tunai berjumlah RM2,000 secara pindahan dalam talian sebagai upah untuk mendapatkan projek penyewaan genset bernilai RM166,500. Kesalahan ini didakwa berlaku pada 5 November 2023 dan beliau mengaku tidak bersalah .