Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 4 Mobiliti Sosial dan Perubahan Pendidikan - Coggle Diagram
TOPIK 4
Mobiliti Sosial dan Perubahan Pendidikan
4.1 Konsep dan jenis mobiliti sosial di Malaysia
Konsep :
proses perubahan kedudukan atau status sosial seseorang individu, keluarga atau kumpulan dalam struktur masyarakat.
Perubahan ini berlaku berdasarkan faktor seperti pendidikan, pekerjaan, pendapatan, kemahiran, ekonomi dan peluang yang tersedia.
mobiliti sosial sering dikaitkan dengan pendidikan kerana pendidikan merupakan saluran utama yang membolehkan seseorang meningkatkan taraf hidup, memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan memperbaiki kedudukan sosioekonomi.
Cth: Seorang anak petani berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dan menjadi doktor. Keadaan ini menunjukkan pendidikan telah membantu meningkatkan status sosial individu tersebut.
Jenis :
1) Mobiliti sosial Menegak:
Merujuk kepada perubahan status sosial seseorang sama ada meningkat atau menurun.
a) Mobiliti Menegak Ke Atas:
Berlaku apabila seseorang berjaya meningkatkan taraf hidup, kedudukan atau status sosial.
Cth: nak daripada keluarga B40 menjadi jurutera selepas mendapat pendidikan tinggi.
b) Mobiliti Menegak Ke Bawah:
Berlaku apabila seseorang mengalami penurunan status sosial akibat kehilangan pekerjaan, kemiskinan atau masalah ekonomi.
Cth: Seorang pengurus kehilangan pekerjaan akibat kemelesetan ekonomi lalu bekerja dalam sektor bergaji rendah.
2) Mobiliti Sosial Mendatar:
Berlaku apabila seseorang bertukar pekerjaan atau tempat tanpa perubahan yang ketara pada status sosial.
Cth: Guru berpindah dari sekolah luar bandar ke sekolah bandar dengan gred jawatan yang sama
3) Mobiliti Antara Generasi:
berlaku apabila status sosial anak berbeza daripada ibu bapanya.
Ada Mobiliti MENEGAK KE ATAS antara generasi &
Mobiliti MENEGAK KE BAWAH antara generasi.
Cth: Bapa bekerja sebagai nelayan, manakala anak menjadi pensyarah universiti.
4) Mobiliti dalam generasi:
berlaku dalam tempoh kehidupan seseorang individu.
Cth: Bermula sbgai cikgu, kemudian jadi pengetua.
4.3 Kesan mobiliti sosial terhadap pendidikan
Kesan positif
1) Meningkatkan akses kepada pendidikan:
membolehkan individu dan keluarga memperoleh taraf hidup yang lebih baik, sekali gus meningkatkan kemampuan untuk mendapatkan pendidikan berkualiti.
Keluarga berpendapatan tinggi mampu menghantar anak ke sekolah yang lebih berkualiti. Mampu menyediakan kemudahan pembelajaran seperti komputer riba, internet, buku rujukan dan kelas tuisyen.
Cth: anak daripada keluarga B40 berjaya menjadi profesional. Apabila berkeluarga, beliau mampu menyediakan pendidikan yang lebih baik kepada anak-anaknya.
2) Mengurangkan kemiskinan melalui pendidikan
membantu memutuskan kitaran kemiskinan antara generasi.
Pendidikan meningkatkan peluang pekerjaan. Pendapatan keluarga bertambah baik. Anak-anak mendapat peluang pendidikan yang lebih berkualiti.
Cth: Program biasiswa dan bantuan pendidikan membolehkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah melanjutkan pelajaran.
3) Meningkatkan motivasi dan aspirasi murid
memberi harapan bahawa pendidikan mampu mengubah kehidupan seseorang.
Cth: Ramai pelajar luar bandar berusaha mendapatkan keputusan cemerlang SPM untuk melanjutkan pengajian ke universiti.
4) Melahirkan modal insan berkualiti
Pendidikan yang baik menghasilkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.
Menyediakan tenaga kerja profesional. Meningkatkan produktiviti dan inovasi negara. Menyokong pembangunan ekonomi.
Cth: Graduan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan pendidikan menyumbang kepada pembangunan negara.
5) Menggalakkan persaingan sihat dlm kalangan pelajar
Mendorong murid meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah.
Cth: Persaingan untuk memasuki universiti awam mendorong pelajar meningkatkan pencapaian akademik.
Kesan negatif
1) Jurang pendidikan antara golongan kaya dan miskin
Mobiliti sosial yang tidak seimbang boleh melebarkan jurang pendidikan.
Murid daripada keluarga berada mempunyai akses kepada kemudahan pembelajaran yang lebih baik.
Cth: Sebahagian murid tidak mampu mengikuti kelas tuisyen atau memiliki peranti digital.
2) Persaingan akademik yang berlebihan
Keinginan untuk mencapai mobiliti sosial boleh meningkatkan tekanan dalam kalangan murid.
Terlalu fokus kepada peperiksaan.
Cth: Pelajar menghadiri pelbagai kelas tambahan sehingga kurang masa berehat.
3) Ketidaksamaan peluang pendidikan
Tidak semua murid mempunyai peluang yang sama untuk meningkatkan status sosial melalui pendidikan.
Wujud perbezaan kemudahan antara sekolah bandar dan luar bandar. Akses kepada teknologi dan guru berpengalaman mungkin tidak seimbang.
Cth: Sekolah di kawasan pedalaman mungkin menghadapi kekurangan kemudahan ICT.
4) Penghijrahan golongan berpendidikan (Brain Drain)
Mobiliti sosial boleh menyebabkan individu berkemahiran tinggi memilih bekerja di luar negara.
Negara kehilangan tenaga mahir. Mengurangkan sumbangan kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi tempatan.
Cth: Graduan cemerlang memilih bekerja di negara yang menawarkan gaji lebih tinggi.
5) Pengabaian nilai murni akibat terlalu mementingkan pencapaian
Tumpuan berlebihan terhadap kejayaan akademik boleh menyebabkan aspek pembentukan sahsiah diabaikan.
Pendidikan dilihat sebagai alat mendapatkan pekerjaan semata-mata.Nilai seperti integriti, empati dan tanggungjawab kurang diberi perhatian.
Cth: Terdapat murid yang sanggup meniru dalam peperiksaan demi memperoleh keputusan cemerlang.
4.4 Perubahan dalam pendidikan semasa
Transformasi pendidikan
Telah dikemukakan dlm Pelan Pembangunan Pend Malaysia PPPM (2013-2015) utk bwh fasa baru.
Utk penambahbaikkan sistem pend selari dgn FPK.
Aspirasi murid
1) PENGETAHUUAN:
Perlu kuasai kemahiran literasi & numerasi.
Menguasai mata pel. teras - math & sains.
Dedahkan kpd pengetahuan am.
Digalakkn kembangkn pengetahuan & kemahiran bidang lain sprt seni, muzik & sukan.
2) KEMAHIRAN BERFIKIR:
Kuasai kemahiran kognitif - penaakulan, pemikiran kreatif, kritis, serta inovasi.
3) KEMAHIRAN MEMIMPIN
Kebolahn utk memimpin & bekerja dgn org lain.
Kepimpinan merangkumi 4 dimensi - Keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, berkomunikasi.
4) KEMAHIRAN DWI-BAHASA
Bm - bahasa kebangsaan & bahasa perpaduan,
Bi - bahasa komunikasi antarabangsa.
5) IDENTITI NASIONAL
Terikat dgn prinsip Rukun Negara.
Bangga sbgi rakyat mlysia tanpa kira etnik, agama, etc.
Semangat patriotik perlu dipupuk.
Iklim sekolah
Definisi - Sbgai suasana/ persekitaran sek yg baik.
Sek merupakan keluarga ke-2.
Pembelajaran bermakna
Merupakan antara ciri2 Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) yg berteraskan elemen 4C - Creative, Critis, Colaborative, Communication.
Miller (2015) tambah 6 kemahiran teras 6C utk capai pembelajaran bermakan - CITIZEN, CARACTER, (lain2 sama).
TRANSFORMASI SEK 2025 (TS25) ialah usaha melahirkan modal insan yg unggul melalui persekitaran pembelajaran yg seronok, penglibatan pelajar aktif lagi bermakna.
Modul Latihan TS25 (pic..)
Inovasi pendidikan
a) Integrasi teknologi
b) Pembelajaran campuran (blended learning)
c) Bilik darjah terbalik (flipped classroom)
d) Pembelajaran berasaskan projek
e) Gamifikasi
f) Pendidikan inklusif
g) Pentaksiran dan penilaian
4.2 Faktor yang mempengaruhi mobiliti sosial
a) Faktor pendapatan
b) Perkahwinan
c) Perubahan tempat tinggal
d) Faktor pekerjaan
e) Pendidikan
f) Perubahan ekonomi
g) Kebolehan individu dan bakat semulajadi