Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 2 Stratifikasi Sosial & Institusi Sosial - Coggle Diagram
TOPIK 2
Stratifikasi Sosial & Institusi Sosial
2.1 Konsep stratifikasi sosial
susunan lapisan masyarakat yang membezakan kedudukan individu atau kumpulan berdasarkan status, kuasa, kekayaan, pendidikan dan faktor sosial lain, yang seterusnya mempengaruhi peluang serta peranan mereka dalam masyarakat.
.
Sifat Stratifikasi Sosial:
a) Stratifikasi sosial secara semula jadi:
Lapisan sosial masyarakat terbentuk kerana keturunan, senior/ junior, pemimpin masyarakat, etc.
b) Stratifikasi sosial yg dibina:
Pembahagian kekuasaan & jawatan rasmi dlm parti politik, perusahaan, pentakbir, etc.
.
Bentuk Stratifikasi:
a) Stratifikasi ekonomi:
Based on jumlah aset yg ada. Berharta/ kaya dianggap ada lapisan sosial yg tinggi.
b) Stratifikasi politik:
Semakin tinggi kuasa, semakin tinggi status.
c) Stratifikasi status sosial:
pembahagian kelas dlm masyarakat berdasarkan status kehormatan. Org yg berasal dr keturunan tertentu dianggap lebih dihormati.
2.2 Faktor ketaksamaan dlm masyarakat
1) Wujud secara semula jadi.
Cth: Umur, jantina, kekuatan badan, kekuatan minda yg berbeza membentuk ketaksamaan sosial semula jadi.
.
2) Melalui proses bergantung kpd perhubungan kumpulan/ individu lain.
Cth: Pendidikan, kedudukan dlm politik, etc adalah kedudukan yg memerlukan pengiktirafan & sokongan drpd pihak lain.
.
3) Ada jawatan tinggi ada kuasa utk tugas. Perkhidmatan yg diberikan tu boleh dpt anugerah dan pangkat. Pangkat & anugerah membawa penghormatan dan prestij.
.
4) Usaha membuat keputusan.
Keputusan yg telah dibuat (betul/salah) akan menentukan perbezaan dlm kehidupan sosial.
2.3 Kesan stratifikasi sosial terhadap pendidikan
Institusi sosial
seperti: kerajaan, sekolah, institusi agama dan organisasi komuniti memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan.
.
Stratifikasi sosial memberi kesan kepada institusi sosial dari aspek berikut:
i) Ketidaksamaan peluang pendidikan:
Institusi di kawasan bandar atau golongan berpendapatan tinggi lazimnya mempunyai kemudahan dan sumber yang lebih baik berbanding kawasan luar bandar.
ii) Perbezaan akses kepada sumber:
Murid daripada golongan berkemampuan lebih mudah memperoleh biasiswa, kelas tambahan, teknologi dan bahan pembelajaran
iii) Jurang pencapaian pendidikan:
Perbezaan kemudahan dan sokongan menyebabkan wujud jurang prestasi antara murid daripada latar belakang sosial yang berbeza.
Sekolah
Sekolah merupakan institusi yang paling terkesan dengan stratifikasi sosial kerana menerima murid daripada pelbagai latar belakang.
.
i) Perbezaan pencapaian akademik
ii) Jurang kemudahan sekolah
iii) Interaksi sosial:
Stratifikasi sosial boleh menyebabkan berlakunya pengasingan atau diskriminasi berdasarkan status ekonomi dan sosial.
iv) Penyertaan kokurikulum
v) Motivasi dan keyakinan diri
Keluarga
Keluarga merupakan faktor utama yang mempengaruhi pendidikan anak.
.
i) Pendapatan keluarga
ii) Tahap pendidikan ibu bapa
iii) Persekitaran pembelajaran di rumah
iv) Harapan dan aspirasi keluarga
Masyarakat
Masyarakat turut mempengaruhi peluang dan perkembangan pendidikan seseorang.
.
i) Sokongan komuniti seperti pusat tuisyen, perpustakaan dan program pendidikan meningkatkan peluang pembelajaran.
ii) Budaya masyarakat
iii) Peluang rangkaian sosial (social network) membantu murid memperoleh maklumat tentang biasiswa, kerjaya dan pendidikan tinggi.
iv) Ketidaksamaan sosial
v) Kerjasama masyarakat dan sekolah
2.4 Institusi sosial
Sekolah
Bertanggungjawab menyampaikan ilmu, membentuk sahsiah dan menyediakan peluang mobiliti sosial kepada murid.
.
Hubungan stratifikasi sosial dengan sekolah:
i. Peluang pendidikan tidak sama rata
ii. Jurang kemudahan sekolah
iii. Pencapaian akademik
iv. Interaksi sosial
.
Peranan sekolah mengurangkan kesan stratifikasi sosial:
i. Memberi layanan yang adil kepada semua murid.
ii. Menyediakan bantuan kewangan, biasiswa dan program sokongan.
iii. Mengamalkan pendidikan inklusif tanpa diskriminasi.
iv. Menyediakan peluang penyertaan yang sama dalam aktiviti akademik dan kokurikulum.
Keluarga
Keluarga ialah institusi sosial pertama yang membentuk perkembangan fizikal, emosi, sosial dan intelek seseorang anak.
.
Hubungan stratifikasi sosial dengan keluarga:
i. Pendapatan keluarga
ii. Tahap pendidikan ibu bapa
iii. Nilai dan budaya keluarga
iv. Persekitaran rumah
v. Status sosial keluarga
.
Peranan keluarga mengurangkan kesan stratifikasi sosial:
i. Memberikan sokongan emosi dan motivasi kepada anak.
ii. Menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat.
iii. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam memantau perkembangan anak.
iv. Memastikan anak mendapat peluang pendidikan tanpa mengira kekangan ekonomi.
Masyarakat
Masyarakat ialah kumpulan individu yang hidup bersama serta berkongsi nilai, norma, budaya dan matlamat yang sama.
.
Hubungan stratifikasi sosial dengan masyarakat:
i. Membentuk kedudukan sosial individu melalui pekerjaan, pendapatan dan pendidikan.
ii. Mewujudkan jurang sosial antara golongan berpendapatan tinggi dan rendah.
.
Peranan masyarakat mengurangkan kesan stratifikasi sosial:
i. Memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan.
ii. Menggalakkan perpaduan serta menghormati kepelbagaian.
iii. Menganjurkan program pendidikan dan kelas bimbingan.
iv. Bekerjasama dengan sekolah dalam aktiviti pendidikan dan pembangunan murid.
2.5 Persamaan dan pertembungan keluarga dan sekolah
Aspek nilai
Nilai merujuk kepada prinsip, kepercayaan dan pegangan yang menjadi panduan tingkah laku seseorang.
.
Persamaan:
i. Keluarga dan sekolah sama-sama menekankan pembentukan sahsiah yang baik.
ii. menggalakkan nilai murni seperti hormat-menghormati, amanah, bertanggungjawab, bekerjasama dan berdisiplin.
iii. Berperanan membentuk akhlak serta tingkah laku positif murid.
iv. Menanam semangat perpaduan, toleransi dan saling menghormati.
.
Pertembungan:
i. Nilai yang diamalkan di rumah mungkin berbeza daripada nilai yang diterapkan di sekolah.
ii. Perbezaan budaya, agama dan latar belakang sosial boleh mempengaruhi cara ibu bapa mendidik anak.
iii. Sesetengah keluarga lebih mementingkan pencapaian akademik berbanding pembentukan sahsiah, manakala sekolah menekankan pembangunan murid secara holistik.
iv. Murid boleh mengalami kekeliruan apabila menerima mesej nilai yang bercanggah daripada keluarga dan sekolah.
Aspek aspirasi
Aspirasi ialah harapan/ matlamat yang ingin dicapai oleh individu/ institusi terhadap masa depan murid.
.
Persamaan:
i. sama-sama mahu murid berjaya dalam akademik dan kehidupan.
ii. berharap murid mempunyai kerjaya yang baik serta menjadi insan berguna kepada masyarakat.
iii. Memberi motivasi dan sokongan untuk meningkatkan potensi murid.
.
Pertembungan:
i. Aspirasi ibu bapa mungkin tidak selari dengan minat atau kebolehan anak.
ii. Sekolah menggalakkan perkembangan potensi secara menyeluruh, manakala sesetengah keluarga lebih menumpukan kepada pencapaian akademik semata-mata.
iii. Perbezaan status sosioekonomi mempengaruhi tahap aspirasi keluarga terhadap pendidikan anak.
iv. Tekanan daripada keluarga boleh menyebabkan murid mengalami stres dan hilang motivasi.
Aspek sikap
Sikap ialah kecenderungan seseorang untuk bertindak atau memberi respons terhadap sesuatu berdasarkan pengalaman, nilai dan kepercayaan.
.
Persamaan:
i. Keluarga dan sekolah menggalakkan sikap positif
ii. menanam sikap rajin, berdisiplin, bertanggungjawab dan menghormati orang lain.
iii. Menggalakkan murid berusaha mencapai kejayaan dan sentiasa memperbaiki diri.
.
Pertembungan:
i. Sikap ibu bapa terhadap pendidikan mempengaruhi sikap anak di sekolah.
ii. Kurangnya sokongan keluarga boleh menyebabkan murid kurang bermotivasi untuk belajar.
iii. Sekolah mengharapkan disiplin yang tinggi, tetapi terdapat keluarga yang mengamalkan gaya asuhan yang terlalu longgar atau terlalu memanjakan anak.
iv. Perbezaan sikap terhadap disiplin, penggunaan teknologi dan peraturan sekolah boleh menimbulkan konflik antara keluarga dan sekolah.
2.6 Hubungan sekolah, ibu bapa & masyarakat
Model Pendidikan Berkualiti 6S
(pic)
6 jenis pengilibatan ibu bapa dan komuniti yg dapat dianjurkan oleh pihak sek dlm usaha utk membantu meningkatkan pembelajaran pelajar:
.
Parenting (keibubapaan)
Berkomunikasi
Kesukarelawan
Pembelajaran di rumah
Pembuat keputusan -
Pihak sek libatkan ibu bapa dlm buat keputusan. Cth meeting PIBG, etc.
Bekerjasama dgn masyarakat setempat