Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU - ISU PEMBANGUNAN LESTARI - Coggle Diagram
ISU - ISU PEMBANGUNAN LESTARI
Perkembangan Industri Pertanian
Penebangan Hutan Meluas: Akibat penukaran tanah hutan kepada kawasan pertanian.
Bencana Alam: Mengakibatkan hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun, dan kejadian tanah runtuh di Malaysia.
Penggunaan Bahan Kimia Toksik: Perbelanjaan besar bagi racun makhluk perosak di negara membangun menggunakan sebatian toksik (seperti DDT, organofosfat, dan organoklorin).
Perkembangan Industri Perlombongan
Gangguan Sumber Air: Aktiviti perlombongan emas skala kecil mengganggu sumber air semula jadi.
Kerosakan Hidupan Marin: Mengakibatkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir yang menjejaskan terumbu karang, hutan bakau, dan rumput laut di sepanjang pantai.
Ancaman Sumber Perikanan: Kemusnahan habitat pantai menjejaskan sektor perikanan yang menjadi punca pendapatan.
Perbandaran & Pembangunan Industri
Perubahan Ekosistem Skala Besar: Memberikan kesan perubahan ekosistem yang jauh lebih besar dan kompleks berbanding sektor perlombongan atau pertanian.
Isu Persekitaran Bandar: Menimbulkan masalah pembetungan, kekurangan pemuliharan kawasan hijau, dan fenomena pulau haba perbandaran.
Pencemaran Toksik: Pembuangan industri menyebabkan pencemaran air dan udara yang kritikal (seperti logam berat, nitrogen, sulfur oksida, dan arsenik) yang menjejaskan kesihatan manusia.
Pengurusan Sisa Buangan
Peningkatan Tapak Sampah Terbuka: Kawasan pelupusan sampah terbuka meningkat dengan cepat.
Ketiadaan Dasar & Insentif: Didorong oleh ketiadaan dasar yang mewajibkan amalan kitar semula serta kekurangan insentif untuk menggalakkan penggunaan semula bahan.
Pencemaran Air Bawah Tanah: Pengurusan sisa yang lemah meningkatkan risiko pencemaran sumber air bersih dan air bawah tanah.
Klasifikasi & Kekangan Negara
Kelemahan Ekonomi Negara Mundur: Ketidakupayaan menyediakan produk pertanian sendiri, ketidakstabilan eksport barangan/perkhidmatan, serta kerap dilanda bencana alam.
Sumber Manusia Lemah: Negara mundur berdepan isu kualiti pemakanan yang tidak baik, sistem penjagaan kesihatan yang lemah, dan tahap pendidikan yang rendah.
Jurang Pendapatan Negara Membangun: Mempunyai pendapatan perkapita yang rendah serta tidak mempunyai industri yang sofistikated.