TAJUK: PENGENALAN WANG
WATAK TERLIBAT: CIKGU MELATI DAN MURID-MURID TAHUN 3 BIJAK
Cikgu Melati: Selamat pagi, murid-murid. Hari ini kita akan belajar tentang wang.
Ehsan, Yaya dan Fizi: Selamat pagi, cikgu!
Cikgu Melati: Siapa tahu apakah itu wang/duit?
Ehsan: Duit digunakan untuk memberi barang cikgu.
Cikgu Melati: Betul Ehsan, duit adalah alat yang digunakan dalam urusan jual beli. Selain itu, kita juga menggunakan duit untuk membayar perkhidmatan.
Yaya: Apakah fungsi duit, cikgu?
Cikgu Melati: Fungis duit ialah sebagai alat perantaraan pertukaran. Duit sering digunakan untuk memudahkan urusan jual beli dan menggantikan sistem barter.
Fizi: Apa sistem barter itu, cikgu?
Cikgu Melati: Sistem barter pula adalah pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan duit.
Ehsan: Oh, sekarang saya faham cikgu.
Cikgu Melati: Bagus, sekarang mari kita lihat jenis-jenis wang di Malaysia.
Kita mempunyai dua jenis wang iaitu Duit kertas yang terdiri daripada RM1, RM5, RM10 dan RM50. Selain itu, kita juga mempunyai Wang syiling iaitu RM0.05, RM0.10, RM0.20 dan RM0.50. Siapa pernah melihat wang ini?
Yaya: Saya pernah lihat RM50, cikgu.
Cikgu Melati: Bagus Yaya.
Fizi: Saya selalu menggunakan syiling RM0.50 untuk beli makanan di kantin.
Ehsan: Saya juga pernah guna duit kertas untuk beli alatan tulis, cikgu.
Cikgu Melati: Bagus semua. Kita juga mesti menggunakan duit dengan bijak dan kita perlu menyimpan duit untuk masa depan.
Murid-murid: Baik cikgu. Terima kasih
Cikgu Melati: Sama-sama
-
-