Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pembelajaran Abad ke - 21 (PAK 21) - Coggle Diagram
Pembelajaran Abad ke - 21
(PAK 21)
DEFINISI
Proses pembelajaran yang
berpusatkan murid
berteraskan elemen komunikasi (
Communication
), kolaboratif (
Collaboration
), pemikiran kritis (
Critical thinking
), dan kreativiti (
Creativity
) serta aplikasi
nilai murni dan etika
Komunikasi
Kolaboratif
Pemikiran kritis
Kreativiti
Nilai murni dan Etika
ASAS 1
KOMUNIKASI
berlaku
interaksi
antara guru-murid, murid-murid : bahan secara
lisan dan bukan lisan
bagi
menyampaikan ilmu
yang mereka faham dan
berkongsi
pengetahuan dengan rakan-rakan
:check: murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum balas dengan orang lain
:check: murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan menyatakannya secara jelas dan ringkas
:check: murid dapat memahami cara menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu untuk menyampaikannya
:check: murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka semasa menyampaikan sebarang topik
ASAS 2
KOLABORATIF
berlaku kerjasama dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid
:check:
Bekerjasama
Murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantung untuk berjaya
:check:
Tanggungjawab Bersama
Murid bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan menghargai sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain
:check:
Pelibatan Seimbang
Murid dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid
:check:
Bertolak Ansur
Murid dapat menerima dan menghormati pandangan orang lain (bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama)
ASAS 3
PEMIKIRAN KRITIS
berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
:check:
Sikap Ingin Tahu
Murid meneroka sesuatu bidang ilmu dengan cara pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara
hands-on
untuk mendapat maklumat
:check:
Bermaklumat
Murid memiliki maklumat mengenai pelbagai perkara/ bidang
:check:
Membuat Keputusan yang Berasas
Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan keputusan dengan memberikan bukti
ASAS 4
KREATIVITI
berlaku proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti
:check:
Pemikiran Membina
Murid menghasilkan dan menggunakan idea-idea baharu dalam konteks tertentu dan menjana hasil yang positif
:check:
Pemikiran Terbuka
Murid melihat situasi sedia ada dari pelbagai sudut untuk menjana idea dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza
:check:
Berani Mengambil Risiko
Murid berani mencuba dan diberikan galakan tanpa berasa bimbang sengan kritikan
:check:
Berpandangan Jauh
Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak mengikut kelaziman
ASAS 5
NILAI MURNI & ETIKA
Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan Malaysia
:check:
Penerapan Nilai yang Bersesuaian
Murid dijelaskan dan diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP
:check:
Penghayatan dan Amalan
Murid perlu menzahirkan amalan nilai murni dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian
:check:
Penghargaan
Guru memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan sesama rakan
:check:
Galakan & Promosi
Guru mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni