Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Topik 3: Kertas Cadangan Penyelidikan Pendidikan Bahasa Melayu (1) -…
Topik 3: Kertas Cadangan Penyelidikan Pendidikan Bahasa Melayu
(1)
Pengenalan
2. Pernyataan Masalah
Menghuraikan masalah kajian yang telah dikenal pasti dan hujah-hujah sebab kajian diperlukan.
Jenis-jenis hujah dalam pernyataan masalah:
Penyelidikan asas
: mendapatkan maklumat agar lebih memahami topik kajian.
Penyelidikan gunaan:
Kepentingan menentukan cara menyelesaikan masalah yang wujud.
Penyelidikan penilaian
: Keperluan dan kepentingan menilai keberkesanan kaedah PdP.
Penyelidikan tindakan:
Sebab-sebab penyiasatan amalan mengajar penting kepada anda, murid-murid yang diajar, guru, dan sekolah anda.
Panduan menulis pernyataan masalah:
Menerangkan rasional/ mengapa dan kepentingan untuk melaksanakan kajian.
Menerangkan sumbangan pengetahuan yang dijangka dapat diberikan kepada bidang topik kajian.
Menghuraikan isu/persoalan kajian sebagai jurang antara keadaan yang wujud dengan keadaan yang diinginkan/dihasratkan.
Hasil yang diharapkan dilihat sebagai merapatka jurang tersebut.
Perkara yang perlu diperhatikan semasa menulis pernyataan masalah.
1. Pernyataan masalah perlu ditulis secara jelas dan mudah difahami pembaca. 2. Elakkan bahasa yang teknikal dan istilah khusus. 3. Skop kajian dibataskan ikut keperluan penyelidikan. 4. Menentukan kedudukan dalam kerangka teori/kerangka konsep. 5. Elakkan membuat andaian/dakwaan yang tiada sokongan dari tinjauan literatur. 6. Topik kajian perlu mengikut keperluan. 7. Topik kajian memberi ilmu pengetahuan yang berfaedah untuk selesaikan isu dalam kajian.
3. Objektif/Persoalan/Hipotesis Kajian
Objektif kajian menjelaskan kajian dengan lebih spesifik, tujuan/matlamat untuk melaksanakan kajian, dinyatakan dengan tepat dan ringkas, serta diikuti dengan soalan-soalan kajian.
Hipotesis kajian:
Satu pernyataan hubungan sebab-akibat antara 2 atau lebih pemboleh ubah. Penerangan atau penyelesaian yang mungkin bagi masalah yang dihadapi. Hipotesis perlu memberi hala tuju yang jelas, mudah mengenal pasti prosedur dan pemilihan sampel kajian. Berupaya menerangkan sesuatu keadaan yang berkait dengan masalah yang dikaji.
Ciri-ciri hipotesis yang baik:
Membekalkan penerangan tentatif bagi fenomena yang diperhatikan.
Memberikan fokus kepada keadaan/aspek yang relevan kepada masalah yang dikaji.
1. Latar Belakang Kajian
Aspek dalam latar belakang kajian:
Masalah yang ingin dikaji, Menghuraikan suasana masalah, Menerangkan idea dan Cara permasalahan timbul.
Penyelidik membincangkan isu secara umum - isu yang dikaji
Penyelidik menyatakan keperluan untuk melanjutkan kajian
Proses mengenalpasti isu kajian:
Pemilihan subjek tertentu dalam konteks yang lebih luas.
Konteks terdiri daripada pelbagai masalah.
Konteks membantu penyelidik untuk memahami masalah khusus.
Pelbagai elemen yang terdapat pada peringkat ini perlu dikaitkan.
Penyelidik mengaitkan elemen ini kepada masalah yang akan dibincangkan dan dikendalikan olehnya.
Proses menunjukkan keadaan pengetahuan semasa. (bagaimana masalah didedahkan, apa masalah, mengapa masalah perlu dijawab)
4. Skop kajian.
Konsep skop kajian:
Liputan kajian dari segi aspek -aspek yang merangkumi topik kajian, pemboleh ubah yang terlibat, populasi dan sampel yang dikaji.
Peranan skop kajian:
Supaya bidang kajian tidak terlalu luas.
5. Batasan kajian
Konsep
: Sempadan kajian
Setiap kajian mempunyai batasan iaitu tidak semua elemen termasuk dalam sesuatu kajian.
Batasan kajian wujud dari segi:
Kekangan terhadap generalisasi disebabkan oleh saiz sampel.
Kekurangan data yang boleh dipercayai.
Kekurangan penyelidikan terdahulu tentang kajian.
Kaedah yang digunakan unuk mengumpul data. (kesahan dalaman dan luaran)
Data dilaporkan sendiri (bias)
6. Kepentingan Kajian
Konsep:
Signifikan dapatan kajian untuk bidang berkenaan. Sumbangan ilmu pengetahuan baharu yang berkait dengan topik kajian. Pengaruh dalam sesuatu dapatan kajian.
7. Definisi Operasional/Istilah
Definisi Istilah:
Pentakrifan istilah biasanya berdasarkan teori. Menerangkan maksud istilah dan apa-apa yang dirangkuminya serta memberikan maklumat tentang fenomena yang berkait dengan istilah.
Definisi operasional:
Pemberian makna/takrif kepada istilah tersebut melalui spesifikasi operasi yang perlu dilaksanakan untuk mengukurnya.
Teknik Membaca Literatur
1. Teknik Membaca untuk Mengenal Pasti Konsep
Teknik:
Skimming dan pencarian definisi
Cara pelaksanaan:
Baca tajuk, abstrak, pengenalan dan definisi istilah yang terdapat dalam sesebuah artikel atau buku.
Kenal pasti ayat yang mengandungi kata seperti
ditakrifkan sebagai, merujuk kepada, didefinisikan sebagai.
Catat beberapa definisi daripada sarjana yang berbeza.
Hasil yang diperolehi
:
a) Definisi konsep drpd beberapa tokoh
b) Perbandingan definisi
2. Teknik Membaca Untuk Mengenal Pasti Ciri-ciri/Aspek
Teknik:
Scanning Maklumat Khusus
Cara pelaksanaan:
Cari perkataan seperti
ciri-ciri, aspek, komponen, elemen, prinsip.
Fokus pada bahagian subtopik, senarai bernombor , jadual atau rajah.
Hasil yang diperolehi:
Senarai ciri atau komponen sesuatu konsep.
3. Teknik Membaca untuk Mengenal Pasti Perkembangan/Proses
Teknik:
Membaca kronologi dan analisis aliran idea
Cara Pelaksanaan:
Kenal pasti ayat yang menunjukkan perkembangan masa atau tahap, seperti
pada peringkat awal, seterusnya, perkembangan terkini, model ini berkembang daripada.
Perhatikan bahagian
Sejarah teori dan model atau tahap proses.
Hasil yang diperoleh:
Urutan perkembangan teori atau proses sesuatu konsep.
4. Teknik Membaca untuk Mengenal Pasti Kekuatan
Teknik:
Pembacaan Kritikal
Cara Pelaksanaan:
Kenal pasti ayat yang menunjukkan kelebihan seperti berkesan, meningkatkan, memberi impak, menyokong.
Lihat bahagian: Dapatan kajian dan Perbincangan.
Hasil yang diperoleh:
Kelebihan teori, model atau pendekatan yang dikaji.
5. Teknik Membaca untuk Mengenal Pasti Kelemahan
Teknik:
Analisis perbandingan dan pembacaan evaluative
Cara Pelaksanaan:
Cari ayat seperti
walau bagaimanapun, keterbatasan, kelemahan, kurang sesuai.
Perhatikan bahagian
Limitasi kajian dan Perbincangan kritikal.
Hasil yang diperoleh:
Kekangan teori, pendekatan atau kajian
Kajian Literatur
Tujuan Kajian Literatur
Untuk mengetahui dan menentukan apa yang telah dilakukan oleh orang lain/pengkaji mengenai sesuatu yang berkaitan dengan topik yang dikaji.
Memberikan tafsiran kepada penyelidik mengenai penyelidikan yang dilakukan itu dengan lebih bermakna dan berkesan.
Menyediakan pemahaman tentang latar belakang kajian.
Menyediakan pemahaman mengenai latar belakang kajian.
Mengenal pasti jenis-jenis kajian yang telah digunakan.
Ciri-ciri Kajian Literatur
Menunjukkan trend kajian yang penting.
Menilai Kekuatan dan kelemahan kajian lepas yang berkaitan dengan bidang kajian yang dikaji.
Menetukan potensi jurang berkaitan kajian.
Menyediakan asas keperluan untuk kajian semasa dan akan datang.
Membincangkan semua aspek yang akan dikaji.
Meliputi kajian-kajian mutakhir tentang topik yang sama.
Relevan dengan topik yang akan dikaji oleh penyelidik.
Fungsi
Memastikan strategi kajian, prosedur dan instrumen pengukuran yang didapati sama ada berguna atau tidak dalam menyiasat topik/kajian anda.
Meneliti kajian lepas dan menjadi panduan dalam menginterpretasikan hasil kajian anda.
Langkah
Menentukan kata kunci
Menetukan lokasi literatur
Menilai dan memilih bahan
Menyusun literatur (buat catatan mengikut tahun)
Menulis tinjauan literatur (melapor dan mengulas)
Metodologi Kajian
Konsep:
Kerangka kerja atau pelan tindakan sistematik yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data bagi menjawab persoalan kajian.
Dalam konteks Pendidikan Bahasa Melayu:
Metodologi kajian merangkumi penetapan reka bentuk kajian yang paling sesuai dengan objektif yang ingin dicapai oleh penyelidik.
Persampelan Kajian
Kuantitatif
Ciri-ciri:
Data berbentuk nombor.
Menggunakan statistik.
Fokus utama adalah objektif dan generalisasi.
Hasil sampel kecil mampu mewakili keseluruhan populasi yang besar.
Teknik Persampelan:
1. Persampelan Rawak Mudah:
Semua populasi mempunyai peluang untuk dipilih sebagai pserta kajian.
2. Persampelan Sistematik:
Pemilihan peserta kajian mengikut senarai populasi.
3. Persampelan Berstrata:
Peserta kajian dibahagikan kepada lapisan berdasarkan ciri tertentu.
4. Persampelan Kluster:
Populasi dibahagikan kepada kluster.
Kualitatif
Ciri-ciri:
1. Pemilihan sampel:
Persampelan bertujuan. Responden dipilih berdasarkan kriteria tertentu.
2. Mewakili lokasi kajian:
Sampel diambil daripada lokasi kajian tertentu.
3. Mewakili Individu:
Setiap sampel mewakili pengalaman sendiri atau contoh fenomena dalam populasi serupa.
4. Prinsip Utama:
Pemahaman mendalam terhadap fenomena, bukan statistik.
Teknik Persampelan:
Persampelan mudah: Responden mudah diakses.
Persampelan kuota: Responden dipilih sehingga mencapai kuota tertentu.
Persampelan Dimensi: Pemilihan responden berdasarkan pelbagai ciri untuk menangkap pelbagai pengalaman.
Persampelan Bertujuan: Responden dipilih mengikut kriteria khusus.
Persampelan Snowball: Respondel awal mengenalkan penyelidik kepada responden lain.
Persampelan Sukarelawan: Individu yang bersetuju untuk menjadi peserta kajian