Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Set 39 Kumpulan 8 (Sains : Tahun 6), Canva, Capcut, Ali, Aina, Kumar,…
Set 39 Kumpulan 8
(Sains : Tahun 6)
Hasil Pembelajaran
:fountain_pen: Psikomotor : Murid dapat menghasilkan lakaran digital kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan secara kreatif menggunakan aplikasi Genially
:fountain_pen: Afektif : Murid menunjukkan sikap menghargai fenomena alam ciptaan Tuhan dan mematuhi langkah keselamatan iaitu mengelak daripada melihat terus dengan mata kasar ke arah Gerhana Matahari
:fountain_pen: Kognitif : 80% murid dapat menerangkan perbezaan Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan berdasarkan lakaran kedududukan Matahari, Bumi dan Bulan yang dihasilkan melalui Genially
Slide 1
Tajuk : Gerhana ( Sains Tahun 6)
Slide 2
Nama Ahli Kumpulan
Slide 3
Objektif
Menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari dengan betul semasa fenomena gerhana bulan dan gerhana Matahari
Melakarkan gambarajah untuk menunjukkan fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari berlaku mengikut susunan yang betul berdasarkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari serta sifat cahaya bergerak lurus
Slide 4
Pengenalan
Dalam DSKP Sains Tahun 6 (KSSR) maksud gerhana dijelaskan secara ringkas dan berfokuskan kepada konsep asas sistem
Matahari
-
Bumi
-
Bulan
Video animasi pergerakan matahari, Bumi dan Bulan sehingga berada dalam satu garis lurus untuk mencetus minat murid terhadap fenomena gerhana
Slide 5
Jenis Gerhana:
:sunny:: Gerhana Matahari
:new_moon:: Gerhana Bulan
Slide 6
Gerhana Matahari
:pencil2: berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari dan Bumi, lalu menghalang Cahaya Matahari daripada sampai ke Bumi sama ada sebahagian atau sepenuhnya
Maksud Mudah (ikut DSKP)
Peristiwa Bulan menutupi Matahari daripada pandangan di Bumi
Matahari
-
Bulan
-
Bumi
:pencil2: Aktiviti : Murid menghasilkan lakaran dalam bentuk digital kedudukan Matahari -Bulan -Bumi menggunakan tool Draw dalam Genially
Slide 7
Gerhana Bulan
:pencil2: berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan, menyebabkan bayang- bayang Bumi jatuh ke atas Bulan
Maksud Mudah (ikut DSKP)
Peristiwa Bulan dilindungi oleh bayang- bayang Bumi
Matahari
-
Bumi
-
Bulan
:pencil2: Aktiviti: Murid menghasilkan lakaran dalam bentuk digital kedudukan Matahari - Bumi- Bulan menggunakan tool Draw dalam Genially
Slide 8
Pengenalan kepada Aktiviti berkumpulan secara ringkas
Slide 9 - Slide 14
Aktiviti Berkumpulan
Eksperimen lampu suluh
AKTIVITI 3
Eksperimen Gerhana Bulan
Murid menjalankan aktiviti simulasi gerhana secara berkumpulan menggunakan bahan seperti lampu suluh, tanah liat, lidi dan pinggan polistirena bagi memahami proses kejadian gerhana.
Murid dapat melihat bagaimana berlakunya gerhana bulan dan dapat perhatikan bayang-bayang bumi pada permukaan bulan
Kedudukan ketika berlakunya gerhana matahari dan bulan
AKTIVITI 1
Poster Gerhana
Murid menentukan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan ketika berlaku Gerhana Matahari dan Bulan
Guru menyediakan gambar matahari, bumi dan bulan, kemudian murid perlu menentukan kedudukan ketika berlaku gerhana dengan menampal kepada poster yang telah disediakan.
Kuiz
Genially
AKTIVITI 4
Kuiz
Guru akan menjalankan kuiz ringkas betul atau salah yang dipaparkan di skrin makmal
Peringkat Fenomena Gerhana Matahari
AKTIVITI 2
Fenomena Gerhana Matahari
Murid menentukan kedudukan fenomena gerhana matahari mengikut turutan
Guru menyediakan kad gambar peringkat fenomena gerhana matahari, kemudian murid perlu menentukan kedudukan mengikut peringkat fenomena dengan menampalnya pada papan putih.
Murid juga perlu memberi penerangan tentang apa yang difahami tentang umbra penumbra.
Slide 15 - Slide 17
Maklumat Tambahan
(Apa yang dapat daripada pelajaran utama)
Keselamatan
Jangan lihat gerhana Matahari secara langsung
Gunakan projektor gerhana matahari - kaedah unjuran cahaya ke kertas/ dinding
Kepentingan
Memahami pergerakan sistem suria
Membantu kajian astronomi
Fakta menarik
Bulan boleh kelihatan merah semasa gerhana Bulan
Gerhana Matahari hanya berlaku di kawasan tertentu
Slide 18
Refleksi
Murid menjawab soalan refleksi interaktif dalam Genially berkaitan konsep gerhana.
Murid memilih jawapan yang betul bagi membezakan gerhana Matahari dan gerhana Bulan.
Murid menyatakan kefahaman mereka terhadap kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan.
Slide 19 - Slide 21
Kad Digital AR
(Nota Kendiri)
Adobe Illustrator
Assemblr EDU
Slide 22
Video Animasi
Senarai Video Animasi dan Aplikasi yang Digunakan
Aplikasi
:
Story Line
Babak 1: Di Sekolah 🏫
Ali dan rakan-rakan menyedari langit menjadi sedikit gelap
Murid bertanya kepada Cikgu Sara tentang fenomena gerhana
Cikgu Sara menerangkan maksud gerhana secara ringkas dan mudah
Animasi Matahari, Bumi dan Bulan ditunjukkan dalam kelas
Aktiviti simulasi gerhana menggunakan lampu suluh dan bola dijalankan
Murid mengenal pasti kedudukan objek semasa gerhana Matahari
Murid mengenal pasti kedudukan objek semasa gerhana Bulan
Kuiz interaktif dijalankan untuk menguji kefahaman murid
Babak 2: Aktiviti Berkhemah 🏕️
Murid dan guru pergi berkhemah untuk pembelajaran luar kelas
Murid memasang khemah dan memerhati keadaan langit
Cikgu Sara menerangkan fenomena gerhana menggunakan pemerhatian langit
Aktiviti lakonan dijalankan dengan murid menjadi Matahari, Bumi dan Bulan
Murid membandingkan gerhana Matahari dan gerhana Bulan
Cikgu menerangkan langkah keselamatan semasa melihat gerhana Matahari
Murid berbincang dan membuat rumusan tentang topik gerhana
Sesi soal jawab dijalankan untuk mengukuhkan kefahaman murid
Watak
Slide 23
Rujukan
Buku Teks Sains Tahun 6
DSKP Sains Tahun 6
KSSR - SK
REKA BENTUK PENGAJARAN
ANALYSIS
Tajuk ini dipilih kerana terdapat murid yang lemah dalam memahami konsep gerhana yang berasaskan penerangan sahaja tanpa bahan bantu mengajar secara visual dan aktiviti.
Tajuk ini dipilih kerana terdapat kemungkinan sebahagian murid kurang menguasai konsep Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan, khususnya dalam menentukan kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi semasa berlakunya gerhana
Tajuk ini perlu bagi membantu murid yang menghadapi kesukaran dalam memahami konsep bayang-bayang seperti umbra dan penumbra serta menggambarkan proses gerhana secara tepat
DESIGN
Murid terlibat dalam aktiviti berkumpulan melalui pendekatan pembelajaran koperatif dan berasaskan aktiviti seperti simulasi fenomena gerhana menggunakan bahan yang disediakan oleh guru.
Guru mereka bentuk kuiz interaktif sebagai strategi penilaian formatif dengan menyediakan soalan seperti MCQ, drag and drop serta betul atau salah.
Guru merancang PdP menggunakan pendekatan pembelajaran inkuiri dengan menayangkan video animasi berkaitan topik gerhana sebagai set induksi untuk merangsang minat dan pemahaman awal murid.
DEVELOPMENT
Guru menghasilkan video animasi untuk menunjukkan pergerakan sebenar fenomena gerhana.
Guru menyediakan kad gambar peringkat fenomena gerhana Matahari sebagai bahan bantu mengajar.
Guru menyediakan bahan eksperimen seperti lampu suluh, tanah liat, lidi dan pinggan polistirena.
Guru menggunakan menyediakan kuiz interakti untuk menilai kefahaman murid dengan segera.
Guru membangunkan kad Augmented Reality (AR) sebagai bahan pembelajaran interaktif yang memaparkan model gerhana secara tiga dimensi.
Guru menyediakan bahan pengajaran berupa poster serta gambar Matahari, Bumi dan Bulan sebagai bahan bantu mengajar.
IMPLEMENTATION
Guru memulakan PdP dengan menayangkan video animasi gerhana sebagai set induksi untuk menarik minat murid.
Murid menjalankan aktiviti simulasi gerhana secara berkumpulan menggunakan bahan seperti lampu suluh, tanah liat, lidi dan pinggan polistirena bagi memahami proses kejadian gerhana.
Murid menyusun dan menampal kad gambar mengikut turutan fenomena gerhana Matahari serta menerangkan konsep umbra dan penumbra.
Guru menjalankan kuiz interaktif untuk menilai kefahaman murid terhadap topik gerhana.
Guru membimbing murid menggunakan kad Augmented Reality (AR) dengan mengimbas kad menggunakan peranti digital.
Murid menjalankan aktiviti berkumpulan dengan menampal gambar Matahari, Bumi dan Bulan pada poster.
Evaluation
Menilai keberkesanan penggunaan bahan multimedia (Genially) dalam PdP dengan melihat tahap kefahaman murid tentang gerhana Bulan dan gerhana Matahari serta tahap penglibatan mereka semasa aktiviti dijalankan.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan bahan, iaitu dari segi animasi yang menarik dan mudah difahami serta kelemahan seperti kurang interaktif atau penyampaian yang terlalu cepat.
Membuat penambahbaikan untuk PdP akan datang dengan menambah elemen interaktif seperti kuiz dan permainan serta memperbaiki penerangan supaya lebih jelas dan sistematik.
Objektif Pembelajaran
Menyatakan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa fenomena gerhana bulan dan gerhana Matahari
Melakarkan gambarajah untuk menunjukkan fenomena Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari berlaku mengikut susunan yang betul berdasarkan kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari serta sifat cahaya bergerak lurus
Menyatakan kesan fenomena gerhana kepada kehidupan di Bumi
Topik : Gerhana
SENARAI AHLI KUMPULAN 8
MUHAMMAD AIMAN BIN ABDUL LATIF
P169345
ASMA' BINTI MOHD HAIZAN
P171216
NOR ANIS BINTI MUHAMAD
P171954
NURUL IHSAN BINTI MAMAT
P171672
NURANIS SAHIRA BINTI NAZHARUDDIN
P171644
NOR AMILIN SYUHADA BINTI AHMAD
SHUKRI P170487
Canva
Capcut
Ali
Aina
Kumar
Siti
Cikgu Sara