Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PINTAR CERDAS - Coggle Diagram
PINTAR CERDAS
CIRI-CIRI
Cepat memahami pelajaranc-Murid pintar cerdas mampu menangkap isi pembelajaran dengan pantas tanpa memerlukan penerangan berulang. Mereka juga boleh mengaitkan pengetahuan baharu dengan apa yang telah dipelajari sebelum ini.
Suka bertanya soalan aras tinggi -Mereka cenderung bertanya soalan yang memerlukan pemikiran mendalam seperti “mengapa” dan “bagaimana”, bukan sekadar fakta. Ini menunjukkan mereka berfikir secara kritis dan analitikal.
Suka belajar secara kendiri -Mereka lebih selesa meneroka ilmu sendiri tanpa terlalu bergantung kepada guru, seperti mencari maklumat tambahan melalui buku atau internet.
Kreatif dan suka mencuba idea baharu -Murid pintar cerdas gemar menghasilkan idea yang unik dan berbeza. Mereka juga berani mencuba pendekatan baharu dalam menyelesaikan masalah atau tugasan.
KAEDAH
Pembelajaran kendiri
- Murid diberi kebebasan mengurus pembelajaran sendiri
Contoh
- Murid diberi pilihan untuk memilih tajuk sendiri bagi aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan
Murid menggunakan teknologi seperti video dan internet sebagai rujukan.
Memberi aktiviti pengayaan
- Guru memberi aktiviti tambahan yang lebih mencabar
Contoh:
- Murid biasa membuat 10 soalan
- Murid pintar cerdas membaut soalan yang sama tetapi ada penambahan soalan dan mereka bentuk soalan sendiri
Pembelajaran terbeza
- Guru mengubah cara pengajaran mengikut tahap murid
Contoh:
- Murid biasa membuat latihan asas
- Murid pintar cerdas membuat soalan KBAT
Pembelajran Berasaskan Projek (PBL)
- Murid belajar melalui bahan projek sebenar
CABARAN
Murid cepat berasa bosan -Murid pintar cerdas cepat memahami pelajaran, jadi mereka akan hilang minat jika isi pembelajaran terlalu mudah atau berulang.
Jurang tahap pembelajaran antara murid -Perbezaan tahap kebolehan antara murid menyebabkan aktiviti yang sama tidak sesuai untuk semua, terutamanya bagi murid pintar cerdas yang lebih ke hadapan.
Kesukaran guru menyeimbangkan keperluan -Guru perlu memenuhi keperluan murid lemah dan pada masa yang sama menyediakan cabaran untuk murid pintar cerdas, menjadikan pengajaran lebih mencabar.
Rasa terpinggir -Murid pintar cerdas mungkin rasa kurang diberi perhatian apabila guru lebih fokus kepada murid lain yang memerlukan bantuan.
PERANAN GURU
Merancang aktiviti mengikut pelbagai aras -Guru menyediakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid supaya semua dapat belajar dengan berkesan. Murid biasa diberi latihan asas, manakala murid pintar cerdas diberi tugasan yang lebih mencabar.
Menggalakkan kreativiti dan pemikiran aras -Guru menggalakkan murid berfikir di luar kebiasaan melalui soalan terbuka dan perbincangan, contohnya meminta murid mencari pelbagai cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
-
Membimbing tanpa terlalu mengawal -Guru memberi panduan tetapi masih memberi ruang kepada murid untuk berfikir dan mencari jawapan sendiri, supaya mereka dapat membina keyakinan dan kemahiran belajar kendiri.
Penggunaan teknologi
- Google Classroom
- Kahoot (Soalan aras tinggi)
- YouTube
Aplikasi peta minda