Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SET 13 (KUMPULAN 5) SAINS: TINGKATAN 1, Image 1, coogle, IRFAN, IMG…
SET 13 (KUMPULAN 5)
SAINS: TINGKATAN 1
OBJEKTIF
Pelajar dapat menyatakan bahawa sel ialah unit asas kehidupan.
Pelajar dapat mengenal pasti struktur sel haiwan dan sel tumbuhan.
Pelajar dapat menerangkan fungsi bahagian-bahagian sel.
Pelajar dapat membandingkan persamaan dan perbezaan sel haiwan dengan sel tumbuhan.
GENIALLY
PAGE 1
Topik:
Sel - Struktur, fungsi, dan organisasi
PAGE 3
Standard kandungan dan standard pembelajaran
PAGE 2
Senarai ahli kumpulan
PAGE 4
Objektif
Menghuraikan tahap organisasi sel dalam organisma iaitu daripada sel → tisu → organ → sistem → organisma.
Mengenal pasti dan menerangkan struktur serta fungsi utama sel termasuk perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.
PAGE 13
Refleksi
Murid lebih mudah memahami perbezaan sel haiwan dan sel tumbuhan, ciri-ciri unisel dan multisel, funsi sel, dan organisasi sel dan cara sel membentuk suatu organisma melalui perbincangan kumpulan, peta minda dan pembentangan, di sertakan sesi pembetulan oleh guru membantu memperbetulkan kesilapan.
Murid lebih memahami struktur sel haiwan dan sel tumbuhan melalui aktiviti eksperimen pemerhatian sel bawang dan sel pipi di bawah mikroskop secara "hands-on" serta video demonstrasi, di samping meningkatkan kemahiran proses sains seperti memerhati dan melukis struktur sel, manakala bimbingan guru membantu memastikan hasil pemerhatian adalah tepat dan betul.
Murid dapat menilai tahap kefahaman mereka terhadap topik sel melalui aktiviti kuiz Quizizz yang dijalankan, di samping meningkatkan penguasaan konsep secara lebih jelas melalui maklum balas segera yang diberikan serta bimbingan guru bagi membetulkan kesilapan jawapan.
PAGE 15
Video - Senarai nama ahli, link dan aplikasi yang digunakan.
PAGE 6-7
Struktur sel
Sel haiwan mempunyai struktur asas seperti nukleus, sitoplasma dan membran sel yang berfungsi mengawal aktiviti sel serta pergerakan bahan. Sel ini
tidak mempunyai dinding sel
dan
bentuknya tidak tetap
.
Video - Jenis, fungsi dan organisasi sel
Sel tumbuhan mempunyai struktur yang hampir sama dengan sel haiwan tetapi
dilengkapi dengan dinding sel
, kloroplas dan vakuol. Struktur ini membantu tumbuhan menjalankan fotosintesis serta memberi sokongan dan
bentuk yang tetap.
PAGE 16
Rujukan
Buku teks Sains Tingkatan 1
DSKP KSSM Sains Tingkatan 1
PAGE 8
Penerangan tentang aktiviti berkumpulan.
PAGE 9-11
AKTIVITI BERKUMPULAN
Aktiviti 1: Menyiapkan lembaran kerja perbandingan sel haiwan dan sel tumbuhan, fungsi dan organisasi sel serta membentangkan hasil perbincangan.
Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk menyiapkan lembaran kerja perbandingan sel haiwan dan sel tumbuhan, fungsi dan organisasi sel melalui perbincangan, kemudian murid menyusun hasil perbandingan dalam bentuk jadual atau peta minda sebelum membentangkan dapatan mereka dengan kumpulan yang lain.
Perbandingan sel haiwan dan tumbuhan.
Video
Fungsi sel.
Video
Organisasi sel, cara sel membentuk suatu organisma dan sistem dalam badan.
Video
Ciri-ciri unisel dan multisel.
Video
Aktiviti 2: Menjalankan eksperimen pemerhatian sel bawang dan sel pipi di bawah mikroskop.
Guru menunjukkan demonstrasi eksperimen melalui video dan mengarahkan murid untuk melakukan eksperimen sebenar pemerhatian sel bawang dan sel pipi di bawah mikroskop untuk memberi pengalaman pembelajaran secara visual dan hands-on kepada murid.
Sel pipi yang diperhatikan di bawah mikroskop menunjukkan bentuk yang tidak tetap serta tidak mempunyai dinding sel, dengan struktur asas seperti membran sel, sitoplasma dan nukleus yang jelas kelihatan di bahagian tengah sel.
Sel bawang yang diperhatikan di bawah mikroskop menunjukkan bentuk segi empat yang tetap serta mempunyai dinding sel yang jelas, dengan nukleus dan sitoplasma yang kelihatan di dalam sel.
Video - Demonstrasi eksperimen
Aktiviti 3: Menjalankan aktiviti kuiz Quizizz pada akhir pengajaran.
Guru menjalankan aktiviti kuiz Quizizz pada akhir pengajaran sebagai penilaian untuk mengukur tahap kefahaman murid terhadap topik sel secara interaktif.
PAGE 12
Maklumat tambahan
Pertumbuhan sel yang tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit serius seperti kanser.
Kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan kerosakan sel.
Sel tumor ialah pembahagian sel secara tidak terkawal menghasilkan ketumbuhan.
PAGE 5
Pengenalan
Sel ialah
unit asas
bagi semua benda hidup. Setiap organisma terdiri daripada sel yang menjalankan
fungsi
penting seperti
pertumbuhan, respirasi dan pembiakan
. Sel mempunyai struktur khas yang membantu menjalankan fungsi tertentu. Dalam organisma multisel, sel-sel akan bergabung membentuk tisu, organ, sistem dan akhirnya organisma yang lengkap.
Video - Sel ialah unit asas hidupan
PAGE 14
Nota kendiri
Poster sel haiwan dan tumbuhan serta perbandingannya.
Poster unisel dan multisel.
Poster fungsi sel haiwan dan tumbuhan
Poster urutan organisasi sel.
Poster sistem dalam badan.
SENARAI AHLI KUMPULAN
AHMAD SYUKRI IRFAN BIN ISMAIL
(P170077)
NIK AHMAD SYAHIR AQIL BIN NIK ABDULLAH RASHAH
(P169930)
NURUL AMIRA SYAFIQAH BINTI AZMAN
(P171678)
NURAINA SYAFIQAH BINTI MUHAMMAD NASRI
(P171643)
BALQIS NUR AIN BINTI MOHD BURHAN
(P170084)
IZZATIE FILZAH BINTI ABDUL RASID
(P171924)
REKA BENTUK PENGAJARAN
Reka Bentuk (Design)
Guru merancang aktiviti perbandingan antara sel haiwan dengan sel tumbuhan secara berkumpulan.
Guru merancang kaedah pengajaran berpusatkan murid melalui perbincangan, pembentangan dan aktiviti hands-on.
Guru menetapkan objektif agar murid dapat mengenal pasti struktur dan fungsi sel dengan betul.
Guru merancang penggunaan Quizizz sebagai penilaian akhir.
Penilaian (Evaluation)
Guru menilai penglibatan aktif murid dalam perbincangan serta aktiviti berkumpulan.
Guru menilai tahap kefahaman murid melalui soal jawab semasa sesi pengajaran berlangsung.
Guru menilai pencapaian murid melalui kuiz, latihan pengukuhan atau eksperimen yang diberikan.
Analisis (Analysis)
Guru mengenal pasti murid masih keliru membezakan sel haiwan dengan sel tumbuhan.
Guru mendapati murid lebih mudah memahami topik melalui bahan visual, eksperimen dan aktiviti berkumpulan.
Guru menganalisis tahap pengetahuan sedia ada murid Tingkatan 1 tentang konsep sel sebagai unit asas hidupan.
Guru mengenal pasti keperluan bahan bantu mengajar seperti slaid, mikroskop, lembaran kerja dan kuiz digital.
Pembangunan (Development)
Guru menyediakan aktiviti kuiz Quizizz bertajuk “Struktur, Fungsi dan Organisasi Sel”.
Guru menyediakan slaid GENIALLY, gambar rajah berlabel dan video animasi struktur, fungsi dan organisasi sel.
Guru menyediakan bahan eksperimen seperti mikroskop, slaid kaca, bawang dan larutan iodin untuk pemerhatian sel bawang.
Guru menyediakan lembaran kerja peta buih berganda serta kad imbas struktur, fungsi dan organisasi sel.
Pelaksanaan (Implementation)
Guru memulakan pengajaran dengan set induksi dan menerangkan maksud sel menggunakan slaid GENIALLY.
Guru membahagikan murid kepada kumpulan untuk menyiapkan lembaran kerja dan pembentangan.
Guru menjalankan aktiviti kuiz Quizizz pada akhir pengajaran.
Guru menunjukkan video animasi serta menjalankan demonstrasi eksperimen pemerhatian sel bawang.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar dapat menyatakan maksud sel sebagai unit asas hidupan dengan betul.
Pelajar dapat mengenal pasti struktur utama sel haiwan dan sel tumbuhan dengan tepat.
Pelajar dapat menerangkan fungsi organel sel seperti nukleus, sitoplasma, membran sel, dinding sel, vakuol dan kloroplas.
Pelajar dapat membanding beza sel haiwan dan sel tumbuhan berdasarkan struktur dan ciri-ciri utama.
Pelajar dapat menghuraikan organisasi sel dalam organisma iaitu sel → tisu → organ → sistem → organisma.
Topik:
Sel - Struktur, fungsi, dan organisasi