Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SET 39 (KUMPULAN 3) SAINS : TINGKATAN 2, Muka surat 10, TOPIK: EKOSISTEM…
SET 39 (KUMPULAN 3) SAINS : TINGKATAN 2
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pelajar akan dapat mendefinisikan maksud ekosistem dengan tepat
Pelajar akan dapat menerangkan interaksi antara organisma dalam ekosistem
Pelajar akan dapat membina rantaian makanan dan siratan makanan dengan betul
REKA BENTUK PENGAJARAN
ANALYSIS
Murid mengalami kekeliruan tentang rantaian makanan antara pengeluar dan pengguna
Murid mengalami kesukaran dalam menjelaskan sifat saling bersandaran antara benda hidup dan persekitaran dalam keseimbangan ekosistem
Guru dapat mengenalpasti tahap kefahaman murid berdasarkan ujian dan pengalaman lepas tentang rantaian makanan pengeluar dan pengguna
DESIGN
Kaedah Pengajaran: 1) Kaedah inkuiri (guru sebagai fasilitator). Guru menyediakan video untuk tayangan kepada pelajar sebagai pengenalan awal, kemudian pelajar mengeksplorasi berkenaan tajuk bersama rakan kumpulan dengan kad gambar disediakan 2) kaedah koperatif dan pelajar akan membentang kepada rakan-rakan melalui teknik round table. Di akhirnya guru menyediakan kuiz interaktif untuk mengesan tahap kefahaman dan sebagai pengukuhan.
Bahan mengajar : Guru menayangkan video dan kad gambar berkaitan topik ekosistem sebagai bahan bantu mengajar.
Aktiviti berkumpulan: Kad gambar disediakan dan setiap pelajar akan memberi sumbangan idea secara bergilir-gilir dan berkongsi maklumat yang mereka fahami kepada rakan yang lain melalui teknik round table.
Kuiz Interaktif: Guru menyediakan soalan sebagai pengukuhan seperti online game (kahoot atau quizizz)
IMPLEMENTATION
Guru menjalankan pentaksiran formatif melalui soal jawab dan kuiz ringkas bagi menilai tahap kefahaman murid tentang konsep ekosistem.
Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) selaras dengan Standard Kandungan dan Standard pembelajaran DSKP bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.
Guru menyediakan aktiviti berkumpulan menggunakan kad imbas untuk membina rantai makanan yang menunjukkan hubungan antara pengeluar, pengguna dan pengurai.
Guru memaparkan gambar ekosistem seperti hutan dan sungai bagi menarik minat murid serta memberi gambaran awal tentang jenis ekosistem yang terdapat di sekeliling mereka.
Murid menjalankan aktiviti berkumpulan untuk membina rantai makanan menggunakan kad imbas dan membincangkan hubungan antara organisma.
Murid menghasilkan lukisan ekosistem pilihan mereka secara kreatif dan melabel setiap komponen ekosistem (biotik dan abiotik) dalam lukisan.
DEVELOPMENT
:red_flag:Bahan Pengajaran
:pencil2:Gambar ekosistem (hutan, sungai)
:pencil2: Kad imbas (haiwan & tumbuhan)
:pencil2:Lembaran kerja (rantai makanan)
:pencil2:Bahan sebenar (daun, batu, air)
:red_flag:Aktiviti yang Disediakan
"Kenal Ekosistem Saya"
:tada:Pelajar berbincang tentang ekosistem di persekitaran mereka seperti kebun, sawah atau sungai .
Kad Rantai Makanan
:tada:Pelajar menyusun kad mengikut urutan yang betul iaitu pengeluar →pengguna→pengurai
Lukisan ekosistem
:tada:Pelajar melukis dan melabel komponen (biotik dan abiotik) dalam ekosistem.
EVALUATION
Guru menjalankan pemerhatian terhadap murid dalam aktiviti secara berkumpulan seperti perbincangan dan pembinaan siratan makanan.
Guru mengadakan sesi soal jawab bagi menguji kefahaman murid tentang ekosistem seperti komponen biotik dan abiotik.
Pembentangan secara berkumpulan berkaitan ekosistem, pelaksanaan projek mini seperti pembinaan model ekosistem atau penghasilan poster.
Guru melibatkan pelajar dalam ujian bertulis merangkumi soalan objektif dan subjektif.
Guru menilai keberkesanan PDP melalui refleksi kendiri maklum balas murid, serta analisis keputusan penilaian.
HASIL PEMBELAJARAN
Pelajar boleh menyatakan maksud ekosistem dan mengenal pasti komponen dalam sesuatu ekosistem
Pelajar dapat mengelaskan organisma dalam ekosistem kepada:
Pengeluar
Pengguna (primer, sekunder, tertier)
Pengurai
Pelajar dapat membina dan mentafsir rantai makanan dan siratan makanan dalam sesuatu habitat
SENARAI AHLI KUMPULAN
HAZIRAH BINTI HARON
(P170417)
NUR SYHUHADA BINTI AB GHANI (P170697)
AMMAR SYAHMI BIN RUSMAN
(P170638)
NUR HASNIRA BINTI MAT (P171592)
NAJIHAH AQILAH BINTI KADENI (P171473)
SITI SUHAILA BINTI ARIPIN
(P169073)
Muka surat 5
Muka surat 2: Isi Kandungan
Muka surat 3: Senarai ahli kumpulan
Muka surat 4 : Objektif Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran
Muka surat 7
Membina dan mentafsir Rantai Makanan & Siratan Makanan
Rantai makanan ialah urutan organisma hidup yang menunjukkan siapa makan siapa, di mana tenaga dipindahkan daripada satu hidupan ke hidupan lain
🌾 Padi → 🐛 Belalang → 🐸 Katak → 🐍 Ular → 🦅 Helang
👉 Hubungan pemakanan antara organisma hidup yang membolehkan tenaga mengalir daripada pengeluar kepada pengguna dan seterusnya kepada pengurai.
👉 Ia penting untuk mengekalkan keseimbangan dalam ekosistem
Siratan Makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan yang saling berhubung dalam sesuatu habitat
👉 satu organisma boleh dimakan oleh lebih daripada satu pemangsa
👉 dan satu pemangsa boleh makan lebih daripada satu jenis mangsa
👉 semua hidupan saling bergantung dalam ekosistem 🌿
Mengelas organisma dalam ekosistem
Dikelaskan berdasarkan peranan mereka dalam aliran tenaga.
🎥
Link Title
Pengguna
organisma yang tidak dapat menghasilkan makanan sendiri dan mendapatkan tenaga dengan memakan organisma lain
Pertama (primer) - herbivor makan pengeluar
🦗
Ketiga (tertier_ -karnivor besar / pemangsa puncak makan pengguna kedua
🐍
Kedua (sekunder) - karnivor kecil / omnivor makan pengguna pertama
🐦
Pengurai
Mengurai organisma mati dan sisa bahan organik kepada bahan ringkas
🍄
Pengeluar
organisma yang menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis
🌳
Muka surat 1: Tajuk
MAKSUD EKOSISTEM
Ekosistem ialah interaksi antara benda hidup dan bukan hidup dalam sesuatu kawasan.
Muka surat 10
Kuiz dan Gamifikasi :Ekosistem dan rantai makanan.
Terdapat 20 soalan yang disediakan berbentuk MCQ, susun dan bina rantai makanan.
Kandungan dalam genially
TOPIK: EKOSISTEM (BAB 2)
Muka surat 6
Komponen
Biotik
Pengeluar 🌱Pengguna 🐄 Pengurai🍄
komponen
Abiotik
Air 💧
Cahaya ☀️
Tanah 🌱
Udara 🌬️
Muka surat 8 & 9
Fungsi Rantai Makanan :-