Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Diperkenalkan sebagai pendekatan…
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
- Diperkenalkan sebagai pendekatan penilaian alternatif di Malaysia untuk menggantikan kaedah pentaksiran berorientasikan peperiksaan yang lebih menekankan penilaian akhir.
KOMPONEN PBS
AKADEMIK
PENTAKSIRAN PUSAT
- Guru melaksanakan Pentaksiran Pusat di peringkat sekolah berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu berasaskan Standard Prestasi.
- Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah serta panel yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan melaksanakan pemantauan dan penyelarasan untuk menjamin kualiti Pentaksiran Pusat.
- Format & tugasan
- Tugasan berbeza pada setiap tahun mengikut sekolah
- Dilaksanakan di sekolah
- Tempoh 1 jangka masa bagi mata pelajaran terpilih dari kumpulan teras dan elektif
- Ditaksir oleh guru mata pelajaran
- Skor berdasarkan standard prestasi pusat
- Pemantauan & penyelarasan bagi penjaminan kualiti dan standard
- Pelaporan PP & Pentaksiran Sekolah digabung ikut semester
PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
- Melibatkan proses pentaksiran yang berterusan dalam sesi penegajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap matlamat kurikulum yang dihasratkan.
- Melibatkan proses mengumpul dan menganalisis maklumat serta membuat refleksi yang berterusan terhadap PdP dalam embuat pertimbangan secara konsisten ke arah menambah baik PdP yang berlaku secara sumatif dan formatif
TUJUAN
- Mengesan pengetahuan sedia ada murid
- Mengetahui keberkesanan PdP
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dari semasa ke semasa
- Merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP supaya lebih efektif
- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh dalam aspek pengetahuan,kemahiran dan nilai.
- Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta untuk membetulkan kesilapan murid
CIRI-CIRI
- Dirancang oleh guru- menilai muridnya sendiri
- Bersistem- merancang PdP, menentukan instrumen , melaksanakan PdP dan pentaksiran, merekod, menganalisis, mengambil tindakan susulan. melapor
- Formatif dan Sumatif- dijalankan secara berterusan, mengesan perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid
- pelbagai kaedah- pemerhatian, lisan, penulisan
- Berasaskan Kriteria- menilai penguasaan berdasarkan standard kandungan, standard pembelajaran, standard prestasi dan tahap penguasaan yang ditetapkan
- Menekankan perkembangan individu- berdasarkan kemampuan individu dan bukan intelek, kogniitif, psikomotor dan afektif
- Membolehkan tindakan susulan- mengatasi kelemahan pembelajaran, mempertingkatkan kekuatan pembelajaran
- Menggalakkan pentaksiran kendiri, dan pentaksiran rakan sebaya- melatih murid mentaksir kemajuan secara berterusan supaya guru mendapat maklumat tambahan.
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)
- Bertindak sebagai komponen penilaian sumatif yang dilaksanakan pada akhir sesi akademik untuk melengkapkan pentaksiran formatif yang berlaku secara berterusan sepanjang tahun.
- Mengukur pengusaan pembelajaran berdasakrkan kepada standard pembelajaran yang ditetapkan dalam dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi setiap mata pelajaran
- menilai secara holistik walaupun UASA lebih bersifat sumatif kerana soalan-soalannya masih mengambil kira pelbagai aspek pembelajaran dan pengusaan kemahiran murid.
CABARAN DAN PERTIMBANGAN DALAM PENGGUNAAN UASA
- Kualiti soalan- soalan UASA perlu dibangunkan dengan cermat untuk memastikan ia benar-benar mengukur tahap pengusaan murid secara adil dan tepat, terutama dalam konteks yang pelbagai.
- keselarasan dengan PBD - Terdapat keperluan untuk memastikan bahawa UASA tidak menimbulkan tekanan tambahan kepada murid tetapi dilihat sebagai satu cara utnuk mengukuhkan lagi proses pembelajaran yang telah berlaku sepanjang tahun.
- Penyesuaian kepada keperluan murid- UASA perlu direka bentuk agar dapat menilai penguasaan pelajar drai pelbagai latar belakang dan keupayaan, bagi memastikan ia inklusif dan berkesan untuk semua murid.
PRINSIP-PRINSIP
-
-
-
-
-
- Dilaksanakan di sekolah oleh guru mata pelajaran
BUKAN AKADEMIK
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI SUKAN KOKURIKULUM (PAJSK)
- dilaksanakan oleh guru untuk mengukur dan menilai prestasi, penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti jasmani, kesihatan, sukan dan kokurikulum.
PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
- Mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid
- Pentaksiran terhadap kedua-dua komponen dapat memberi maklumat tentang perkembangan dan pencapaian murid secara holistik.
- Guru boleh membuta penilaian yang lebih komprehensif dan membolehkan murid menunjukkan potensi dan kebolehan mereka dalam pelbagai aspek pembelajaran
- Maklumat daripada rekod pentaksiran membolehkan murid memperbaiki kelemahan mereka dengan dibantu oleh ibu bapa bagi mempertingkatkan prestasi
TUJUAN
- Memperbaiki proses penilaian murid dengan memberikan lebih banyak peluang dan pengalaman pembelajaran yang lebih holistik dan bermakna.
- Membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan pembelajaran yang berterusan supaya penilaian lebih dan selari dengan kemajuan murid.