Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI BEHAVIOURISME - Coggle Diagram
TEORI BEHAVIOURISME
-
-
Teknik Behaviourisme
Teknik pelaziman klasik Ivan Pavlov:
Menekankan pembentukan asas pembelajaran adalah melalui perkaitan antara rangsangan dengan tindak balas
Teknik pelaziman Operan Skinner : Menyatakan pembelajaran berlaku melalui interaksi tingkah laku dengan akibatnya (peneguhan dan hukuman), di mana tingkah laku yang diganjari akan diulang dan yang tidak diberi ganjaran akan hilang
Definisi Behaviourisme:
Teori behaviorisme ialah teori pembelajaran yang menekankan bahawa tingkah laku manusia boleh diperhati, diukur dan dibentuk melalui rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respons). Teori ini beranggapan pembelajaran berlaku apabila seseorang individu menunjukkan perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman dan latihan, bukannya melalui proses mental dalaman seperti pemikiran atau perasaan. Dalam behaviorisme, peneguhan (ganjaran) dan hukuman memainkan peranan penting untuk mengukuhkan atau mengurangkan sesuatu tingkah laku.
-
Penekanan Behaviourisme
- Pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang boleh diperhatikan
- Rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respons)
- Pengukuhan positif (ganjaran) dan negatif (denda)
- Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran yang konkrit dan nyata
- Proses mental tidak dititikberatkan
-