Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bincangkan faktor-faktor berlakunya masalah alam sekitar. - Coggle Diagram
Bincangkan faktor-faktor berlakunya masalah alam sekitar.
Pembangunan tidak terkawal
C = Sebagai contohnya, penyahutanan dan pembalakan yang tidak terkawal untuk tujuan perumahan, industri dan lebuh raya tanpa pemantauan daripada pihak Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta agensi Perancang Bandar Strategik akan menyebabkan berlakunya masalah alam sekitar seperti banjir kilat dan pulau haba bandar.
U = Tindakan sedemikian boleh menjadikan masyarakat berputih mata kelak apabila spesis flora dan fauna terancam mengalami kepupusan dek aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
BA = Aktiviti-aktiviti tersebut yang dilakukan secara tidak terkawal akan menjejaskan rantaian ekosistem alam sekitar seperti kepupusan flora dan fauna bahkan lebih teruk lagi boleh menyebabkan kejadian bencana seperti banjir lumpur, hakisan pantai dan tanah runtuh.
P = Sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti pembangunan semata-mata mengejar kemajuan dan pembangunan mempertaruhkan alam sekitar yang membawa kepada kerosakan dek tangan-tangan manusia.
M = Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti pembangunan infrastruktur memerlukan ruang dan kawasan yang luas yang membawa kepada aktiviti pembalakan hutan, penebangan pokok bakau, pendalaman sungai dan penimbunan kawasan persisiran pantai.
I = Pembangunan yang dilakukan oleh masyarakat yang tidak terkawal menjadi faktor berlakunya masalah alam sekitar.
Pembuangan sisa toksik
I = Pembuangan sisa toksi juga merupakan faktor berlakunya masalah alam sekitar di Malaysia.
U = Setiap anak watan perlu menjaga kelestarian alam kerana Kita tidak mewarisi bumi ini daripada nenek moyang kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.
P = Bulan kian terang, bayang kian jelas menunjukkan bahawa aktiviti pembuangan sisa toksik ke sungai akan menyebabkan pencemaran dan masalah alam sekitar.
BA = Banyak syarikat atau pemilik kilang cuba menjimatkan kos operasi dengan mengelak daripada menghantar sisa ke pusat pelupusan berlesen (seperti Kualiti Alam di Malaysia). Pemaju atau pihak industri memilih jalan singkat dengan membuang sisa ke dalam sungai atau hutan.
C = Aktiviti membuang sisa toksik seperti logam berat merkuri, plumbum, dan kadmium yang tidak terurai akan diserap oleh plankton akan menjejaskan rantaian makanan apabila ikan memakan plankton tersebut tercemar dengan bahan reaktif. Sebagai contohnya, tragedi sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang tercemar dengan bahan sisa kimia menyebabkan pelbagai implikasi buruk terhadap alam sekitar sekeliling termasuk manusia.
M = Pembuangan sisa toksik merupakan antara impak paling berbahaya akibat pembangunan industri yang tidak terkawal dan penguatkuasaan yang lemah.
K = pembuangan sisa toksik juga akan mengakibatkan nilai pH air berubah drastik menjadi terlalu berasid dan menjejaskan hidupan akuatik dan sungai yang menjadi sumber air da protein manusia.
Penggunaan plastik secara berlebihan
C =
K =
Plastik sukar terurai dan akan kekal dalam persekitaran selama ratusan tahun, sekali gus mencemarkan tanah dan air.
BA =
Plastik digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian seperti beg membeli-belah, pembungkus makanan dan botol minuman kerana sifatnya yang ringan, murah dan tahan lama
U =
M =
P =
I = penggunaan plastik dalam setiap proses jual beli memburukkan lagi keadaan penggunaan plastik secara berlebihan