Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Design Of User Interface Concepts, Contoh Kaedah Input, Contoh Kaedah…
Design Of User Interface Concepts
Definisi Interaction design
Interaction Design ialah cara merancang bagaimana pengguna berinteraksi dengan produk digital — contohnya aplikasi, laman web, atau antara muka perisian.
Tujuan Utama
Membuat fungsi produk itu mesra pengguna (user-friendly).
Membantu pengguna mencapai tujuan mereka dengan efisien, cepat dan mudah.
Memberi maklum balas yang sesuai bila pengguna bertindak (contoh: animasi, mesej, perubahan warna).
Contoh elemen interaction design
Butang yang jelas dan boleh ditekan.
Feedback apabila sesuatu tindakan berlaku (contoh: “terima kasih” selepas hantar borang).
Perubahan visual/animasi yang menunjukkan tindakan sedang diproses.
Prinsip Utama Reka Bentuk Interaksi
Kejelasan (Clarity)
– Setiap elemen rekabentuk mesti jelas — pengguna harus tahu apa maksudnya dan bagaimana untuk menggunakannya.
Maklum Balas (Feedback)
– Apabila pengguna melakukan sesuatu (contoh: klik butang), sistem perlu beri maklum balas segera supaya pengguna tahu tindakannya berjaya atau tidak.
Konsistensi (Consistency)
– Elemen dan corak rekabentuk perlu konsisten supaya pengguna boleh 'membaca' aplikasi/laman web itu dengan lebih mudah.
Kesederhanaan (Simplicity)
– Elakkan kekusutan atau terlalu banyak pilihan yang boleh mengelirukan — reka bentuk yang ringkas biasanya lebih mudah difahami.
Aksesibiliti (Accessibility)
– Pastikan rekabentuk sesuai untuk semua pengguna, termasuk mereka dengan keperluan khas.
Definisi UX Design
UX Design ialah bagaimana sesuatu produk (contohnya laman web atau aplikasi) dirasakan dan digunakan oleh pengguna.
Contoh UX yang baik
Maklum Balas yang Jelas
• Apabila pengguna melakukan tindakan (klik, taip, pilih), sistem memberi maklum balas segera supaya pengguna tahu apa yang berlaku.
Jelas dan Mudah Difahami
• Elemen interaktif seperti butang dan menu mudah dikenali.
• Aliran langkah untuk mencapai sesuatu tindakan (seperti daftar masuk, beli barang) adalah logik dan tanpa halangan
Contoh UX yang kurang baik
Kekeliruan Antara Muka
• Susunan elemen yang tidak konsisten atau tidak jelas membuat pengguna bingung.
• Teks atau ikon yang sukar difahami.
Pengguna tekan sesuatu tetapi sistem tidak beri respon yang jelas — boleh buat pengguna ragu-ragu atau tekan berkali-kali.
Komponen Teras
Kaedah input
Kaedah Input merupakan pintu masuk utama bagi pengguna untuk berkomunikasi dengan
sistem.
Kaedah Output
Berfungsi sebagai medium komunikasi sistem kepada pengguna. Paparan visual adalah paling biasa, merangkumi segala-galanua daripada teks mudah hingga grafik 3D yang kompleks
Contoh Kaedah Input
Touch Pen
Scanner
Keyboard
Touch Pad
Mouse
Contoh Kaedah Output
Speakers
Projektor
Headset
Monitor
Printer