Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model dan Kerangka Kerja Pembelajaran Bermakna - Coggle Diagram
Model dan Kerangka Kerja Pembelajaran Bermakna
Model Reka Bentuk Pembelajaran (MRP)
Rakan Pembelajaran
Bertindak sebagai penggerak perubahan hubungan antara pelajar, guru dan komuniti.
Melibatkan pakar serta rakan pembelajaran maya.
Menekankan matlamat pembelajaran yang telus.
Menggalakkan kerjasama yang jelas untuk mencapai kejayaan.
Persekitaran Pembelajaran :
Menyediakan ruang pembelajaran interaktif dan berpusatkan murid.
Menggunakan pelbagai alat penilaian keperluan akademik murid.
Membina budaya pembelajaran fleksibel.
Pembelajaran boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Pemanfaatan Digital :
Teknologi digital digunakan sebagai perancah (scaffold) pembelajaran, bukan sekadar alat.
Mendorong inovasi dan penciptaan pengetahuan baharu.
Menyediakan mod pembelajaran yang fleksibel.
Memberi maklum balas yang tepat pada masanya.
Amalan Pedagogi :
Guru mereka bentuk tugasan yang mendalam dan mencabar.
Menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Melibatkan pelajar dalam proses metakognitif.
Menggunakan refleksi kendiri.
Menerapkan pelbagai strategi maklum balas.
Model Penglibatan Murid
Model ini diadaptasi daripada pemikiran Dr. Joyce Epstein.
Menekankan penglibatan melangkaui sekolah dan rumah.
Melibatkan kerjasama rumah, sekolah dan komuniti.
Memberi kesan positif kepada perkembangan murid.
Bertujuan membantu kejayaan pelajar.
Memperkasa keluarga dan memudahkan tugas guru.
Menambah baik suasana sekolah secara keseluruhan.
Kompetensi Pembelajaran Global (6C)
Kolaboratif (Collaboration): Keupayaan bekerja secara berpasukan dengan kemahiran interpersonal dan sosial yang tinggi.
Komunikasi (Communication): Kemahiran menyampaikan idea dengan berkesan menggunakan pelbagai media dan teknologi.
Kreativiti (Creativity): Mengambil kira idea-idea baharu dan mempunyai kepimpinan untuk melaksanakan tindakan.
Berfikiran Kritis (Critical Thinking): Kebolehan menilai maklumat secara kritikal dan membuat keputusan yang tepat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah atau dunia sebenar.
Model 3E (Engagement, Enhancement, Extension)
Keterlibatan (Engagement): Memastikan alatan teknologi membantu pelajar fokus pada matlamat pembelajaran dan bersosial secara aktif.
Penambahbaikan (Enhancement): Teknologi membantu pelajar memperoleh maklumat di luar buku teks dan memahami subjek dengan lebih mendalam mengikut cara belajar mereka sendiri.