Pada suatu petang, Loges dan Ruby berjumpa di taman permainan. Mereka berbincang dengan penuh rasa ingin tahu tentang sebuah pintu gergasi yang misteri. Tanpa berlengah, mereka melangkah masuk dengan perasaan teruja.
Tiba-tiba, mereka mendapati diri mereka berada di sebuah dunia asing yang dilitupi ais dan salji. Ketika mereka melihat sekeliling, muncul seorang perempuan misteri berpakaian aneh. Perempuan itu tersenyum lalu memperkenalkan dunia tersebut sebagai Zaman Pleistosen.
Dengan bantuan perempuan misteri itu, Loges dan Ruby mula mengenali kehidupan pada Zaman Pleistosen yang penuh dengan ais, haiwan besar dan cuaca sejuk. Namun, untuk kembali ke dunia sebenar, mereka diminta menyelesaikan satu cabaran.
Setelah berjaya menyelesaikan cabaran tersebut, Loges dan Ruby menyangka mereka akan pulang ke dunia asal. Namun, cahaya terang muncul dan tanpa disedari, mereka telah memasuki Zaman Holosen, era penting selepas Zaman Ais.
Untuk kembali ke dunia asal, Loges dan Rubi perlu menenangkan minda serta menyelesaikan dua cabaran berunsur pengetahuan dan ketekunan. Melalui perjalanan penuh pengajaran, nyanyian dan kerjasama, mereka berjaya mengatasi semua cabaran. Cahaya terang muncul semula, membawa mereka pulang dengan rasa lega serta pemahaman baharu tentang sejarah kehidupan manusia.