Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PBD (2022) | Pentaksiran Bilik Darjah: Tahap Penguasaan Dan Standard…
PBD (2022) | Pentaksiran Bilik Darjah: Tahap Penguasaan Dan Standard Prestasi
PENGENALAN
Apa itu PBD?
Pentaksiran berterusan.
Perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian.
Proses mengumpul dan menganalisis maklumat.
Tindakan susulan.
Kepentingan PBD
Guru
Mengesan pengetahuan sedia ada murid.
Mengetahui keberkesanan PdP.
Merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP.
Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid.
Mengesan perkembangan murid.
Murid
Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
Mengesan perkembangan diri.
Meningkatkan pencapaian pembelajaran.
TAHAP PENGUASAAN
Disusun secara hierarki dan ditafsir secara generik.
Mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Ditentukan berdasarkan kelompok bidang, tema dan kemahiran.
Tahap penguasaan
TP 1 - Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
TP 2 - Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi.
TP 3 - Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi.
TP 4 - Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.
TP 5 - Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.
TP 6 - Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap postif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
STANDARD PRESTASI MATA PELAJARAN
Setiap mata pelajaran mempunyai Standard Prestasi masing-masing berdasarkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Standard kandungan
Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
Standard pembelajaran
Suatu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
Standard prestasi
Suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.
TAHAP PENGUASAAN KESELURUHAN
Tahap peguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid.
Pelaporan dibuat pertengahan sesi akdemik dan akhir sesi akademik.
Meliputi aspek kandungan, kemahiran dan nilai murni.
Menilai murid secara holistik.
Pelbagai kaedah.
Membuat pertimbangan profesional.