Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EBE 1013 : TOPIK 1 : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK, TOPIK 2 …
EBE 1013 : TOPIK 1 : SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK
Agregat Sosial
Individu individu yang dikumpulkan bersama semata mata kerana mereka terdedah secara pasif kepada keadaan luaran yang sama
Satu kumpulan yang terbentuk secara kebetulan akibat faktor luaran
1.1 Konsep Asas Sosiologi
Masyarakat dan Budaya
Komuniti
Institusi Sosial
Status
Peranan
Agregat Sosial
Persatuan
Kumpulan Sosial
Organisasi
Interaksi Sosial
Proses Sosial
Masyarakat dan Budaya
Kewujudan masyarakat dalam semua bidang
persekitaran manusia merupakan satu fenomena sejagat
Entiti abstrak yang tidak mempunyai ciri fizikal
Setiap masyarakat berbeza antara satu sama lain
Dicirikan oleh set norma , tradisi dan nilai tersendiri
Komuniti
Komuniti ialah sekumpulan manusia yang tinggal di kawasan yang berdekatan , mempunyai minat dan aktiviti yang sama , serta saling bekerjasama dalam kehidupan seharian
Institusi Sosial
Sistem atau struktur dalam masyarakat yang dibentuk untuk mengatur tingkah laku , peranan dan hubungan antara individu supaya kehidupan sosial berjalan dengan teratur
🎀 Keluarga
memberi kasih sayang , perlindungan , pendidikan awal dan membentuk akhlak anak anak
🎀 Pendidikan
Menyampaikan ilmu , kemahiran , nilai dan norma kepada generasi muda
🎀 Agama
Memberi panduan rohani dan moral
🎀 Ekonomi
Mengurus kegiatan pengeluaran , pengagihan dan penggunaan barangan serta perkhidmatan
🎀 Kerajaan
Mentadbir undang undang , menjaga keamanan , dan memberi perkhidmatan awam
🎀 Kesihatan
Menjaga kesejahteraan dan kesihatan fizikal serta mental masyarakat
Status
Setiap individu mempunyai pelbagai status dalam hidup bergantung kepada peranan mereka seperti di rumah , tempat kerja atau sekolah
Status bermaksud peranan atau kedudukan seseorang dalam masyarakat tidak kira tinggi atau rendah
Peranan
Tingkah laku atau tindakan yang diharapkan drpd seseorang berdasarkan statusnya
Kumpulan Sosial
Hubungan timbal balik
Rasa perpaduan
Perasaan "kekitaan"
Kepentingan bersama
Tingkah laku yang serupa
Norma kumpulan
Interaksi Sosial
Manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan interaksi untuk membina hubungan dan mengekalkan keteraturan dalam masyarakat
Organisasi
Matlamat yang jelas
Kesediaan menerima peranan dan status dalam organisasi
Adat dan norma
Hukuman atau ganjaran
Proses Sosial
Aspek yang sangat penting dalam sosiologi kerana ia digunakan untuk memahami bagaimana interaksi sosial dan hubungan sosial dibentuk dan dizahirkan
Kepentingan Sosiologi
Pemahaman Masyarakat
Identifikasi Masalah Sosial
Perubahan Sosial
Ketidaksetaraan dan keadilan sosial
Reformasi sosial
Pendidikan dan pemberdayaan
Kajian budaya dan identiti
Interaksi antara individu
Menghargai keragaman
SOSIOLOGI PENDIDIKAN
Definisi Sosiologi
Ilmu yang mempelajari masyarakat dan interaksi sosial antara individu di dalamnya
Sosiologi membantu kita memahami bagaimana individu dan kelompok kelompok dalam masyarakat berinteraksi , norma dan nilai nilai terbentuk serta perubahan sosial yang terjadi seiring waktu
Definisi pendidikan
Proses pemindahan pengetahuan , kemahiran dan nilai yang berlaku antara generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi yang sama secara formal dan tidak formal
Dapat dilihat sebagai suatu proses dan suatu produk
Bermaksud seseorang itu diasuh dan diajar
Kesan berlaku pembelajaran
Pendidikan sbg satu pelaburan atau sebagai satu consumption bererti membelanjakan wang , masa dan tenaga untuk mendapatkan pendidikan dan latihan
Sosiologi dalam Pendidikan
Etimologi berasal daripada kata "sosiologi" dan "pendidikan"
Sosiologi berasal daripada bahasa Latin dan Yunani iaitu socius dan logos
Socius bermaksud kawan , berkawan dan bermasyarakat
Logos bermaksud ilmu atau berbicara tentang sesuatu
Sosiologi bermaksud ilmu tentang masyarakat
Sosiologi Pendidikan ialah kajian tentang bagaimana institusi awam dan pengalaman individu mempengaruhi pendidikan dan hasilnya
Prihatin dengan sistem persekolah awam masyarakat industri moden , termasuk pengembangan pendidikan yang lebih tinggi , lanjutan , dewasa dan berterusan
1.2 Agen agen Sosial dalam Sosiologi
Agen agen Sosial
Pihak yang melaksanakan atau melakukan sosialisasi
Kelompok yang memainkan peranan dalam pembentukan peribadi seseorang
Anataranya ialah :
Keluarga
Guru
3.Individu
Rakan sebaya
Masyarakat
Induvidu
Individu yang meluangkan masa untuk menyendiri dan berfikir secara mendalam dapat membentuk identiti yang lebih mantap dan bermakna
Keluarga
Ibu bapa memainkan peranan utama dalam menyampaikan nilain budaya dan etnik anak anak mereka melalui amalam harian , bahasa pertuturan serta pemilihan aktiviti dan pendidikan yang selari dengan latar belakang budaya keluarga
Rakan sebaya
Kanak kanak prasekolah mendapati bahawa aktiviti bermain bersama rakan sebaya membantu membentuk tingkah laku sosial
Guru
Melalui interaksi di bilik darjah dan aktiviti sekolah , guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi juga membimbing pelajar mengenai norma sosial , disiplin dan bertanggungjawab
Masyarakat
Masyarakat ialah agen sosialisasi yang penting kerana membantu individu belajar nilai , norma , dan cara hidup dalam komuniti
TOPIK 2 : TEORI TEORI SOSIOBUDAYA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK
Teori Sistem Ekologi
Urie Bronfenbrenner
Teori Pembelajaran sosial
Albert Bandura
Teori Fungsionalisme
August Comte , Emile Durkheim & Herbet Spencer
Teori Kelekatan (Attachment Theory)
John Bowlby
2.1 Teori Sistem Ekologi
URIE BRONFENBRENNER
Enviroment
Individual
Ecological System Theory
Makrosistem
< Persekitaran yang terdekat dengan kanak kanak
< Kanak kanak lebih banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran tersebut di mana hubungan interaksi secara langsung berlaku di antara kanak kanak dengan ibu bapa , penjaga , adik beradik , guru , rakan-rakan , atau jiran tetangga
Mesosistem
< Satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain
< Hubungan ibu bapa & guru , ibu bapa & rakan , guru & rakan , antara rakan , hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga , pengalaman rakan sebaya
Ekosistem
< Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan kanak kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut
Makrosistem
< Perkembangan individu yang melibatkan norma norma , nilai , dan amalan masyarakat itu sendiri
Kronosistem
< Melibatkan perubahan mengikut peredaran masa . Kehadiran ahli baharu dalam keluarga memberi kesan kepada perkembangan kanak kanak
2.2 Teori Pembelajaran Sosial
ALBERT BANDURA
Kanak kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan
Bandura mengetengahkan teori pembelajaran sosial , di mana kanak kanak dikatakan belajar dengan cara meniru gaya atau gelagat orang lain
Bandura berpendapat sesuatu tingkah laku dipelajari menerusi interaksi dengan orang lain dan persekitaran
Semasa berinteraksi seseorang itu akan memerhati tingkah laku dan seterusnya meniru perbuatan tersebut
Proses ini dipanggil modelling
Pembelajaran melalui permodelan
Jenis jenis peniruan
Secara langsung
( Peniruan melalui pemerhatian )
Secara tidak langsung
( Melalui imaginasi / pemerintahan tidak langsung
Sekat lakuan
( Peniruan yang hanya sesuai dalam situasi tertentu sahaja )
Tidak sekat lakuan
( Tingkahlaku yang ditiru ditunjukkan dalam apa jua situasi )
Elisitasi
( Peniruan perlakuan orang lain )
Langkah langkah peniruan
Pemerhatian "Attention"
Penyimpanan "retention"
Pengeluaran "Reproduction"
Motivasi "Motivation"
2.3 Teori Fungsionalisme
AUGUST COMTE , EMILE DURKHEIM & HERBET SPENCER
Dipelopori oleh Auguste Comte
Beliau mengatakan Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri
Pendekatan ini diibaratkan setiap anggota badan manusia mempunyai peranan yang tersendiri
Untuk melahirkan masyarakat yang harmoni
Auguste Comte
Buku sociology Positive Philosophy diperkenalkan oleh Auguste Comte
Sosio berasal perkataan latin bermaksud berkongsi
Merupakan gabungan perkataan yang bermaksud pengetahuan tentang masyarakat
Emile Durkheim
Karya paling utama Durkheim iaitu pembahagian kerja
Beliau menyatakan bahawa semakin lama akan terjadi peningkatan kepadatan dan ukuran populasi sehingga dalam hal pekerjaan akan terjadi pembahagian yang secara lebih jelas
Ilmu tentang fakta sosial
Pola perilaku yang menjadi ciri ciri kelompok sosial dalam masyarakat
Herbert Spencer
Seorang ahli sosiologi Inggeris
Beliau melihat masyarakat sebagai satu sistem biologi
Menekankan konsep evolusi sosial
Menekankan pentingnya pendidikan untuk kemajuan masyarakat
2.4 Teori Kelekatan ( Attachment )
JOHN BOWLBY
Seorang pakar psikologi British
Menekankan pentingnya ikatan emosi awal antara bayi dan penjaga utama dalam perkembangan sosial dan emosi
Dilihat sebagai asas kepada proses sosialisasi budaya
Gaya Teori Kelekatan
Kelekatan Selamat
( Secure Attachment )
Kelekatan Tidak Selamat
( Avoidant Attachment )
Kelekatan Tidak Selamat
( Ambivalent / Resistant Attachment )
Kelekatan Tidak Tersusun
( Disorganized Attachment )