Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) - Coggle Diagram
PEMERKASAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
LATAR BELAKANG & KONTEKS
Nafas Baru: Sistem PBS sebenarnya telah bermula sejak 2011 (Sekolah Rendah) dan 2012 (Menengah Rendah), kini diberi penjenamaan dan pemerkasaan semula
Perubahan Budaya: Peralihan daripada sistem berorientasikan peperiksaan (exam-oriented) kepada perkembangan murid secara menyeluruh
Pemansuhan PT3: Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2022
KOMPONEN UTAMA PBS
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum (PAJSK): Menilai kecergasan, penglibatan sukan, dan kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik (PPsi): Menilai kecenderungan, minat, dan kebolehan semula jadi (innate ability) murid
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD): Penilaian akademik dan perkembangan dalam kelas
MEKANISME PELAKSANAAN PBD
Pentaksiran Formatif (Berterusan)
Pentaksiran Sumatif (Ujian Akhir Sesi Akademik)
SISTEM PELAPORAN & PENILAIAN
Tiada Perbandingan: Mengelakkan perbandingan antara murid "pandai" dan "lemah" (tiada ranking), fokus kepada potensi individu
Format Pelaporan:Dilaporkan dua kali setahun (Pertengahan tahun & Akhir tahun)
Tahap Penguasaan (TP): Menggunakan skala Tahap 1 hingga Tahap 6, bukan gred peperiksaan semata-mata
PERANAN PIHAK BERKEPENTINGAN
Murid
Pembelajaran yang lebih menyeronokkan (fun learning) tanpa tekanan peperiksaan berat
Pembangunan bakat melalui projek dan eksplorasi ilmu
Ibu Bapa
Memahami pelaporan deskriptif untuk membantu perkembangan anak di rumah.
Perlu memberi kepercayaan penuh kepada guru
Guru (Autonomi & Integriti)
Pemberian autonomi kepada guru untuk menilai kerana mereka paling kenal murid
Guru perlu berintegriti dan profesional dalam membuat taksiran
Melaksanakan intervensi bagi murid yang belum menguasai tahap tertentu
MATLAMAT & IMPAK
Pembangunan Holistik: Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (JERI - Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek)
Sekolahku Sejahtera: Penerapan nilai-nilai murni dan kesejahteraan dalam diri murid
Kemenjadian Murid: Melahirkan generasi yang berkeyakinan tinggi, berinovasi, dan mempunyai jati diri, bukan sekadar mengejar 'A'
Kemasukan ke Sekolah Khusus: Menggunakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), bukan lagi keputusan PT3