Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TOPIK 1 : PENDIDIKAN ISLAM UNTUK PEDIDIKAN AWAL KANAK KANAK - Coggle…
TOPIK 1 : PENDIDIKAN ISLAM UNTUK
PEDIDIKAN AWAL KANAK KANAK
MATLAMAT UTAMA PENDIDIKAN
Menanamkan roh dan akhlak Islam dalam jiwa kanak-kanak sejak awal lagi
Membangunkan karakter kanak-kanak yang seimbang dari segi kerohanian, emosi, dan sahsiah
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
-Pendidikan Islam dalam pendidikan awal kanak-kanak ialah proses mendidik dan membimbing kanak-kanak berumur 0–6 tahun berasaskan ajaran Islam.
-Ia melibatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) .
-tujuannya ialah membentuk akhlak mulia, pengenalan kepada ketuhanan, pembiasaan ibadah asas, serta penerapan nilai-nilai Islam sejak usia awal
CIRI-CIRI UTAMA DEFINISI
-Berasaskan tauhid sebagai asas perkembangan diri.
-Menanam tabiat dan amalan harian menurut panduan Islam.
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
IBN JEMAAH
Satu sistem yang bertanggungjawab memberikan ilmu pengetahuan membolehkan seseorang membentuk keperibadian yang baik,
DR ZAKI SALLEH
Satu proses yang membawa perubahan sekalian manusia, membawa kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat dan ia hendaklah berdasarkan petunjuk dan panduan yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran dan al Hadis.
DR HASSAN LANGGULUNG
Pendidikan meliputi semua aktiviti dan pelbagai bidang kehidupan manusia seperti politik, ekonomi, seni, ketenteraan, kesusasteraan, pertukangan, pertanian, perdagangan, falsafah, matematik dan seumpamanya.
KONSEP PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
BERTERASKAN TAUHID ( KETUHANAN)
-Membimbing kanak-kanak mengenal Allah sebagai Pencipta.
PENDIDIKAN MENYELURUH ( HOLOSTIK )
Setiap aktiviti pembelajaran menggabungkan aspek fizikal, kognitif, emosi dan spiritua
PEMBENTUKAN AKHLAK SEJAK AWAL
Akhlak tidak diajar secara teori sahaja tetapi melalui contoh, amalan dan pembiasaan harian
PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM
Prinsip ini menekankan bahawa semua aktiviti pendidikan, permainan, bimbingan, dan interaksi dengan guru atau rakan sebaya harus selaras dengan nilai, akhlak, dan syariat Islam, serta sesuai dengan tahap perkembangan fizikal, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak.
PRINSIP TAUHID
Mendidik kanak-kanak supaya mengenal Allah sebagai Pencipta, Pengasih dan Pengatur semua kehidupan.
PRINSIP FITRAH
Pendidikan Islam bertujuan menyuburkan dan membimbing fitrah ini, bukan memaksa atau mengubahnya mengikut kehendak luar kemampuan kanak-kanak.
PRINSIP AKHLAK
Merujuk kepada usaha mendidik kanak-kanak supaya memiliki tingkah laku, adab dan nilai murni yang selaras dengan ajaran Islam.
TOKOH TOKOH PENDIDIKAN ISLAM
BIODATA IMAM AL-GHAZALI
Nama Penuh: Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
•Tarikh Lahir: 1058 M (450 H)
•Tempat Lahir: Tus, Khurasan (sekarang Iran)
•Tarikh Wafat: 1111 M (505 H)
•Bidang: Falsafah Islam, Teologi, Pendidikan, Tasawuf
•Karya Terkenal:
1.Ihya’ Ulum al-Din (Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
2.Tahafut al-Falasifa (Kekeliruan Para Falsafah)
3.Mishkat al-Anwar (Lampu-lampu Cahaya)
SUMBANGAN IMAM AL- GHAZALI
Menekankan akhlak, teladan, dan pengajaran mengikut fitrah kanak-kanak.
Menyatukan ilmu, akhlak dan tasawuf dalam pembentukan insan seimbang
DIDIKAN ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Menjelaskan mengenai prinsip-prinsip asas yang penting untuk mendidik anak-anak.
Keluarga dan sekolah menjadi institusi penting dalam memupuk peribadi kanak-kanak
PRINSIP ASAS YANG PENTING UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK
Pendidikan kanak-kanak berasaskan dua bahagian utama iaitu peniruan daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga, rakan dan diperoleh dari asuhan.
Keluarga dan sekolah menjadi institusi penting dalam memupukperibadi kanak-kanak
INSTITUSI KELUARGA
SEBAGAI INDIVIDU
PENDIDIIKAN ZAHIR ( fizikal )
Kanak-kanak perlu diberi latihan jasmani setiap hari
Menghindarkan kanak-kanak tidur pada waktu siang
PENDIDIKAN BATIN
(dalaman/roh )
Mengajar nilai hidup yang murni seperti kebijaksanaa, tabah hati.
Ibu bapa perlu menjadi contoh dalam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
AHLI MASYARAKAT
MENYOKONG PEMBENTUKAN AKHLAK
Menunjukkan akhlak yang baik dan menjadi contoh positif kepada generasi muda
MENJAGA ADAB DAN KESOPANAN SOSIAL
Mengamalkan nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, dan menjaga hubungan sesama manusia
MENGERATKAN SILATURRAHIM
Menyuburkan budaya kerjasama, gotong-royong, dan ukhuwwah bagi menguatkan perpaduan masyarakat.
Panduan dalam mendidik anak-anak bersosial menurut Imam Al-Ghazali ( AHLI MASYARAKAT)
Ibubapa duduk makan bersama-sama anak-anak. Membantu pergaulan dan mempelajari nilai bertimbang rasa serta pengorbanan diri.
Melatih kanak-kanak supaya tidak meminta daripada orang lain.
Melatih supaya tidak membangga diri dan diajar bersopan santun, lemah-lembut serta merendah diri.
SEORANG BERAGAMA
Ibu bapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak.
Kanak-kanak berusia 6-7 tahun perlu diberi kefahaman mengenai sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan lain-lain.
INSTITUSI SEKOLAH
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak kanak perlu dihantar ke sekolah di mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang berguna
Imam Al-Ghazali mengariskan kewajipan guru seperti berikut:
Guru wajib mempunyai perasaan belas kasihan terhadap kanak-kanak dan menganggap mereka seperti anak sendiri
Guru mestilah bertindak sebagai seorang yang memberikan hukum-hakam
Guru wajib memberi apa jua bentuk nasihat yang berguna kepada kanak-kanak.
RUMUSAN
Pendidikan Islam adalah asas kepada pembentukan kerohanian awal kanak-kanak.
Ibu bapa dan guru harus memahami tugas mereka mendidik anak-anak