Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MODEL & KERANGKA KERJA PEMBELAJARAN BERMAKNA - Coggle Diagram
MODEL & KERANGKA KERJA PEMBELAJARAN BERMAKNA
Apakah Pembelajaran Bermakna?
memberi makna kepada murid melalui pengalaman sebenar,
embantu murid mengaplikasi pengetahuan dalam konteks dunia nyata
menghubungkan pengetahuan baharu dengan pengetahuan sedia ada
Contoh:
Murid belajar pecahan melalui aktiviti memotong kek sebenar, bukan hanya melalui simbol
Model Ausubel – Meaningful Learning Theory
Fokus utama
Pengaitan konsep baharu dengan skema sedia ada
Ciri-ciri:
Pemberian advance organizer (pengenalan awal)
Susunan daripada umum → khusus
Pembelajaran konsep dan idea utama
Contoh:
Guru memberi peta konsep sebelum mengajar topik baharu
Model Pembelajaran Konstruktivisme
Filosofi:
Murid membina sendiri makna melalui pengalaman
Ciri-ciri:
Hands-on, minds-on
Soalan terbuka
Inkuiri dan penyelesaian masalah
Contoh:
Eksperimen menjana makna sendiri tentang magnetisme
Model 5E (Constructivist Learning Cycle)
Explain
murid menjelaskan penemuan
Elaborate
mengembangkan pemahaman
Explore
meneroka melalui aktiviti
Evaluate
menilai pembelajaran
Engage
mencetus minat
Model Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)
Ciri-ciri:
Murid menyelesaikan masalah sebenar
Kemahiran kolaborasi & inkuiri
Guru sebagai fasilitator
Contoh:
Menyelesaikan isu “Apa cara paling selamat merentas jalan di kawasan sekolah?
Model Project-Based Learning (PjBL)
Ciri-ciri:
Murid menghasilkan produk, projek atau artifak
Berasaskan kehidupan sebenar
Menyokong kemahiran 6C
Kolaborasi
Kreativiti
Pemikiran Kritis
Kewarganegaraan
Komunikasi
Sahsiah
KERANGKA KERJA PEMBELAJARAN BERMAKNA (KPPB)
6 komponen
Big Ideas
Membantu murid melihat hubungan antara topik
Idea besar yang merentasi disiplin
Essential Questions (EQ)
Soalan yang menggalakkan pemikiran mendalam
Mendorong murid membuat hubungan & refleksi
Knowledge Construction
Murid membina pengetahuan baharu melalui aktiviti, inkuiri & projek
Authentic Learning
Pembelajaran berkait dengan situasi dunia sebenar
Assessment for Learning (AfL)
Penilaian formatif berterusan untuk memperbaiki pembelajaran
6C Global Competencies
Creativity
Citizenship
Critical Thinking
Character
Collaboration
Communication
Bagaimana Model & Kerangka Ini Bersatu?
memberi makna kepada murid (Authentic Learning)
Model 5E, PBL dan PjBL menekankan tugasan yang berkait dengan dunia sebenar.
Aktiviti ini selaras dengan komponen Authentic Learning dalam KPPB kerana murid bukan hanya belajar teori, tetapi mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi yang realistik
membina pengetahuan (Knowledge Construction)
Teori Ausubel menekankan pengaitan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada.
Konstruktivisme dan model 5E mengutamakan pembinaan makna melalui inkuiri, penerokaan dan penjelasan.
PBL/PjBL pula mendorong murid meneroka, menganalisis dan mensintesis data
memupuk 6C
Semua model pembelajaran bermakna menggalakkan murid berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan, berfikir kritis dan kreatif.
PBL dan PjBL khususnya secara langsung memerlukan murid mengembangkan Communication, Collaboration, Critical Thinking dan Creativity
Aktiviti autentik (Authentic Learning) membina kewarganegaraan (Citizenship) dan sahsiah (Character)
menyokong pedagogi berpusatkan murid
Semua model pembelajaran bermakna mengalihkan peranan guru daripada “pemberi maklumat” kepada fasilitator
Murid diberi autonomi, peluang membuat keputusan dan ruang untuk menyelesaikan masalah
menggunakan penilaian formatif (AfL)
Model konstruktivisme, 5E, PBL dan PjBL sentiasa melibatkan penilaian berterusan melalui soal jawab, refleksi, rubrik, maklum balas rakan sebaya, jurnal dan pemerhatian.
Ini seiring dengan prinsip KPPB yang menekankan AfL sebagai asas pembelajaran bermakna.