Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Model dan Kerangka Kerja Pembelajaran Bermakna - Coggle Diagram
Model dan Kerangka Kerja Pembelajaran Bermakna
Definisi Pembelajaran Bermakna
Pembelajaran bermakna ialah proses di mana murid mengaitkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada.
Bertujuan supaya murid memahami konsep secara mendalam dan bukan sekadar menghafal fakta.
Ciri utama:
Relevan dengan pengalaman murid.
Memupuk pemikiran kritis dan kreatif.
Menggalakkan penerokaan dan penemuan ilmu.
Model Pembelajaran Bermakna - membantu guru merancang aktiviti supaya murid aktif, terlibat, dan memahami isi pelajaran.
a) Model Konstruktivisme
Murid membina pengetahuan sendiri melalui pengalaman dan interaksi.
Guru bertindak sebagai fasilitator.
Strategi:
Pembelajaran berasaskan masalah (PBL).
Diskusi kumpulan.
Projek kolaboratif.
b) Model Experiential Learning (David Kolb)
Pembelajaran melalui pengalaman langsung.
Langkah-langkah:
Pengalaman konkrit – murid terlibat secara praktikal.
Refleksi – murid menilai pengalaman mereka.
Konseptualisasi abstrak – murid memahami prinsip atau teori.
Aktif eksperimen – murid mencuba aplikasi baru.
c) Model Inquiry-Based Learning (Pembelajaran Berasaskan Penyiasatan)
Murid belajar melalui soalan dan penyelidikan.
Fokus pada:
Membina kemahiran berfikir aras tinggi.
Menggalakkan rasa ingin tahu.
Murid menjadi agen pembelajaran mereka sendiri.
d) Model 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate, Evaluate)
Engage – menarik perhatian murid.
Explore – murid mengalami aktiviti penemuan.
Explain – murid menerangkan penemuan mereka.
Elaborate – mengaitkan konsep dengan konteks lain.
Evaluate – menilai pemahaman dan aplikasi konsep.
Kerangka Kerja Pembelajaran Bermakna - memberikan struktur untuk merancang pengajaran supaya pembelajaran lebih berkesan:
Perancangan Objektif Pembelajaran
Fokus pada kemahiran dan pengetahuan yang ingin dicapai.
Objektif mesti spesifik, boleh diukur, relevan.
Analisis Pengetahuan Sedia Ada Murid
Kenal pasti pengetahuan awal murid.
Bina sambungan antara ilmu sedia ada dan baharu.
Pemilihan Strategi Pengajaran
Sesuai dengan tahap murid dan topik.
Contoh: aktiviti hands-on, perbincangan, simulasi.
Penggunaan Bahan dan Media
Bahan pembelajaran interaktif dan menarik.
Contoh: carta, video, eksperimen.
Penilaian dan Refleksi
Penilaian berterusan (formative assessment) dan sumatif.
Murid diminta refleksi diri untuk memahami pembelajaran.
Kelebihan Model & Kerangka Kerja Pembelajaran Bermakna
Membolehkan guru menyesuaikan pengajaran dengan keperluan murid.
Membantu murid memahami konsep secara mendalam.
Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Meningkatkan penglibatan aktif murid.
Ahli Kumpulan
Yap Sze Ling
Nur Fitriyantie Binti Kamarulzaman
Nazarence Hurai Lawing
Norisa Binti Abd. Haris
Nur Munirah binti Julai
Model Reka Bentuk Pembelajaran Bermakna
A. Rakan Pembelajaran
Pelajar, guru, komuniti, pakar, ibu bapa.
Tujuan: Jadi penggerak/pendorong pembelajaran.
Cara: Kerjasama yang jelas, matlamat telus, hubungan pembelajaran aktif.
B. Persekitaran Pembelajaran
Berpusatkan murid & interaktif.
Cara:
Pelbagai alat menilai bakat & keperluan murid
Iklim pembelajaran fleksibel (anytime/anywhere)
Strategi penglibatan murid
C. Pemanfaatan Kemudahan Digital
Pembelajaran fleksibel & bermotivasi melalui teknologi.
Cara:
Maklum balas digital masa sebenar
Teknologi sebagai scaffold
Mendorong inovasi murid
D. Amalan Pedagogi
Memberi autonomi & pilihan kepada murid.
Cara:
Tugasan mendalam (deep learning tasks)
Scaffolding & pembelajaran terarah
Refleksi kendiri
Pelbagai bentuk pentaksiran (feed-up, feedback, feed-forward)
Model Penglibatan Murid
Model ini menekankan hubungan Kurikulum - Guru - Murid untuk mencapai pembelajaran optimum.
Konsep utama: Kejelasan Guru
Pembelajaran bermakna mesti menghasilkan kejelasan (clarity).
Murid bukan sahaja tahu, tetapi dapat menjelaskan, menghubungkan & memindahkan pengetahuan.
Tiga Elemen Kejelasan Guru:
Perkembangan Pembelajaran
Hasrat Pembelajaran
Kriteria Kejayaan
Model Pembelajaran Murid & Kitaran Inkuiri (SLM)
A. Belajar Cara Belajar
Melibatkan kemahiran:
Metakognitif (merancang, memantau, menilai diri)
Maklum balas (prestasi, motivasi, atribut, strategi)
Agensi (autonomi murid dalam tugasan & keputusan)
B. Perhubungan
Rasa kesepunyaan meningkatkan motivasi murid.
Kemahiran interpersonal & kolaboratif.
C. Aspirasi
Harga diri, keterlibatan, semangat mencuba, suara murid.
Jangkaan diri & jangkaan guru mempengaruhi pencapaian.
Tugasan relevan kepada minat & keperluan murid.
Kerangka Kerja Rigor/Relevance/Relationship (3R)
Rigor
Tahap pemikiran (keupayaan mengaplikasi, mengasimilasi, adaptasi).
Relevance
Mengaitkan pembelajaran dengan dunia sebenar murid.
Relationship
Hubungan guru–murid yang kondusif & menyokong
Kerangka Kerja 3E (Engagement – Enhancement – Extension)
1. Engagement:Murid terlibat secara aktif, fokus & bermotivasi.
2. Enhancement:Teknologi dan strategi mengukuhkan pemahaman murid.
3. Extension:Murid mampu mengaplikasi pembelajaran kepada situasi baharu, dunia sebenar, atau tugasan kompleks.
Kompetensi Pembelajaran Global 6C
1. Character (Sahsiah)
Pembentukan watak yang baik: jujur, berdisiplin, gigih dan berdaya tahan.
Boleh mengurus emosi dan terus berusaha walaupun menghadapi cabaran.
2. Citizenship (Kewarganegaraan Global)
Prihatin terhadap isu dunia seperti alam sekitar dan kemanusiaan.
Menghormati kepelbagaian budaya dan bertindak sebagai warganegara bertanggungjawab.
3. Collaboration (Kolaboratif)
Bekerja bersama secara efektif dalam kumpulan.
Berkongsi idea, menyelesaikan konflik dan membuat keputusan bersama.
4. Communication (Komunikasi)
Menyampaikan idea dengan jelas secara lisan, tulisan atau digital.
Menggunakan alat komunikasi yang sesuai mengikut audiens.
5. Creativity (Kreativiti)
Menghasilkan idea baharu dan inovatif.
Menyelesaikan masalah secara kreatif dan berfikir di luar kotak.
6. Critical Thinking (Pemikiran Kritis)
Menganalisis maklumat, membuat inferens dan keputusan tepat.
Menilai hujah secara logik dan menyelesaikan masalah dunia sebenar.