Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Topik 1: PENDIDIKAN ISLAM UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK - Coggle…
Topik 1: PENDIDIKAN ISLAM UNTUK PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
DEFINISI:
Proses mendidik kanak-kanak 0-6 tahun berdasarkan al-Quran & Sunnah.
Menyentuh perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek (JERI).
Membentuk akhlak mulia, mengenal Allah, membiasakan ibadah asas.
CIRI-CIRI PENDIDIKAN ISLAM:
Berasaskan tauhid.
Pembelajaran melalui bermain.
Pembentukan akhlak secara berperingkat.
Nilai Islam diterapkan dalam rutin harian.
KONSEP PENDIDIKAN ISLAM:
Proses menyeluruh yang membangunkan potensi insan dari aspek rohani, akal, jasmani dan emosi berdasarkan ajaran al-Quran dan Sunnah.
MATLAMAT UTAMA
Menanamkan roh Islam sejak kecil .
Membentuk keyakinan kepada Allah & akhlak mulia.
Membentuk sahsiah seimbang (rohani, emosi, moral).
PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Prinsip Tauhid: Mengenal Allah sebagai Pencipta & Pengatur hidup.
Prinsip Fitrah: Kanak-kanak lahir suci dan berpotensi.
Pendidikan mesti membimbing fitrah, bukan memaksa.
Prinsip Akhlak: Pembentukan adab & nilai murni melalui teladan dan pembiasaan.
Prinsip Tawazun (keseimbangan): Perkembangan seimbang JERIS.
Prinsip Mahabbah & Rahmah: Pendidikan berasaskan kasih sayang, empati dan belas kasihan.
Prinsip Tadarruj: Pembelajaran secara beransur-ansur mengikut kemampuan kanak-kanak.
TOKOH PENDIDIKAN ISLAM: IMAM AL-GHAZALI
BIODATA RINGKAS:
Nama: Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
Bidang: Falsafah Islam, Teologi, Pendidikan, Tasawuf
Tarikh wafat: 1111 M (505 H)
Tempat lahir: Tus, Khurasan (sekarang Iran)
Karya terkenal: Ihya' Ulum al-Din, Tahafut al-Falasifa, Mishkat al-Anwar
Tarikh lahir: 1058 M (450H)
SUMBANGAN:
Menenkankan pendidikan holistik yang merangkumi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Menekankan akhlak, teladan dan pengajaran mengikut fitrah kanak-kanak.
Menyatukan ilmu, akhlak dan tasawuf dalam pembentukan insan yang seimbang.
DIDIKAN ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI
Menjelaskan mengenai prinsip-prinsip asas yang penting untuk mendidik anak-anak
Imam Al-Ghazali yang telah mengkhususkan dalam penulisan beliau mengenai kanak-kanak iaitu "Ayyuh Al-Walad"
Pendidikan kanak-kanak berasaskan dua bahagian utama iaitu peniruan daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga, rakan dan diperoleh dari asuhan
Keluarga dan sekolah menjadi institusi penting dalam memupuk peribadi knak-kanak
Orang Beragama
Kanak-kanak berusia 6-7 tahun perlu diberi kefahaman mengenai sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan lain-lain.
Ibu bapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak.
Ahli Masyarakat
Mengamalkan nilai murni dan menjaga hubungan sesama manusia.
Melatih kanak-kanak supaya tidak meminta daripada orang lain.
Menunjukkan akhlak yang baik dan menjadi contoh positif kepada generasi muda.
Mendidik anak-anak supaya menghormati orang-orang tua.
Individu
Pendidikan Zahir: aktiviti jasmani, kawal tidur, kawal makan, pemilihan pakaian, bermain, tidak memaksa ketika penat.
Pendidikan Batin: didikan nilai murni, zikir, menjaga niat dan menjauhi maksiat.
INSTITUSI KELUARGA
INSTITUSI SEKOLAH
-Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah di mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang berguna.