Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 1 : 1.1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN ISLAM, BAB 1 : 1.4 TOKOH…
BAB 1 : 1.1 DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan Islam dalam pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada proses mendidik dan membimbing kanak-kanak berumur 0–6 tahun berasaskan ajaran Islam yang menyeluruh. Ia juga bertujuan membentuk akhlak mulia, pengenalan kepada ketuhanan, pembiasaan ibadah asas, serta penerapan nilai-nilai Islam sejak usia awal.
CIRI-CIRI UTAMA DEFINISI
Berasaskan tauhid sebagai asas perkembangan diri.
Menekankan pembentukan akhlak dan sahsiah secara berperingkat.
Memberi pengalaman pembelajaran melalui bermain yang selamat dan bermakna.
Menanam tabiat dan amalan harian menurut panduan Islam.
Mengintegrasikan nilai, adab dan ibadah dalam semua aktiviti seharian
MATLAMAT UTAMA PENDIDIKAN
Membentuk kepercayaan kepada Tuhan dan akhlak mulia melalui adab dan nilai-nilai murni.
Menanamkan roh dan akhlak Islam dalam jiwa kanak-kanak sejak awal lagi
Membangunkan karakter kanak-kanak yang seimbang dari segi kerohanian, emosi, dan sahsiah
KONSEP PENDIDIKAN ISLAM
berteraskan Tauhid (Ketuhanan)
2.Pendidikan Menyeluruh (Holistik)
3.Pembentukan Akhlak Sejak Awal
4.Belajar Melalui Pengalaman dan Bermain
5.Kebiasaan Ibadah dalam Kehidupan Seharian
Persekitaran yang Islamik dan Kondusi
BAB 1 : 1.4 TOKOH PENDIDIKAN ISLAM
BIODATA IMAM AL-GHAZALI
Nama Penuh: Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
Tarikh Lahir: 1058 M (450 H)
Tempat Lahir: Tus, Khurasan (sekarang Iran)
Tarikh Wafat: 1111 M (505 H)
Bidang: Falsafah Islam, Teologi, Pendidikan, Tasawuf
Karya Terkenal:
Ihya’ Ulum al-Din (Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
Tahafut al-Falasifa (Kekeliruan Para Falsafah)
Mishkat al-Anwar (Lampu-lampu Cahaya)
SUMBANGAN IMAM AL-GHAZALI
Menekankan pendidikan holistik yang merangkumi jasmani, rohani, akal dan emosi.
Menekankan akhlak, teladan, dan pengajaran mengikut fitrah kanak-kanak.
Menyatukan ilmu, akhlak dan tasawuf dalam pembentukan insan seimbang
DIDIKAN ANAK MENURUT IMAN AL-GHAZALI
Ramai ahli falsafah dan pemikir Islam, hanya Imam Al-Ghazali yang telah mengkhususkan dalam penulisan beliau mengenai kanak-kanak iaitu “Ayyuh Al-Walad’.
Menjelaskan mengenai prinsip-prinsip asas yang penting untuk mendidik anak-anak.
Pendidikan kanak-kanak berasaskan dua bahagian utama iaitu peniruan daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga, rakan dan diperoleh dari asuhan.
Keluarga dan sekolah menjadi institusi penting dalam memupukperibadi kanak-kanak
PRINSIP ASAS YANG PENTING UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK
berasaskan dua bahagian utama iaitu peniruan daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga, rakan dan diperoleh dari asuhan.
Keluarga dan sekolah menjadi institusi penting dalam memupukperibadi kanak-kanak
INSTITUSI KELUARGA
Imam Al-Ghazali menekankan keluarga sebagai unit asas dalam pembentukan sahsiah dan akhlak individu. Beliau melihat institusi keluarga bukan sahaja sebagai tempat kelahiran fizikal, tetapi juga sebagai tempat pendidikan pertama bagi anak-anak, terutamanya dari segi akidah, akhlak dan nilai moral
3 ASPEK UTAMA :
Sebagai individu
Terbahagi kepada 2 bahagian
Pendidikan zahir (fizikal)
Kanak-kanak perlu diberi latihan jasmani setiap hari
Menghindarkan kanak-kanak tidur pada waktu siang
• Tidak membiarkan kanak-kanak tidur atas tilam yang terlalu lembut(empuk). Menganggu pertumbuhan badan dan pembentukan otot sihat.
• Memberi peluang untuk kanak-kanak bermain selepas waktu sekolah
• Jangan menyuruh melakukan kerja rumah ketika mereka penat.
Pendidikan batin (dalaman/roh)
Mengajar nilai hidup yang murni seperti kebijaksanaa, tabah hati.
• Ibu bapa perlu menjadi contoh dalam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
• Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak mula mempelajari nilai-nilai ini dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk pada usia 5-6 tahun
Sebagai ahli Masyarakat
Sebagai seorang yang beragama
AHLI MASYARAKAT
PENYOKONG PEMBENTUKAN AKHLAK
* menunjukkan akhlak yang baik dan menjadi contoh positif kepada generasi muda
MENJAGA ADAB DAN KESOPANAN SOSIAL
* mengamalkan nilai murni seperti hormat-menghormati, tolong-menolong, dan menjaga hubungan sesama manusia
MENGERATKAN SILATURAHIM
menyuburkan budaya kerjasama, gotong-royong, dan ukhuwwah bagi menguatkan perpaduan masyarakat.
INSTITUSI SEKOLAH
Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak kanak perlu dihantar ke sekolah di mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang berguna
Imam Al-Ghazali mengariskan kewajipan guru seperti berikut:
Guru wajib mempunyai perasaan belas kasihan terhadap kanak-kanak dan menganggap mereka seperti anak sendiri
Guru mestilah bertindak sebagai seorang yang memberikan hukum-hakam
Guru wajib memberi apa jua bentuk nasihat yang berguna kepada kanak-kanak.
Apabila guru menyampaikan sesuatu ilmu Agama atau ilmu sains, jangan perlekeh bidang ilmu lain di hadapan kanak-kanak
Guru perlu memastikan bahawa penyampaiannya jelas dan tidak mengelirukan kanak-kanak
BAB 1 : 1.2 PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM
menekankan bahawa semua aktiviti pendidikan, permainan, bimbingan, dan interaksi dengan guru atau rakan sebaya harus selaras dengan nilai, akhlak, dan syariat Islam, serta sesuai dengan tahap perkembangan fizikal, emosi, rohani dan intelek kanak-kanak.
memastikan pendidikan awal kanak-kanak bukan sekadar pengajaran akademik, tetapi juga membentuk sahsiah, akhlak, adab dan hubungan yang baik dengan Allah, diri sendiri, dan orang lain sejak usia awal.
JENIS-JENIS PRINSIP PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
1. prinsip tauhid
Mendidik kanak-kanak supaya mengenal Allah sebagai Pencipta, Pengasih dan Pengatur seluruh kehidupan.
2. prinsip fitrah
Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan suci, baik, dan mempunyai potensi semula jadi untuk berkembang.
3. prinsip akhlak
usaha mendidik kanak-kanak supaya memiliki tingkah laku, adab dan nilai murni yang selaras dengan ajaran Islam.
prinsip Tawazun (Keseimbangan)
usaha memastikan perkembangan kanak-kanak berlaku secara seimbang dan harmoni merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS), selaras dengan ajaran Islam yang menolak pendidikan yang terlalu menekan satu aspek sahaja.
5. prinsip Mahabbah dan Rahmah(Kasih Sayang dan Belas Kasihan)
kanak-kanak memerlukan rasa selamat, disayangi, dan dihargai untuk berkembang secara menyeluruh
6. prinsip Tadarruj (Pembelajaran Berperingkat)
* Proses pendidikan yang dilakukan secara beransur-ansur, bertahap dan mengikut keupayaan perkembangan kanak-kanak.