Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penerimaan komuniti terhadap inovasi digital dalam PdP, Persepsi kegunaan…
Penerimaan komuniti terhadap inovasi digital dalam PdP
Konsep Penerimaan Inovasi
Kesediaan menerima perubahan
Komuniti menunjukkan keterbukaan untuk menggunakan kaedah digital dalam PdP.
Contoh: Guru menerima penggunaan aplikasi kuiz digital seperti Quizizz.
Tahap keterbukaan terhadap teknologi
Sikap positif → lebih mudah meneroka teknologi baharu seperti AR, VR, AI dalam pdp.
Contoh: Murid teruja menggunakan VR untuk melihat dunia bawah laut.
Persepsi terhadap kegunaan inovasi
Jika komuniti nampak inovasi memudahkan PdP → kadar penerimaan meningkat.
Contoh: Guru menggunakan AI untuk menjana latihan murid dengan cepat.
Kepercayaan terhadap keberkesanan
Komuniti percaya teknologi dapat meningkatkan pemahaman dan kualiti pembelajaran murid.
Contoh: AR membantu murid memahami bentuk 3D dalam Sains.
Tahap pendedahan dan pengalaman individu
Lagi banyak terdedah → lagi cepat menerima inovasi.
Contoh: Sekolah yang pernah guna Google Classroom lebih mudah menerima teknologi baharu.
Soalan 1
Apakah maksud penerimaan komuniti terhadap inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran? Berikan contoh.
Penerimaan komuniti merujuk kepada tahap kesediaan, keterbukaan dan keyakinan guru, murid serta ibu bapa untuk menggunakan teknologi dalam proses PdP.
Penerimaan ini berlaku apabila komuniti melihat inovasi digital sebagai sesuatu yang berguna, mudah digunakan dan mampu meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
Contoh: Guru menerima penggunaan aplikasi AI untuk menjana latihan murid, manakala murid selesa menggunakan VR bagi meneroka topik Sains secara lebih interaktif.
Elemen dan kriteria berdasarkan model penerimaan teknologi
Sikap terhadap Penggunaan Teknologi (Attitude Toward Use)
Pandangan positif terhadap teknologi → penerimaan lebih tinggi.
Contoh: Guru bermotivasi guna VR untuk pengajaran interaktif.
Persepsi Kemudahan Penggunaan (Perceived Ease of Use / Effort Expectancy)
Teknologi mudah dipelajari & digunakan.
Contoh: Aplikasi pembelajaran hanya perlukan “drag and drop” untuk buat latihan.
Pengaruh Sosial (Social Influence)
Sokongan daripada rakan, pentadbir atau ibu bapa menggalakkan penerimaan.
Contoh: Guru lain ikut menggunakan aplikasi apabila sekolah mengadakan bengkel inovasi.
Keadaan Pemudah (Facilitating Conditions)
Kemudahan dan sokongan teknikal memudahkan penggunaan.
Contoh: Sekolah menyediakan WiFi stabil dan tablet untuk murid.
Minat & Kesanggupan Mengguna (Behavioral Intention / Usage Behaviour)
Keinginan menggunakan teknologi menentukan penggunaan sebenar.
Contoh: Guru bercadang menggunakan AI setiap minggu dalam perancangan PdP.
Soalan 2
Bagaimanakah elemen Persepsi Kegunaan dan Persepsi Kemudahan Penggunaan dalam model penerimaan teknologi dapat mempengaruhi tahap penerimaan komuniti terhadap inovasi digital dalam PdP? Huraikan secara kritis dengan contoh.
Elemen Persepsi Kegunaan mempengaruhi penerimaan kerana komuniti hanya akan menerima inovasi jika mereka melihat nilai tambah yang jelas terhadap PdP. Jika teknologi terbukti meningkatkan keberkesanan pengajaran atau membantu murid memahami konsep dengan lebih cepat, komuniti lebih cenderung menerimanya.
Contoh: Guru lebih yakin menggunakan AI apabila analisis data menunjukkan peningkatan pencapaian murid selepas menggunakan latihan adaptif.
Sementara itu, Persepsi Kemudahan Penggunaan menentukan sejauh mana inovasi itu boleh diintegrasikan secara konsisten. Jika teknologi terlalu kompleks, pengguna akan menolak walaupun ia berguna. Hanya inovasi yang mudah dipelajari dan tidak membebankan dari segi masa dan tenaga akan mendapat penerimaan berterusan.
Contoh: Platform PdP yang memerlukan terlalu banyak langkah untuk menyediakan aktiviti menyebabkan guru enggan menggunakannya, tetapi platform mudah seperti Liveworksheet meningkatkan penggunaan harian.
Persepsi kegunaan (Perceived Usefulness / Performance Expectancy)
Pengguna percaya teknologi meningkatkan prestasi PdP.
Contoh: Guru dapat mengesan tahap murid melalui dashboard analitik.