Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
WhatsApp Image 2025-11-14 at 01.59.13_e75ebb6b
LEGOLAND - Coggle Diagram

LEGOLAND
Pengenalan
LEGOLAND Malaysia Resort ialah sebuah taman tema bertemakan permainan LEGO yang terletak di Iskandar Puteri, Johor. Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 15 September 2012 dan merupakan taman tema LEGOLAND pertama di Asia. Taman ini menjadi tarikan pelancongan utama di selatan Malaysia serta sesuai untuk seisi keluarga.
Konsep dan Tema
Konsep utama LEGOLAND Malaysia ialah “Play, Fun and Learning”- iaitu menggabungkan keseronokan dengan pembelajaran melalui permainan interaktif dan binaan LEGO.
Setiap kawasan di taman ini menampilkan tema berbeza yang diinspirasikan daripada dunia LEGO seperti pengembaraan, fantasi, dan sains.
-
Fakta Menarik
- LEGOLAND Malaysia mempunyai lebih daripada 70 permainan dan tarikan interaktif.
- Model terbesar di MINILAND ialah Menara Berkembar Petronas.
- Keseluruhan taman dibina menggunakan lebih 30 juta bongkah LEGO.
- Terdapat juga hotel bertema LEGO yang direka khas untuk keluarga.
Antara zon utama
- LEGO City – Pengunjung boleh memandu bot, kapal terbang dan kereta mini.
-
- LEGO Kingdoms – Bertemakan zaman kesatria dan naga.
-
- Imagination Zone – Menekankan kreativiti dan pembelajaran.
-
- MINILAND – Tarikan utama yang menampilkan model bangunan terkenal Asia yang dibina menggunakan lebih 30 juta bongkah LEGO.
-
- LEGO Technic – Zon untuk permainan mencabar seperti roller coaster.
-
- Water Park – Taman air dengan pelbagai permainan air.
-
- SEA LIFE Aquarium – Akuarium interaktif dengan tema pendidikan marin.
-