Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky - Coggle Diagram
Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
Konsep Asas
Scaffolding
sokongan sementara daripada guru atau rakan untuk bantu pelajar capai tahap lebih tinggi.
Bahasa
Bahasa sebagai alat kognitif – bahasa membantu pelajar berfikir dan menyelesaikan masalah.
ZPD (Zone of Proximal Development)
jurang antara apa yang pelajar boleh
buat sendiri dan apa yang boleh dicapai dengan bantuan.
Implikasi PdP
Sokongan Guru
Guru perlu kenal pasti ZPD pelajar dan beri sokongan yang sesuai.
Aktiviti Kolaboratif
Aktiviti kolaboratif seperti kerja kumpulan sangat digalakkan.
Interaksi Sosial
Penggunaan dialog, soal jawab, dan arahan lisan penting untuk rangsang pemikiran pelajar.
Contoh Aplikasi
Bimbingan Guru
Guru berperanan sebagai fasilitator yang memberi scaffolding dalam ZPD pelajar.
• Bimbingan boleh berupa arahan langkah demi langkah, soalan terbimbing, atau contoh kerja.
• Bila pelajar sudah mahir, guru mengurangkan sokongan secara berperingkat.
Soal Jawab
Soal jawab membantu pelajar menggunakan bahasa sebagai alat berfikir.
• Guru boleh menggunakan soalan terbuka untuk mencabar pelajar berfikir secara kritis dalam ZPD mereka.
• Pelajar belajar menyusun idea, memberi hujah, dan membina kefahaman melalui dialog.
Tugasan Berkumpulan
Mewujudkan interaksi sosial yang penting untuk perkembangan kognitif.
• Pelajar yang lebih mahir boleh membantu rakan yang kurang mahir ini ialah bentuk scaffolding rakan sebaya.
• Dalam kumpulan, pelajar belajar melalui dialog, perkongsian idea, dan pemodelan tingkah laku kognitif.