Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perubahan Struktur terhadap Pembangunan Ekonomi di Asia Tenggara - Coggle…
Perubahan Struktur terhadap Pembangunan Ekonomi di Asia Tenggara
🇲🇾
MALAYSIA
Perubahan Struktur
• 1957–1970: Ekonomi bergantung pada eksport komoditi seperti getah, bijih timah, dan kelapa sawit.
• 1980-an: Mula beralih kepada perindustrian melalui dasar galakan pelaburan asing, menjadikan Malaysia salah satu hab elektronik Asia Tenggara.
• 2000-an: Peralihan besar ke sektor perkhidmatan, kewangan Islam, pelancongan dan teknologi maklumat.
• 2010-an hingga kini: Penekanan kepada ekonomi digital dan inovasi – Malaysia menuju status ekonomi berpendapatan tinggi.
Strategi / Polisi
• Dasar Ekonomi Baru (1971–1990) – memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam sektor moden, memperluas peluang pendidikan dan pekerjaan.
• Dasar Perindustrian Negara (1986) – menarik pelaburan asing, memodenkan industri berat (Proton, Petronas, MIMOS).
• Wawasan 2020 – menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.
• MyDIGITAL & Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (2021) – mempercepat transformasi digital dan IR4.0.
Impak Ekonomi
. Transformasi Struktur KDNK:
Sektor pertanian menyusut kepada <10% KDNK, manakala pembuatan & perkhidmatan kini menyumbang lebih 80%, menandakan kejayaan peralihan dari ekonomi komoditi ke industri moden.
Kemiskinan & Taraf Hidup:
Kadar kemiskinan menurun daripada 49% (1970) kepada sekitar 5.6% (2020), dengan pembangunan luar bandar dan peningkatan peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan.
Perindustrian & Eksport:
Malaysia menjadi pengeksport utama semikonduktor dan komponen elektronik global, khususnya kepada AS, China dan Singapura.
Peningkatan Produktiviti:
Perindustrian dan automasi mendorong produktiviti buruh yang lebih tinggi berbanding ekonomi agraria terdahulu.
Pertumbuhan Ekonomi Stabil:
KDNK berkembang purata 4–6% setahun sejak 1990-an, menjadikan Malaysia antara ekonomi paling stabil di rantau ini.
Ketidakseimbangan Wilayah:
Kadar pembangunan tidak seimbang antara Pantai Barat (lebih maju) dan Pantai Timur/Sabah/Sarawak yang masih tertinggal.
Isu Pendapatan & Pekerjaan:
Walaupun pendapatan meningkat, jurang pendapatan antara kumpulan tinggi dan rendah kekal luas, terutamanya dalam sektor informal.
🇮🇩
INDONESIA
Perubahan Struktur
• 1970–1980-an: Ekonomi berasaskan sumber semula jadi (minyak, gas, arang batu, dan minyak sawit).
• 1990–2000-an: Diversifikasi ekonomi kepada sektor pembuatan (tekstil, makanan, automotif).
• Kini: Fokus utama pada ekonomi digital (e-commerce, fintech) dan pembuatan berteknologi tinggi.
Strategi / Polisi
• Making Indonesia 4.0 – rancangan memperkukuh industri utama (makanan, automotif, tekstil, elektronik) dengan teknologi AI dan automasi.
• Reformasi Ekonomi Pasca-1998 – pembaharuan dasar fiskal, pelaburan, dan liberalisasi perdagangan selepas Krisis Asia.
• Masterplan for Acceleration and Expansion of Indonesia’s Economic Development (MP3EI) – mempercepat pembangunan wilayah dan infrastruktur.
Impak Ekonomi
Pertumbuhan Konsisten:
Purata pertumbuhan KDNK sekitar 5% setahun sejak 2010, didorong oleh permintaan domestik dan eksport sumber asli.
Pengurangan Kemiskinan:
Kadar kemiskinan menurun daripada 24% (1998) kepada di bawah 10% (2023), hasil peluasan jaringan sosial dan pekerjaan industri.
Sumbangan Ekonomi Digital:
Ekonomi digital bernilai lebih USD 80 bilion (2023), menjadikan Indonesia pasaran digital terbesar di ASEAN.
Penciptaan Pekerjaan:
Sektor pembuatan, e-dagang, dan perkhidmatan moden mencipta berjuta peluang kerja baru terutama di bandar-bandar utama seperti Jakarta & Surabaya.
Ketahanan Makroekonomi:
Rizab tukaran asing kukuh, kadar inflasi terkawal, dan kestabilan fiskal pasca-krisis 1998.
Kesan Alam Sekitar:
Peningkatan eksport minyak sawit dan perlombongan membawa hasil ekonomi besar tetapi juga pencemaran, deforestasi, dan konflik tanah.
Jurang Wilayah:
Pertumbuhan terkumpul di Pulau Jawa menyebabkan luar Jawa seperti Kalimantan & Sulawesi tertinggal dari segi kemudahan asas.
🇧🇳
BRUNEI
Perubahan Struktur
• Ekonomi sangat bergantung pada hasil minyak & gas (lebih 60% KDNK).
• Usaha diversifikasi kepada sektor halal, pelancongan dan pendidikan.
Strategi / Polisi
Diversifikasi dari Minyak & Gas
Memperkasa sektor halal, pelancongan, pertanian dan perkhidmatan kewangan Islam.
Usahawan & SME
Sokongan pembiayaan dan latihan keusahawanan untuk mengurangkan kebergantungan sektor awam.
Wawasan Brunei 2035
Menumpu kepada rakyat berpendidikan, ekonomi dinamik dan kualiti hidup tinggi.
Pelaburan dalam Pendidikan
Menghasilkan tenaga kerja mahir bagi menyokong industri bukan minyak.
Dasar Hijau & Kelestarian
Fokus kepada tenaga boleh diperbaharui dan perlindungan alam sekitar.
Impak Ekonomi
Pendapatan Tinggi tetapi Tidak Seimbang
GDP per capita sekitar USD 30,000, namun pertumbuhan perlahan akibat ketergantungan pada minyak dan gas.
Kestabilan Fiskal
Hasil minyak dan dana pelaburan negara mengekalkan kestabilan kewangan.
Daya Tahan Ekonomi
Brunei mengekalkan kadar pengangguran rendah dan inflasi terkawal Walaupun terjejas oleh turun naik harga minyak.
Cabaran Jangka Panjang
Risiko “Dutch Disease” – apabila sektor minyak mendominasi dan mengekang pembangunan sektor lain.
Peluang Diversifikasi Terhad
Sektor bukan minyak seperti indusrti halal, pelancongan, pendidikan masih kecil tetapi sedang berkembang.
🇹🇭
THAILAND
Perubahan Struktur
• 1960–1970-an: Negara agraria dengan tumpuan pada eksport beras dan getah.
• 1980–2000-an: Pembangunan pesat sektor automotif, elektronik, dan pelancongan.
• 2010-an: Fokus kepada teknologi, bioteknologi, dan ekonomi digital di bawah konsep Thailand 4.0.
Strategi / Polisi
• Eastern Economic Corridor (EEC) – kawasan industri berteknologi tinggi untuk menarik pelaburan asing.
• Thailand 4.0 Policy – galak inovasi, R&D, dan teknologi hijau.
• Pelaburan besar dalam pelancongan kesihatan dan perkhidmatan profesional.
Impak Ekonomi
Hab Industri Serantau:
Eksport automotif menjadikan Thailand “Detroit of Asia”, menyumbang sekitar 10% KDNK dan lebih 800,000 pekerjaan.
Sektor Pelancongan:
Menyumbang lebih 20% KDNK pra-pandemik, memberi impak langsung kepada pendapatan luar negara dan pekerjaan sektor perkhidmatan.
Kestabilan Makroekonomi:
Kadar inflasi rendah dan pertumbuhan sederhana (3–4%) menjadikan Thailand antara ekonomi paling stabil di ASEAN.
Diversifikasi Ekonomi:
Peningkatan sektor bioteknologi dan teknologi hijau di bawah Thailand 4.0 mengurangkan pergantungan terhadap sektor tradisional.
Peningkatan Pendapatan Rakyat:
Pendapatan per kapita meningkat ketara sejak 1990-an; namun, ketidaksamaan pendapatan antara Bangkok dan wilayah luar bandar kekal besar.
Ketahanan Infrastruktur:
Pelaburan besar dalam koridor ekonomi timur (EEC) meningkatkan produktiviti dan jaringan eksport.
Kesan Sosial:
Migrasi luar bandar ke bandar mempercepat urbanisasi tetapi menimbulkan tekanan terhadap perumahan dan kemudahan bandar.
🇻🇳
VIETNAM
Perubahan Struktur
• Sebelum 1986: Ekonomi terancang berasaskan pertanian.
• Selepas Doi Moi (1986): Pembaharuan ke arah ekonomi pasaran terbuka dan perdagangan global.
• Kini: Vietnam menjadi pusat pembuatan global (elektronik, pakaian, keluli, telefon pintar).
Strategi / Polisi
• Doi Moi Reforms (1986) – pembukaan pasaran, galakan pelaburan asing, dan liberalisasi perdagangan.
• Penubuhan zon perindustrian seperti Hai Phong & Ho Chi Minh.
• Pelaburan dalam pendidikan teknikal dan kemahiran tenaga kerja.
Impak Ekonomi
Pertumbuhan Ekonomi Pesat:
Vietnam mencatat purata pertumbuhan >6.5% setahun sejak 1990-an, antara tertinggi di Asia.
Lonjakan Eksport:
Nilai eksport meningkat lebih 20 kali ganda sejak 1990-an; kini pengeksport utama elektronik, pakaian dan telefon pintar. 3. FDI Tinggi:
Vietnam menarik pelaburan besar dari Samsung, Intel, Nike dan Foxconn, memperkukuh kedudukan sebagai pusat pembuatan global.
Kemiskinan Drastik Berkurang:
Kadar kemiskinan menurun daripada 58% (1993) kepada hanya 4.8% (2023).
Peralihan Struktur Buruh:
Tenaga kerja berpindah dari pertanian ke sektor industri dan perkhidmatan, meningkatkan pendapatan isi rumah.
Peningkatan Infrastruktur:
Pembinaan lebuh raya, pelabuhan dan zon industri memperkukuh daya saing eksport.
Kesan Alam Sekitar:
Pertumbuhan industri pesat menyebabkan pencemaran air dan udara meningkat di bandar besar seperti Hanoi & Ho Chi Minh
🇸🇬
SINGAPORE
Perubahan Struktur
• 1960-an: Dari pelabuhan kecil kepada pusat industri ringan.
• 1980–2000-an: Peralihan kepada ekonomi berteknologi tinggi dan kewangan global.
• Kini: Ekonomi berasaskan inovasi, penyelidikan, dan teknologi hijau.
Strategi / Polisi
• Economic Development Board (EDB) – menarik MNC ke Singapura.
• Smart Nation Initiative – digitalisasi penuh sistem ekonomi dan kerajaan.
• Singapore Green Plan 2030 – menuju ekonomi rendah karbon.
Impak Ekonomi
Pendapatan Tinggi Dunia:
GDP per capita melebihi USD 70,000, antara tertinggi global.
Pusat Kewangan Antarabangsa:
Singapura menjadi hab utama pelaburan, perdagangan dan fintech di Asia.
Produktiviti & Inovasi Tinggi:
Sektor teknologi, R&D dan logistik menyumbang besar kepada pertumbuhan nilai tambah tinggi.
Daya Saing Global:
Kedudukan konsisten dalam Top 5 Global Competitiveness Index, menunjukkan ekonomi efisien dan stabil.
Ekonomi Hijau & Digital:
Pelaksanaan Smart Nation dan Green Plan 2030 mengubah struktur tenaga dan pengangkutan ke arah rendah karbon.
Kesan Sosial:
Kos sara hidup tinggi dan ketergantungan tenaga kerja asing menimbulkan isu keseimbangan sosial.
🇵🇭
PHILIPPINES
Perubahan Struktur
• 1960–1980-an: Ekonomi bergantung kepada pertanian dan eksport tenaga kerja.
• 1990-an: Kebangkitan sektor perkhidmatan dan BPO (Business Process Outsourcing).
• Kini: Pelan transformasi digital dan pembinaan infrastruktur besar-besaran.
Strategi / Polisi
• Build, Build, Build Program – membina infrastruktur nasional untuk mengurangkan kesesakan dan kos logistik.
• Digital Pilipinas – memodenkan kerajaan dan perniagaan melalui digitalisasi.
• Philippine Development Plan – menambah baik pendidikan dan modal insan.
Impak Ekonomi
Sumbangan BPO (Business Process Outsourcing):
Industri BPO menyumbang hampir 10% KDNK dan lebih 1.5 juta pekerjaan langsung.
Remittance Sebagai Sokongan Ekonomi:
Hantaran wang pekerja luar negara mencapai USD 36 bilion setahun, menjadi penampan kepada ketidaktentuan global.
Pertumbuhan Ekonomi Stabil:
Kadar pertumbuhan 5–7% setahun, disokong oleh penggunaan domestik dan sektor perkhidmatan.
Peningkatan Infrastruktur:
Program “Build, Build, Build” meningkatkan jaringan jalan, jambatan dan lapangan terbang, memacu aktiviti logistik dan pelaburan.
Digitalisasi Ekonomi:
Inisiatif Digital Pilipinas memodenkan sektor awam dan swasta, mempercepat penyertaan dalam ekonomi digital serantau.
Ketahanan Pasaran Buruh:
Populasi muda menjadikan Filipina sumber tenaga kerja berkemahiran bahasa Inggeris yang besar.
Cabaran:
Risiko bencana alam menjejaskan output pertanian; inflasi makanan memberi tekanan kepada isi rumah miskin.
🇰🇭
CAMBODIA
Perubahan Struktur
Pengalihan fokus dari sektor pertanian ke sektor industri seperti tekstil / pakaian, pembinaan, dan pelancongan.
Menurut World Bank, sebelum COVID-19 (tahun 1995–2019), ekonomi Cambodia berkembang purata 7.6% setahun.
Struktur ekonomi telah berubah: sektor pertanian semakin kecil sebagai % daripada keseluruhan ekonomi, manakala sektor perindustrian dan perkhidmatan menjadi semakin penting
Sektor Garment / Footwear / Travel Goods (GFT) sangat dominan dalam eksport Cambodia.
Contoh data: menurut dokumen rasmi CDC, sektor tekstil / pakaian / travel goods menyumbang kira-kira 62.26% daripada eksport negara (setakat Disember 2023)
Strategi / Polisi
Cambodia Industrial Development Policy (2015–2025) – memperkukuh industri pembuatan dan pelaburan asing.
Fokus memperkukuh industri pembuatan & menarik pelaburan asing.
Pembangunan Special Economic Zones (SEZ) dan sokongan kepada SME.
Peningkatan kemahiran buruh dan infrastruktur industri.
Digital Economy Framework (2021–2035) – membangunkan perniagaan digital tempatan.
Matlamat: bangunkan ekonomi digital & perniagaan tempatan.
Galakkan transformasi digital sektor swasta dan kerajaan.
Pelan Tindakan Selepas COVID-19 (IMF & ADB):
Pemulihan ekonomi melalui eksport, pelancongan, dan pelaburan teknologi.
Impak Ekonomi
Pertumbuhan Pantas:
KDNK meningkat purata >7% setahun (1998–2019), antara tertinggi di dunia.
Dominasi Industri Pakaian:
Eksport pakaian menyumbang 70% hasil eksport negara, memacu pekerjaan wanita luar bandar.
Kemiskinan Menurun:
Dari >50% (2000) kepada <15% (2020), walaupun tidak sekata antara bandar dan desa.
FDI & Pelancongan:
Pelaburan dari China meningkat pesat, khususnya dalam sektor pembinaan dan pelancongan (Siem Reap).
Ketidakseimbangan Sosioekonomi:
Upah buruh rendah dan kelemahan keselamatan sosial masih ketara.
Kesan COVID-19:
Pelancongan terjejas teruk; pemulihan kini bergantung pada digitalisasi dan pelbagaian ekonomi.
🇱🇦
LAOS
Perubahan Struktur
Dari ekonomi tertutup kepada liberalisasi selepas 2011
Selepas pembukaan dasar, kerajaan Laos mula menarik pelaburan asing langsung (FDI) dan melonggarkan beberapa sekatan perdagangan. Proses liberalisasi ini bermakna firma luar mudah masuk ke sektor tenaga, pembinaan dan perlombongan.
Kesan jangka pendek: inflows modal besar, projek infrastruktur cepat berkembang. Namun kesan jangka panjang bergantung kepada kemampuan kerajaan menguruskan lesen, konsesi, dan perjanjian — tanpa tacit knowledge dan institusi penguatkuasaan yang cukup, liberalisasi mudah menimbulkan masalah ketelusan dan perjanjian yang berat sebelah.
Peningkatan pelaburan asing dalam tekstil dan tenaga
Sektor pembuatan ringan (tekstil, pakaian) berkembang kerana kos buruh relatif rendah dan insentif cukai; tetapi nilai tambah setempat sering terhad (firman asing masih control R&D, pemprosesan tahap tinggi di luar negara).
Strategi / Polisi
Vision 2030 & Strategy 2025:
Bertujuan menjadi negara berpendapatan sederhana dengan asas ekonomi pelbagai.
Menjadi “Battery of Southeast Asia”:
Fokus kepada tenaga hidro sebagai eksport utama.
Diversifikasi Sektor:
Menggalakkan pelancongan, pertanian moden dan pembuatan ringan.
Pembangunan Infrastruktur Serantau:
Projek rel Laos–China & lebuh raya ASEAN untuk menghubungkan pasaran utama.
Pengurusan Hutang:
Pelan penstrukturan hutang luar bagi mengurangkan risiko fiskal.
Pembangunan Modal Insan:
Peningkatan akses pendidikan dan kemahiran tenaga kerja luar bandar.
Impak Ekonomi
Pertumbuhan Tinggi:
Purata pertumbuhan 6–7% sebelum 2020, disokong oleh tenaga hidro dan pembinaan.
Eksport Tenaga Meningkat:
Laos menjadi pengeksport elektrik utama ke Thailand dan Vietnam. 3. Peningkatan Infrastruktur:
Laluan Kereta Api Laos–China meningkatkan hubungan dagangan dan pelancongan.
Hutang Luar Negara Tinggi:
Projek mega yang dibiayai China meningkatkan beban hutang hingga lebih 60% KDNK.
Pembangunan Tidak Seimbang:
Faedah pertumbuhan tertumpu di kawasan bandar; luar bandar masih miskin dan terhad akses asas.
Kesan Alam Sekitar:
Projek empangan besar menjejaskan biodiversiti dan komuniti tempatan.
🇲🇲
MYANMAR
Perubahan Struktur
• Dari ekonomi tertutup kepada liberalisasi selepas 2011.
• Peningkatan pelaburan asing dalam tekstil dan tenaga.
Strategi / Polisi
Myanmar Sustainable Development Plan (MSDP):
Tiga tonggak utama – kemakmuran ekonomi, kemampanan sosial & tadbir urus baik.
Pembangunan Sektor Pertanian:
Modernisasi dan peningkatan eksport makanan serta tekstil.
Liberalization & FDI Attraction:
Pembukaan pasaran dan penambahbaikan persekitaran pelaburan.
Pembangunan Infrastruktur:
Projek tenaga, jalan raya dan pelabuhan untuk sambungan serantau.
Pendidikan & Latihan:
Reformasi sistem pendidikan untuk meningkatkan kemahiran buruh muda.
Pemulihan Ekonomi Pasca Krisis:
Program bantuan sosial dan pembaharuan fiskal bagi menstabilkan ekonomi.
Impak Ekonomi
Pertumbuhan Pesat Sebelum 2020:
KDNK meningkat >7% setahun selepas liberalisasi 2011, terutama sektor tekstil & tenaga.
Kemerosotan Selepas 2021:
Krisis politik menjejaskan pelaburan asing dan eksport; kemiskinan meningkat semula.
Kesan Sosial:
Ramai kehilangan pekerjaan akibat sekatan antarabangsa dan gangguan rantaian bekalan.
FDI Menurun:
Syarikat multinasional keluar dari pasaran; kerugian peluang ekonomi bernilai berbilion dolar.
Inflasi & Ketidakstabilan Mata Wang:
Ketidaktentuan politik mencetuskan kejatuhan nilai kyat dan inflasi tinggi.
🇹🇱
TIMOR-LESTE
Perubahan Struktur
Peralihan daripada ekonomi yang bergantung kepada minyak & gas kepada ekonomi pelbagai sektor.
Peningkatan sumbangan sektor pertanian moden dan agro-pemprosesan dalam rantaian nilai.
Pertumbuhan sektor pelancongan dan perkhidmatan sebagai sumber pendapatan baharu.
Penggunaan hasil Petroleum Fund lebih tertumpu kepada pelaburan produktif, bukan perbelanjaan operasi semata-mata.
Pembangunan tenaga kerja ke arah kemahiran lebih tinggi melalui TVET dan latihan teknikal.
Peningkatan kecekapan institusi dan tadbir urus awam untuk menyokong transformasi ekonomi.
Strategi / Polisi
1. Strategic Development Plan 2011–2030:
Menekankan diversifikasi dari minyak ke sektor pertanian dan pelancongan.
2. Pertanian Sebagai Teras:
Pembangunan pertanian mapan untuk ketahanan makanan dan eksport.
3. Pelaburan Infrastruktur:
Meningkatkan jalan, pelabuhan, tenaga dan ICT untuk menarik pelaburan.
4. Pendidikan & Latihan Teknikal:
Program peningkatan kemahiran belia melalui institusi TVET.
5. Pengurusan Dana Petroleum Berhemat:
Memastikan hasil minyak digunakan untuk pembangunan jangka panjang.
6. Pembangunan Sosial & Kesihatan:
Fokus kepada pengurangan kemiskinan, penjagaan kesihatan dan pemerkasaan komuniti luar bandar.
Impak Ekonomi
2. Ekonomi Bergantung pada Petroleum
Lebih 80% hasil kerajaan datang dari minyak & gas, menjadikan ekonomi terdedah kepada turun naik harga global.
1. Kestabilan Fiskal Sementara:
Dana petroleum menampung perbelanjaan sosial tetapi tidak menjana pertumbuhan mampan.
6. Pembangunan Infrastruktur:
Pelaburan dalam jalan, pelabuhan, dan tenaga masih di tahap awal; kemajuan perlahan.
5. Pertanian dan Pelancongan:
Menyumbang kecil kepada KDNK tetapi berpotensi besar untuk diversifikasi ekonomi.
4. Cabaran Modal Insan:
Kadar celik huruf dan kemahiran tenaga kerja masih rendah, menghalang pelaburan sektor bukan minyak.
3. Pertumbuhan Tidak Stabil:
KDNK berfluktuasi setiap tahun, menunjukkan pergantungan kuat pada eksport petroleum.