Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tajuk 7: Guru dan Pemuafakatan Komuniti - Coggle Diagram
Tajuk 7: Guru dan Pemuafakatan Komuniti
Konsep Permuafakatan Sekolah dan Komuniti
Maksud 'Pemuafakatan': Persetujuan bersama terhadap sesuatu perkara
Konsep Pemuafakatan Sekolah dan Komuniti
-Bertujuan supaya masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah.
-Merupakan kerjasama, persefahaman dan perkongsian tanggungjawab antara pihak sekolah dengan komuniti (ibu bapa, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta dan masyarakat setempat) bagi meningkatkan keberkesanan pendidikan murid.
Model Hubungan Sekolah, Ibu Bapa dan Komuniti
Model Perkongsian Gordon
Model Impak Keluarga
-Direka bentuk untuk menunjukkan cara ahli keluarga memenuhi tuntutan sistem pendidikan.
Model Impak Sekolah
-Bertujuan untuk menunjukkan bagaimana ibu bapa melibatkan diri dalam kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
Model Impak Komuniti
-Memerlukan pihak sekolah untuk membentuk program yang melibatkan ibu bapa.
-Antara peranan ibu bapa termasuklah mengajar anak sendiri, membuat keputusan dan menjadi sukarelawan bilik darjah.
Model Pelibatan Ibu Bapa Swap
Model Pelindung
-Bermatlamat untuk mengelakkan konflik antara guru dan ibu bapa dengan memisahkan fungsi pengajaran dan keibubapaan.
Model Transmisi
-Guru melihat diri mereka sebagai sumber kepakaran utama pada kanak-kanak tetapi menyedari faedah menggunakan ibu bapa sebagai sumber.
Model Pengayaan Kurikulum
-Bertujuan untuk memperluas kurikulum sekolah dengan melibatkan sumbangan ibu bapa.
Model Kolaborasi Cunningham & Davis
Model Pakar
Para guru akan menganggap diri mereka sebagai pakar dalam semua bidang perkembangan dan pendidikan kanak-kanak manakala pandangan ibu bapa pula diberikan sedikit ruang kepercayaan.
Model Pengguna
-Guru berperanan sebagai perunding manakala ibu bapa pula memutuskan tindakan yang sewajarnya dilakukan.
Model Perkongsian Hornby
-Tujuannya adalah untuk menjalin perkongsian antara guru dengan ibu bapa untuk berkongsi kepakaran dan kawalan untuk memberikan pendidikan yang optimum kepada anak-anak.
Model Pelibatan Ibu Bapa Hoover-Dempsey & Sandler
-Menjelaskan sebab ibu bapa melibatkan diri dalam pendidikan anak mereka dan bagaimana pelibatan tersebut mempengaruhi pencapaian anak mereka di sekolah.
Hubungan Permuafakatan Sekolah dengan Komuniti
Jenis-jenis Hubungan Permuafakatan
Keibubapaan
-Sekolah dan komuniti dianggap sebagai ibu bapa kepada murid
-Sekolah berperanan untuk menyediakan latihan dan maklumat untuk membantu keluarga memahami perkembangan anak-anak mereka di sekolah
-Keluarga pula memastikan kesihatan dan keselamatan kanak-kanak serta mengekalkan persekitaran rumah yang menggalakkan pembelajaran dan tingkah laku yang baik di sekolah
Komunikasi
-Sekolah mendekati keluarga dalam membentuk komunikasi dua hala yang berkesan seperti mesyuarat, menyampaikan maklumat berkaitan program sekolah dan laporan kemajuan murid.
-Sekolah juga membekalkan maklumat baharu tentang pemilihan sekolah bagi peralihan murid dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan juga pilihan jurusan bagi kerjaya masa depan kanak-kanak.
Sukarela
-Ibu bapa perlu memberikan sumbangan yang menyeluruh bagi menjayakan fungsi sekolah.
-Sekolah akan memperoleh kebaikan melalui proses ini dengan menyediakan jadual yang fleksibel dan menggalakkan ibu bapa untuk mengambil bahagian.
Pembelajaran
-Melalui bimbingan, sokongan dan keprihatinan guru, ibu bapa atau ahli keluarga dapat memantau dan membantu anak-anak mereka di rumah untuk menyiapkan tugaasan yang diagihkan.
Membuat Keputusan
-Sekolah berperanan untuk membuat keputusan dan menyediakan latihan kepada ibu bapa serta menyediakan maklumat yang membolehkan ibu bapa untuk memberikan sumbangan yang terbaik.
Kolaboratif Bersama dengan Komuniti
-Sekolah membantu keluarga mendapat akses kepada perkhidmatan sokongan yang ditawarkan oleh agensi lain seperti penjagaan kesihatan, acara kebudayaan, perkhidmatan bimbingan dan program penjagaan kanak-kanak selepas sekolah.
Langlah-langkah Meningkatkan Hubungan Permuafakatan Sekolah dan Komuniti
Menggalakkan kesedaran melalui kempen pendidikan
-Kempen pendidikan dapat memberikan kesadaran dan pemahaman yang lebih jelas tentang kepentingan pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dengan pihak sekolah.
Saran sekolah dan ibu bapa
-Menyediakan sarana yang komprehensif yang akan memberikan bimbingan yang lebih mantap dan khusus tentang bagaimana sekolah dapat membangunkan hubungan kerjasama yang erat bersama-sama ibu bapa,komuniti dan sektor swasta
Memudahkan pemberian biasiswa daripada sektor swasta
-Pemberian biasiswa pihak swasta perlu dipermudah bagi membolehkan murid yang layak serta berprestasi tinggi berupaya menerima pendidikan berkualiti dan mencapai potensi mereka sepenuhnya.
Memperluas peranan PIBG
-Peranan PIBG perlu diperluas untuk menyediakan satu jaringan sokongan kepada pihak sekolah.
-PIBG terdiri daripada ibu bapa yang berminat untuk belajar dan berkonhsi amalan terbaik dalam bekerja bersama dan membantu anak-anak mereka dalam proses pembelajaran dan pembesaran.
Kepentingan Hubungan Permuafakatan Sekolah dan Komuniti
Mencapai matlamat pendidikan
-Persefahaman dan pemupukan muafakat antara sekolah dengan ibu bapa akan membantu usaha ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.
Membantu kanak-kanak belajar dengan lebih baik
-Murid akan mempunyai perasaan jaminan komuniti yang lebih berkecenderungan dan bermotivasi dari segi akademik, bertindak secara beretika serta mempunyai kecekapan sosial dan emosi.
Menambah baik kemudahan pendidikan
-Sokongan dan sumbangan kewangan daripada komuniti, terutamanya pihak swasta dapat menambah baik kemudahan pendidikan seperti kemudahan prasarana, bahan bantu belajar, kemudahan teknologi serta komputer dan kemudahan pendidikan yang lain.
Implikasi Peranan Guru dan Komuniti dalam Memartabatkan Profesion Keguruan
Peranan Guru:
Menunjukkan integriti dan profesionalisme tinggi
Guru perlu mematuhi etika profesion, bersikap adil, jujur dan amanah.
Tindakan guru mencerminkan imej seluruh profesion.
Menjadi contoh teladan (role model)
Peribadi dan akhlak guru menjadi cerminan kepada pelajar dan masyarakat.
Meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap profesion guru.
Mengamalkan komunikasi berkesan dengan komuniti
Hubungan baik dengan ibu bapa dan masyarakat mewujudkan persefahaman dua hala.
Guru dilihat bukan sekadar pengajar, tetapi juga sahabat komuniti.
Terlibat aktif dalam program masyarakat
Penyertaan guru dalam program komuniti (ceramah, khidmat masyarakat, gotong-royong) meningkatkan imej guru sebagai pemimpin sosial.
Melaksanakan inovasi dan kepimpinan dalam pendidikan
Guru yang kreatif, berpengetahuan dan terbuka terhadap perubahan teknologi menampilkan imej profesion yang dinamik dan berwibawa.
Peranan Komuniti:
Menghargai dan menyokong usaha guru
Memberi pengiktirafan terhadap sumbangan guru melalui sambutan Hari Guru atau penghargaan masyarakat.
Menjalin kerjasama dengan sekolah
Melibatkan diri dalam program PIBG, gotong-royong, seminar atau bengkel pendidikan.
Menjadi sumber sokongan moral dan material
Membantu dari segi kewangan, prasarana, atau kepakaran bagi memperkukuh program sekolah.
Memupuk persepsi positif terhadap profesion guru
Tindakan masyarakat yang menghormati dan menyokong guru akan menaikkan imej profesion ini di mata awam.
Menyampaikan maklum balas membina kepada sekolah
Komuniti berperanan memberi pandangan yang membantu peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Guru Sebagai Penbentuk Insan
Teladan Akhlak:
Menjadi contoh nyata dalam sikap, perkataan, dan perilaku yang baik.
Guru berfungsi sebagai "kurikulum yang hidup" di hadapan murid. Setiap tindakan, percakapan, reaksi terhadap masalah, dan cara guru berinteraksi menjadi bahan pembelajaran langsung yang diperhatikan dan ditiru oleh murid.
Pendidik Karakter:
Membimbing dan menanamkan nilai-nilai etika, empati, tanggung jawab, dan integritas.
Di luar pencapaian akademik, guru bertanggungjawab membimbing perkembangan emosi dan sosial murid. Ini melibatkan kemampuan untuk mendengar secara aktif, memahami perasaan murid, dan membimbing mereka melalui konflik peribadi atau sosial.
Pemahaman Individu:
Mengenali potensi, minat, dan latar belakang setiap murid untuk membimbingnya secara personal.
Setiap insan adalah unik. Guru yang berkompeten melihat melampaui skor ujian standard; mereka berusaha untuk mengenal pasti bakat, minat, dan kekuatan tersendiri setiap murid. Peranan guru adalah untuk menyediakan ruang dan galakan agar potensi ini dapat berkembang.
Guru Sebagai Pembina Negara Insan
Nasionalisme dan Cinta Tanah Air:
Menanamkan rasa bangga, cinta, dan loyalitas terhadap bangsa dan negara.
Guru bertanggungjawab untuk menanamkan rasa cinta dan tanggungjawab terhadap tanah air. Ini bukan sekadar menghafal lagu kebangsaan atau rukun negara, tetapi membina kefahaman dan penghayatan mendalam tentang sejarah, ideologi negara (seperti Rukun Negara/Pancasila), dan sumbangan yang boleh diberikan oleh setiap warganegara.
Penjaga Nilai Kebangsaan:
Menerapkan dan menjelaskan nilai-nilai Pancasila dalam kehidupan sehari-hari dan materi pembelajaran.
Negara Insan bukanlah rakyat yang hanya patuh membuta tuli, tetapi warganegara yang kritis, bertanggungjawab, dan memahami hak serta kewajipannya. Guru membimbing murid untuk memahami peranan mereka dalam demokrasi, pentingnya menyertai pilihan raya, dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Pembina Kesadaran Bernegara:
Membentuk peserta didik menjadi warga negara yang memahami hak dan kewajibannya, serta siap berkontribusi untuk kemajuan bangsa.
Dalam masyarakat majmuk, guru memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan. Kelas adalah mikrokosmos masyarakat. Guru harus aktif memupuk persefahaman, menghormati perbezaan budaya, agama, dan etnik, serta membina identiti nasional yang bersatu padu.