Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Rumusan Jurnal Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky - Coggle Diagram
Rumusan Jurnal Teori
Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky
Isi Utama Jurnal
Fokus Teori Vygotsky
Perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial, budaya & bahasa.
Pengetahuan dibina melalui pengalaman dan komunikasi.
Guru, ibu bapa, dan rakan sebaya berperanan penting dalam perkembangan mental kanak-kanak.
Konsep Utama
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
Jurang antara keupayaan sebenar dan potensi anak.
Anak boleh belajar lebih baik dengan bimbingan.
Scaffolding (Bantuan Bertahap)
Guru memberi bantuan sementara & mengurangkannya apabila murid sudah mampu berdikari.
Bahasa & Pemikiran (Private Speech)
Bahasa membantu anak berfikir dan mengawal tingkah laku.
Dari bercakap kepada diri sendiri → kepada pemikiran dalaman (inner speech).
Contoh Aplikasi dalam Bilik Darjah
Matematik
Murid belajar mengenal nombor dan kuantiti melalui aktiviti bermain blok atau kad nombor dengan bimbingan rakan dan guru (ZPD)
Projek Sains
Guru memberi bimbingan awal semasa aktiviti mudah seperti menanam biji benih, kemudian membiarkan murid berbincang dan meneroka sendiri untuk membina kefahaman baharu.
Literasi Awal
Guru membimbing murid membaca suku kata dengan bantuan awal (scaffolding), kemudian memberi peluang murid membaca sendiri.
Implikasi Terhadap
Pengajaran dan Pembelajaran
Peranan Guru
Bertindak sebagai fasilitator, bukan pemberi maklumat semata-mata.
Menyesuaikan pengajaran dengan tahap perkembangan kognitif murid.
Kaedah Pengajaran
Gunakan pembelajaran kolaboratif & koperatif.
Terapkan scaffolding semasa aktiviti
Galakkan penggunaan bahasa untuk menerangkan pemikiran.
Kaitkan isi pelajaran dengan konteks sosial & budaya murid.