Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori Sosiobudaya Vygotsky & ZPD - Coggle Diagram
Teori Sosiobudaya Vygotsky & ZPD
JURNAL YANG DIPILIH : Shabani, K., Khatib, M., & Ebadi, S. (2010). Vygotsky’s zone of proximal development: Instructional implications and teachers’ professional development. English Language Teaching, 3(4), 237-248.
https://doi.org/10.5539/elt.v3n4p237
ZPD ialah jurang antara apa yang pelajar boleh capai sendiri dan apa yang boleh dicapai dengan bimbingan guru atau rakan lebih mahir.
Pembelajaran paling berkesan berlaku apabila guru menyokong pelajar dalam zon ini iaitu tidak terlalu mudah, dan tidak terlalu sukar sehingga potensi sebenar mereka berkembang
sepenuhnya.
Zone of Proximal Development (ZPD)
Scaffolding (Bimbingan Bertahap)
Scaffolding bermaksud bantuan sementara yang bersifat dialog dan interaktif.
Guru memberi panduan, contoh, atau soalan petunjuk untuk membantu pelajar memahami konsep baharu, dan mengurangkan bantuan sedikit demi sedikit apabila pelajar semakin mahir, sehingga akhirnya mampu berdikari.
Penilaian Dinamik (Dynamic Assessment)
Penilaian dinamik menggabungkan pengajaran dan penilaian secara serentak bagi menilai perkembangan sebenar pelajar.
Melalui kaedah ini, guru melihat bagaimana pelajar belajar dengan bantuan, bukan hanya hasil akhir, sekaligus mengenal pasti “perkembangan yang sedang muncul” dalam ZPD mereka.
Pembangunan Profesional Guru
Artikel mencadangkan agar guru sendiri turut mengalami proses scaffolding melalui penulisan reflektif, kolaborasi dengan mentor, dan penyelidikan tindakan.
Kaedah ini membantu guru meningkatkan kemahiran pedagogi dan kesedaran kendiri, sama seperti pelajar yang berkembang melalui sokongan dalam ZPD mereka.
Implikasi PdP:
Reka Bentuk Aktiviti Berdasarkan ZPD
Guru perlu merancang aktiviti yang mengenal pasti tahap sebenar dan potensi pelajar.
Bimbingan diberikan secara bertahap iaitu melalui petunjuk, pemodelan, dan soal jawab terarah supaya pelajar dapat belajar dalam zon cabaran yang sesuai, kemudian sokongan dikurangkan secara beransur apabila kecekapan meningkat.
Penilaian Formatif & Dinamik
Guru digalakkan menggunakan penilaian berterusan dan interaktif seperti soal selidik lisan, mini-konferens, atau pemerhatian semasa aktiviti.
Kaedah ini membantu guru menjejak kemajuan pelajar dalam ZPD mereka, bukan sekadar menilai hasil akhir melalui ujian statik.
Contoh aplikasi dalam bilik darjah
Bahasa (Penulisan Karangan)
Pelajar bekerja secara berpasangan antara MKO dan novis dalam aktiviti penulisan karangan.
Guru memodelkan struktur karangan (pendahuluan, isi → penutup) dan menyediakan sentence starters sebagai panduan. Sokongan dikurangkan secara beransur pada draf seterusnya, menunjukkan proses scaffolding progresif yang membina keyakinan menulis pelajar.
Matematik (Penyelesaian Masalah)
Guru memperkenalkan strategi langkah demi langkah dalam menyelesaikan masalah matematik.
Pelajar menerima petunjuk “langkah seterusnya”, bekerjasama dengan rakan sebaya untuk semak jawapan, dan akhirnya menyelesaikan soalan serupa secara berdikari, menandakan pembelajaran berjaya keluar dari ZPD mereka.
Sains (Eksperimen Makmal)
Guru menyediakan stesen makmal dengan kad-petunjuk pada tahap berbeza mengikut kemampuan pelajar.
Pelajar memilih kad dalam ZPD masing-masing dan bekerjasama dengan rakan MKO untuk memahami langkah kritikal eksperimen.
Kaedah ini menggalakkan pembelajaran kendiri melalui bimbingan rakan sebaya dalam konteks sebenar.