Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengubahsuaian dalam ekonomi myanmar - Coggle Diagram
Pengubahsuaian dalam ekonomi myanmar
1.Kemajuan dalam bidang pertanian
Beras
Arakan dan Tenasserim berkembang pesat sebagai kawasan penanaman padi semasa penjajahan British. Antara 1845 hingga 1852, Tenasserim menyumbang 50% pengeluaran beras Myanmar, manakala Arakan berkembang lebih pesat kerana tenaga buruh dan makanan murah.
Beras menjadi faktor utama eksport
Tanah subur dan bekalan air yang mencukupi.
Bekalan buruh bermusim yang ramai.
Dasar British yang menggalakkan – jaminan keselamatan, pasaran luar, dan pinjaman mudah.
Pertambahan penduduk akibat keamanan di bawah British.
Permintaan tinggi di Eropah dan Asia Tenggara.
Pembukaan Terusan Suez (1869) dan penggunaan kapal api memudahkan eksport.
Dahagi India (1857) meningkatkan permintaan beras di India.
2.balak
Kayu jati menjadi bahan eksport utama negara.
Pembalakan di Tenasserim (1830-an) menghidupkan semula perusahaan pembinaan kapal (1847).
Jabatan Perhutanan ditubuhkan pada 1856 untuk mengawal dan menyelia kegiatan hutan
Syarat pembalakan dan kawalan ketat diperkenalkan bagi mengelakkan eksploitasi oleh pengusaha swasta.
Kayu jati diisytiharkan sebagai “pokok diraja” oleh Alaungpaya, dan dijadikan harta British oleh Lord Dalhousie.
Antara 1866–1867, sebanyak 67,000 tan kayu jati dieksport, menyumbang 20% hasil pendapatan Myanmar.
Perusahaan pembalakan dikuasai syarikat asing, antaranya Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
kemajuan dalam bidang perlombongan
3.minyak
Zaman pemerintahan Raja-raja Burma:
Telaga minyak dilombong, kebanyakannya di Yenangyaung.
Kegunaan minyak:
Digunakan untuk menyalakan pelita dan mengawet kayu, tikar, serta kertas daun palma.
Tahun 1886:
Sebuah firma British menubuhkan Syarikat Minyak Myanmar di Rangoon.
Kegiatan syarikat:
Menjalankan perusahaan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan serta persendirian.
Selepas lima tahun beroperasi:
Hasil minyak tempatan menandingi minyak tanah import dari Amerika Syarikat di pasaran tempatan.
Tahun 1896:
Syarikat mula mengeksport minyak ke India dan Pulau Pinang.
4.Biji timah
Perusahaan bijih timah kurang penting berbanding industri minyak. Lombong di Bawdwin menghasilkan timah hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar.
Perlombongan bijih timah diusahakan oleh orang Cina.
5.Galian lain
Perlombongan batu permata dan emas dijalankan di Mogok.
Syarikat Eropah memajakkan lombong emas dengan cukai 315 ribu paun.
Lombong perak dibuka berhampiran Namtu pada penghujung abad ke-19.
Lombong besi diusahakan di Mawchi dan Karen.
6.Kemajuan Kemudahan Asas
sistem perhubungan
pengangkutan
pengangkutan air
Sungai Irrawaddy menjadi sistem perhubungan air penting hingga ke Bhamo di Myanmar Hulu
Menjelang tahun 1900, pengangkutan air sangat penting di Myanmar.
Syarikat Flotilla Irrawaddy memonopoli pengangkutan jarak jauh
Syarikat Flotilla Arracan mengendalikan perdagangan di pantai Arakan.
landasan kereta api
Landasan kereta api Rangoon–Prome siap dibina pada tahun 1877.
Landasan Rangoon–Toungoo dibuka pada tahun 1885
Pada tahun 1889, landasan disambung ke Mandalay
Pada tahun 1898, landasan dilanjutkan hingga ke Myitkyina.